Social Icons

Saturday, November 28, 2009

Tan Sri Hj. Hassan Yunus

1959 - 1967 : Tan Sri Hj. Hassan Yunus

Tan Sri Hj. Hassan Yunus dilahirkan pada tahun 1907 di Muar, Johor. Setelah menamatkan pendidikan awal. Kerajaan Negeri Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.

Sekembalinya dari menuntut, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1.1.40). pada 1 Januari 1943 beliau menjawat jawatan Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Negeri hinggalah sebelum merdeka. Dengan kedudukan yang dipegang, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Tan Sri Hj. Hassan juga seorang yang aktif dalam kegiatan politik dan menyertai Persatuan Melayu Johor. Beliau adalah salah seorang “Orang Tujuh” menandatangani surat bantahan kepada Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.

Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Dalam Pilihanraya Umum Pertama, beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 27 Jun dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihanraya. Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

Friday, November 20, 2009

Biografi Mantan Menteri Besar Johor Siri II

1982 - 1986 Datuk Abdul Ajid Bin Ahmad



Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

1967 - 1982 Tan Sri Othman Bin Mohd Saat

Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.

Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Perngerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor

Thursday, November 19, 2009

Biografi Mantan-Mantan Menteri Besar Johor

1986 - 1995 Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin

Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin dilahirkan pada 15.5.1947 di Muar, Johor. Ayahnya seorang Guru Agama dan berpengaruh di Muar. Beliau mendapat pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar dan juga Sekolah Ismail, Muar. Kemudian Sekolah Tinggi Muar dan Universiti Malaya pada tahun 1968-1970 dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.

Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Penjawatan SGS Ates (M) Sdn. Bhd. (1974), Pengarah Urusan Sri Saujana BHd. (1974-1978), Pengurus Besar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd. (1974-1978), Pengarah Urusan Sergam Bhd. (1975-1977), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981), Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983). Beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986-1995. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna(1995), Beliau juga pernah menjawat sebagai Menteri Pertanian & Asas Tani. Kini Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di dalam parti ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1974-1976), Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1974-1976), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1976), Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNo Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNO Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO (Mulai 4.9.93 hingga 2008) dan kini merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor

Teluk Danga

Teluk Danga adalah sebuah bandar bertaraf antarabangsa di dalam bandaraya Johor Bahru. Ia dirancang pembinaannya dengan latar belakang Istana Duli Yang Amat Mulia Sultan Johor. Teluk Danga menggambarkan tentang keindahan dua dimensi keunikan Istana dan aspektasi kontemporari bagi potensi terhadap pembangunan akan datang.

Ia dibina sebagai sebuah taman luas di persisiran selat yang jernih. Rekabentuknya berkonsepkan kemodenan dan inovasi berciri keseimbangan tradisi ketimuran dan pragmatis kebaratan. Teluk Danga terletak di atas air yang mempamerkan gabungan dua dunia pembangunan, negeri Johor gerbang selatan antarabangsa dan bandar kosmopolitan Singapura.

Dengan keluasan 1,380 ekar di sepanjang 25 kilometer persisiran pantai, Teluk Danga adalah salah satu visi pembangunan bandar selatan sebagai pembangunan menyeluruh bandar terapung masa depan. Ia berinspirasikan elemen pembangunan seperti Darling Harbour (di Sydney), Gold Coast (di Queensland), Toronto Waterfront dan Melbourne Ports. Teluk Danga kini menjadi pusat rekreasi pelbagai dengan fungsinya sebagai pusat medan selera, sukan ekstrim, pusat agrikultur, taman formal, taman permainan, pesta-pesta antarabangsa dan aktiviti kebudayaan.

Saturday, November 14, 2009

Fakta Menarik Tentang Negeri Johor Darul Takzim

Askar Timbalan Setia

Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.

Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:

  • DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor
    Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  • Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3
    Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
  • Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM
    Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
  • Ungku Ahmad bin Abd Rahman
    Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
  • Dato Onn Jaafar
  • Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid
    Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Asal Usul Jalur Gemilang

Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah seorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan En. Mohamad bin Hamzah .

Penulis Asal Sejarah Melayu

Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

Penubuhan UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • Membantah pertubuhan Malayan Union
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Sunday, November 1, 2009

Tarian Tradisional Negeri Johor

Tarian Kuda Kepang


Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.

Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.

Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.

Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.

Tarian Zapin

image

Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.

Tarian Barongan

image

Barongan menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba Pamong (Juru Iring) bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat terutamanya di daerah Batu Pahat, Johor.

Tarian Ceracap Inai

Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Adalah dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur ‘sembah’/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/Pengantin. Ditarikan dengan membawa prob seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang.

Tarian Sarah

Dengan iringan muzik berirama Padang Pasir yang rancak, Tarian Sarah, ditarikan dalam suasana riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

Di Johor, Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

Sumber : http://johordt.gov.my

Saturday, October 31, 2009

Sejarah Pembinaan Tambak Johor


Negeri Johor merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di sebelah selatan dan mempunyai sejarah perkembangan yang unik. Ia merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang tidak dijajah oleh Inggeris.
Bapa Johor Moden iaitu Sultan Abu Bakar telah memindahkan ibu negeri Johor dari Telok Belanga ke Johor Bahru pada tahun 1866. Apabila baginda mangkat pada tahun 1895, takhta Kerajaan Negeri Johor digantikan oleh anakandanya iaitu Sultan Ibrahim.

Tambak Johor telah dibina pada zaman pemerintahan baginda. Pembinaannya telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri seterusnya memberi kesan kepada ekonomi, politik dan sosial negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.


Sejarah Pembinaan Tambak Johor

Sebelum adanya tambak, perhubungan di antara negeri Johor dengan Singapura adalah menggunakan jalan air sahaja. Sampan dan tongkang digunakan untuk mengangkut barang-barang keluaran negeri Johor ke Singapura.

Dari masa ke semasa, kegiatan ini bertambah pesat lagi. Dalam pada itu, usaha untuk membina landasan keretapi di negeri Johor telah dijalankan. Pembinaan landasan keretapi siap dibina pada tahun 1919.

Selepas perang Dunia I, pihak berkuasa keretapi mencadangkan bahawa lebih elok perkhidmatan keretapi Singapura disambung dengan keretapi Johor melalui Selat Tebrau. Cadangan ini dibuat disebabkan perbelanjaan menggunakan sampan dan tongkang semasa urusan perdagangan terlalu tinggi.

Pada mulanya dicadangkan supaya dibina sebuah jambatan kemudian disambungkan dengan tambak menuju ke Singapura. Akhirnya, dipersetujui dibina sebuah tambak dan dibuat sebuah pintu air pada tambak itu supaya boleh dilalui oleh kapal-kapal.

Cadangan ini mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim. Lok atau pun pintu air ini dibina sebelah menyebelah ialah untuk mengepung air supaya menjadi samarata ketika air pasang. Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkehendakkan supaya tambak itu diperbesarkan dan dibina jalan raya supaya boleh dilalui oleh kenderaan dan orang-orang yang berjalan kaki.

Setelah segala cadangan atau ikhtiar difikirkan dan diperbincangkan, satu perangkaan perbelanjaan yang melibatkan negeri Johor dan Singapura telah dibuat. Pada mulanya Kerajaan Negeri Selat yang ketika itu memerintah Singapura dan juga Kerajaan Tanah Melayu tidak mahu mencampuri urusan pembinaan tambak itu.

Apabila hal ini dipersembahkan ke Bawah Duli Sultan Johor, baginda tidak rasakan perkara itu menjadi halangan dari meneruskan rancangan yang telah dibuat tetapi baginda mahukan supaya tol dikenakan kepada setiap kenderaan yang tidak didaftar di negeri Johor juga kepada rakyat bukan negeri Johor yang menggunakan tambak itu.

Langkah ini terpaksa dilakukan bagi menampung perbelanjaan pembinaan yang begitu tinggi. Akhirnya Kerajaan Negeri Selat dan juga kerajaan Tanah Melayu bersetuju untuk membiayai pembinaan tambak itu.

Apabila persetujuan dicapai di antara Kerajaan Negeri Johor, Pesuruhjaya Tinggi British dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada akhir tahun 1919.

Tambak ini telah direka khas oleh Messrs, Coode, Fitzmaurice, Wilson dan Mitchell Jurutera Westminster. Manakala kontrak pembinaan tambak ini diserahkan kepada Messrs, Topham, Jones dan Railton Limited, London.

Kerja-kerja pembinaan tambak Johor telah disiapkan dalam masa empat tahun. Pada 24hb Julai 1924, Tambak Johor telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim bersama-sama Pesuruhjaya Tinggi British dan juga Raja-raja Tanah Melayu. Sempena dengan perasmian itu, pejabat-pejabat kerajaan telah diberikan pelepasan am.


a. Bentuk Tambak Johor

Tambak ini berukuran enam puluh kaki lebar. Terdapat dua landasan keretapi dan jalan raya selebar dua puluh enam kaki. Panjang tambak ini ialah 3,465 kaki dan dalamnya empat puluh tujuh kaki paras air surut.

Pembetung air juga telah dibina dibahagian hujung tambak ini untuk menyekat sampah sarap yang memasuki ke pintu air di tambak itu. Pintu air ini berukuran seratus tujuh puluh kaki panjang, tiga puluh dua kaki lebar yang mana ia memberi kemudahan kepada kapal-kapal dan sampan-sampan yang lalu lalang di situ setiap masa.

Di bahagian bawah pintu air ini juga dibina saluran untuk membawa air bagi kegunaan harian ke pusat-pusat pembersih air di Singapura.

Untuk menentukan sempadan antara Johor dan Singapura telah dibina tembok yang bertuliskan huruf ‘S‘ bagi Singapura dan huruf ‘J‘ bagi negeri Johor. Pembinaan tembok ini dilakukan di awal pembinaan tambak Johor. Tembok ini terletak di tengah-tengah tambak.


b: Kos Pembinaan

Dari segi kos perbelanjaan telah timbul berbagai-bagai masalah pembayaran sehingga terpaksa dibawa ke England untuk memutuskan tanggungan kos pembayaran itu. Kerajaan Johor membayar sebanyak RM 12,346,233.84 dan kos bagi jalan juga dibahagikan seperti di bawah:

Kerajaan Johor RM 3,178,945.53
Kerajaan Singapura RM 1,362,404.92
Municipal Singapura RM 214,371.43
Jumlah RM 4,755,721.83

Pembayaran yang dibuat oleh pihak Bandaran Singapura adalah kerana menampung saluran paip air dari Gunung Pulai ke Singapura yang menggunakan jalan tambak.


c. Tujuan Pembinaan

Apabila perkembangan dan kemajuan negeri Johor mulai pesat, jelas kelihatan pembinaan tambak Johor akan memberikan banyak faedah kepada Johor dan juga Singapura.

Kesibukan di Selat Tebrau semakin bertambah apabila jalan keretapi Johor pada tahun 1909. Lantaran itu perkhidmatan feri semakin diperlukan. Di antara Johor Bahru dan Woodlands, setiap kali laluan enam buah lori barang dibawa oleh perkhidmatan feri ini. Apabila perkhidmatan keretapi antara Johor dan Singapura dihubungkan melalui Tambak Johor, kesesakan itu dapat diatasi.

Sebelum ini, jika dilihat pada tahun 1911, 11,500 buah lori telah diangkut dengan feri. Jumlah ini meningkat kepada 54,000 buah pada tahun 1917.


d. Tambak Johor Semasa Perang Dunia Ke-2

Bahang Perang Dunia II mula dirasai di Tanah Melayu dengan pendaratan askar-askar Jepun dari Division ke 18 di Kota Bahru, Kelantan pada 8hb Disember 1941. Disebabkan salah jangkaan, pihak British telah berundur ke Singapura dan meninggalkan Tanah Melayu tanpa pertahanan yang kuat.

Keadaan ini merupakan satu faktor kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dengan mudah. Bagi penduduk negeri Johor, peperangan ini mula dirasai pada 11hb Januari 1941 apabila kapal-kapal terbang tentera Jepun mengebom Muar.

Pihak Inggeris yang bertahan di Muar terpaksa berundur ke selatan lagi akibat serangan Jepun yang bertubi-tubi itu. Ini membolehkan tentera Jepun mara ke Bakri, Segamat, Yong Peng dan juga Batu Pahat.

Apabila kawasan-kawasan tersebut telah jatuh ke tangan Jepun, pihak Inggeris merasakan tiada gunanya lagi meyekat kemaraan Jepun di Semenanjung. Oleh itu mereka bercadang untuk bertahan di Singapura sahaja. Pada hemat mereka, Jepun akan menyerang dari belakang iaitu Johor Bahru jika mereka masih lagi bertahan di negeri Johor.

Pengunduran segera terpaksa dilakukan apabila kawasan Johor Bahru telah dibom oleh Jepun pada 29hb Januari 1942. Untuk melambat-lambatkan kemaraan Jepun, tentera British telah meletupkan sebahagian daripada Tambak Johor pada jam 8.15 pagi pada 31hb Januari 1942.

Dua bulan kemudian, Tambak Johor telah diperbaiki semula oleh Jepun bagi memudahkan perhubungan antara Johor dan Singapura. Tambak Johor juga telah berubah wajah seperti yang terdapat pada hari ini iaitu ia tidak lagi mempunyai lok atau pun pintu air.


Sumber:
Arkib Negara
Cawangan Negeri Johor

Friday, October 30, 2009

Biografi Sultan Johor & Sultanah Johor

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

image
  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad

image
  1. Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad berasal dari keluarga Diraja Kelantan
  2. Diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.
  3. Baginda mula mendapat pendidikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946.
  4. Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952
  5. Baginda meneruskan pelajaran di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas.
  6. Baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight
  7. Dengan daya usaha baginda sendiri, baginda telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama Majlis Wanita Negeri Johor atau ringkasnya MAWAR.
  8. Pada masa lapang, baginda gemar beriadah, menunggang kuda, bermain golf, tenis dan membaca.

Biografi Menteri Besar Johor


1995 Hingga Kini - Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman

Kehidupan awal



Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tingi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).

Jawatan



1993-1995: Menteri Belia dan Sukan Malaysia
1995 - kini: Menteri Besar Johor

Politik



Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada Disember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat.

Keluarga



Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.

Anugerah



Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.

Wednesday, October 28, 2009

Review Of The Month : REXTREME'09





Salam PERMAJ, Alhamdullilah pada 16 hingga 18 Oktober 2009 yang lalu PERMAJ telah berjaya menjalankan satu lagi program iaitu Program Rekreasi Ekstrem (Rextreme) yang dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Program yang bercorak santai ini telah disertai oleh 55 orang peserta dan dijalankan seperti Family Day PERMAJ. Kami semua bertolak dari UKM pada jam 6.00 petang dan tiba di Tanjung Sedili pada jam 12.00 Tengah Malam. Apabila sampai disana semua peserta bersama-sama mendirikan khemah dan seterusnya mendengar taklimat daripada penyelaras. Aktiviti pada malam itu diakhiri dengan minum malam.

Pada keesokkan harinya, semua peserta telah bangun seawal jam 6.00 pagi untuk solat Subuh berjemaah. Pada jam 8.00 pagi semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti senaman pagi dan poco-poco yang merupakan aktiviti wajib PERMAJ disetiap program. Seterusnya pertandingan Bola Sepak Pantai dan Bola Tampar Pantai mengambil tempat pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi. Seterusnya aktiviti Kayak pula dijalankan dimana kebanyakkan peserta mengambil peluang berkayak yang merupakan aktiviti yang jarang sekali mereka rasai. Pada petang hari program adalah berbentuk santai dimana peserta-peserta diminta untuk membina Istana Pasir berdasarkan kreativiti masing-masing. Selepas itu aktiviti tanam bumi dijalankan bagi dimana kumpulan yang paling ramai ahlinya ditanam diisytihar pemenang.

Pada petang itu juga semua peserta bersama-sama membakar ayam bagi Majlis BBQ pada malam itu. Ada juga peserta yang mengambil peluang untuk bermain kayak dan mandi manda.
Majlis BBQ bermula pada jam 8.30 malam dan disambung terus dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Rata-rata kumpulan memberikan persembahan yang memukau hingga membuatkan semua penonton ketawa pecah perut melihat gelagat persembahan daripada semua kumpulan.

Kessokkan harinya semua peserta bangun untuk solat Subuh berjemaah pada jam 6.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi diadakan senaman pagi dan aktiviti larian pantai. Seterusnya pada jam 9.00 pagi aktiviti sukaneka dan tarik tali mengambil tempat dan merupakan aktiviti terakhir untuk program ini. Terpancar wajah ceria dan kepuasan di wajah setiap peserta apabila menyertai program ini. Kami semua bertolak pulang ke UKM pada jam 2.30 petang. Secara keseruluhannya program berjalan dengan lancar dan berjaya.

Thursday, October 8, 2009

Rextreme 16-18 Oktober 2009 ???

Salam PERMAJ, kami telah mendapat feedback daripada ramai ahli yang ingin menyertai Rextreme, namun mereka tidak dapat menyertai program ini kerana masa program dijalankan merupakan waktu study week. Mereka bertanyakan mengapa memilih tarikh ini alasan mereka waktu ini merupakan waktu hampir dengan exam dan ramai mahasiswa/i ingin mengulang kaji pelajaran, rata-rata yang bertanya merupakan ahli PERMAJ tahun 1.

Rasionalnya kami memilih tarikh tersebut ialah kerana waktu itu minggu study week baru sahaja bermula, kebiasaannya mahasiswa/i masa itu masih mencari rentak dan mood untuk memulakan study (mengikut pengalaman majoriti mahasiswa/i tahun 2 & 3). Maka telah menjadi tradisi PERMAJ untuk menganjurkan satu program yang berunsur sukan dan santai bagi memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menenangkan fikiran sambil mencari mood untuk memulakan study, Selain itu memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan fikiran dan badan mereka selepas berjuang bersungguh-sungguh sepanjang 14 minggu pembelajaran.

Untuk pengetahuan ahli PERMAJ program ini akan dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili yang merupakan satu kawasan pantai yang sangat menarik. Aktiviti yang dijalankan adalah santai dan menarik. Tambahan pula program ini akan dijadikan hari keluarga PERMAJ yang akan menghimpunkan exco, ahli aktif, senior, alumni, penasihat dan ahli baru PERMAJ UKM. Maka kepada mereka yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri dengan sekretariat pendaftaran @ terus datang ke bilik PERMAJ. Penyertaan anda amat kami alu-alukan dan diharap entri ini dapat menjawab soalan anda mengapa kami memilih tarikh berkenaan.

Monday, October 5, 2009

Program Rekreasi Ekstrem (REXTREME)

Konvoi Raya PERMAJ 2009

Salam PERMAJ, Pada Hari Raya yang ke-7 yang lalu, kami barisan Exco PERMAJ telah menjalankan satu Konvoi Raya beramai-ramai di bahagian utara Johor iaitu di Kluang dan Batu Pahat. Pada Hari Raya ke-4 & Raya ke-6 sebelum itu telah dijalankan konvoi di kawasan Johor Bahru dan Mersing. Konvoi Raya merupakan acara tradisi yang dilaksanakan pada setiap musim hari raya dan tradisi ini diteruskan oleh kami dalam sambutan Hari Raya tahun ini. Konvoi ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah setiap exco PERMAJ selain menyambut Hari Kemenangan umat Islam setelah Sebulan menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Konvoi ini turut disertai oleh 3 orang senior PERMAJ. Berikut merupakan gambar di sekitar konvoi raya tersebut.



Majlis Berbuka Puasa Alumni PERMAJ

Salam PERMAJ, Pada 18 September 2009 yang lalu Persatuan Alumni PERMAJ telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel M-Suites Johor Bahru. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang alumni PERMAJ berlangsung dengan jayanya, santai & meriah dengan celoteh & gelagat anak-anak Alumni PERMAJ ini. Majlis Berbuka Puasa ini telah menghimpunkan ramai Alumni PERMAJ daripada pelbagai Batch PERMAJ yang berlainan dan majlis ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah persaudaraan antara setiap Alumni yang berpayung dibawah nama PERMAJ. Dalam Majlis ini 3 orang Exco PERMAJ sesi ini berkesempatan untuk menyertai majlis ini. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis.




Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa PERMAJ




Tuesday, September 15, 2009

MaJLis BeRBuKa PuaSa AnAk JoHoR IPTA BeRSaMa MeNTeRi KPT

Salam PERMAJ, Alhamdullilah kami panjatkan ke hadrat ilahi kerana akhirnya Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya pada 12 September 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Kami di barisan urusetia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin kerana sudi hadir memeriahkan majis kami pada malam tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada penasihat kehormat kami Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak (TNC HEPA) kerana bertungkus lumus membantu kami dalam melaksanakan majlis tersebut daripada mula perancangan hingga ia menjadi realiti.

Untuk rekod, Majlis tersebut merupakan majlis berbuka puasa yang terbesar dan terhebat dalam sejarah PERMAJ yang pernah dianjurkan oleh PERMAJ UKM. Selain itu majlis ini mencatat sejarah kerana ia merupakan majlis berbuka puasa pertama yang diadakan di Dectar UKM dan ia merupakan sesuatu pengalaman berharga yang diraih kami warga PERMAJ. Dengan hadirin seramai 600 orang majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran IPTA-IPTA yang lain seperti UM, UPM, USM,UUM,USIM,UIAM dan UITM. Kami mewakilli pihak UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap IPTA tersebut kerana sudi hadir ke Majlis kami ini.

Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. terima kasih kepada Pejabat Perhubungan Awam & Korporat, Pusat Penerbitan & Percetakan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pusat Perkembangan Pelajar, Pusat Islam dan Pusat Kebudayaan atas kerjasama yang diberikan. Selain itu terima kasih juga kepada alumni-alumni yang sudi hadir memeriahkan majlis & kepada senior-senior yang membantu kami tanpa berbelah bagi Akhir kata semoga majlis berbuka puasa tahun hadapan akan mencatakan kejayaan yang sama disamping tidak lari daripada matlamat asal iaitu merapatkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam

(p/s : gambar akan dimasukkan kemudian)

Wednesday, September 9, 2009

JuMPa Di SaNa!!!!


Salam PERMAJ, kepada semua ahli PERMAJ yang telah mendaftarkan diri, sila hadir ke bilik PERMAJ untuk mengambil kupon ada selewat-lewatnya jumaat ini. Kepada ahli yang masih belum membayar yuran untuk ke majlis ini, bayaran juga boleh di buat di bilik PERMAJ selewat-lewatnya esok. Kerjasama anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!!!!

"Cemerlang Bersama Johor"

Thursday, August 27, 2009

MaJLiS BeRBuKa PuAsA AnAK JoHoR IPTA Se-MaLaYSiA

Salam PERMAJ, Alhamdulillah hari ini telah masuk hari kelima kita umat Islam menunaikan Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita memperolehi barakah dan pahala yang berlipat kali ganda dalam setiap perbuatan & tutur kata yang kita lakukan. PERMAJ secara tradisinya akan melaksanakan Program Majlis Berbuka Puasa untuk ahli-ahli PERMAJ, namun kali ini kami akan melakukan sedikit perubahan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama PERMAJ.

Kali ini PERMAJ akan menjalankan Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia yang akan diadakan pada 12 September 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR UKM). Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran wakil-wakil daripada Universiti-Universiti yang mempunyai anak Johor seperti UM, UPM, UITM, USM, UUM, dan USIM. Selain itu, kami juga menjemput Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS) sebagai tetamu istimewa kami. Sasaran untuk majlis ini adalah seramai 600 orang.

Kepada semua ahli-ahli PERMAJ serta Mahasiswa/i UKM yang ingin menyertai Majlis Berbuka Puasa ini, boleh mendaftarkan diri anda di bilik PERMAJ atau menghubungi AJK Sambutan dan Pendaftaran di poster yang akan kami hebahkan dalam jangka masa terdekat ini. Bayaran yang dikenakan hanya RM 5 seorang bagi ahli PERMAJ dan RM 8 bagi bukan ahli PERMAJ. Diharap kepada semua ahli-ahli PERMAJ dan Mahasiswa/i UKM dapat memberikan sokongan untuk program ini dan hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia yang julung-julung kali diadakan.

"Usrah An-Najah Wadah Muhibah"

Monday, August 24, 2009

SaLaM RaMaDHaN DaRiPaDa PERMAJ


Kami warga Majlis Tertiggi & Exco-Exco PERMAJ UKM ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Alumni-alumni, Senior-senor dan ahli-ahli PERMAJ yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu hikmah kepada kita semua. Selamat berpuasa kepada semua dan selamat menunaikan ibadat dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua memperoleh manfaat dan pahala yang berlipat ganda dalam bulan yang mulia ini.

Saturday, August 15, 2009

Selamat Bergraduasi Senior-Senior PERMAJ

Salam PERMAJ, kami barisan Exco PERMAJ sesi 2008/2009 ingin mengucapkan jutaan dan sekalung tahniah kepada semua senior-senior PERMAJ akan bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen UKM yang bermula pada 15 Ogos hingga 19 Ogos 2009. Semoga anda semua akan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang mendatang dan menjadi insan yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Di sini kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua senior PERMAJ diatas tunjuk ajar, nasihat, teguran yang membina serta bimbangan dan bantuan yang diberikan kepada kami dalam menjalankan pelbagai program, aktiviti serta dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan PERMAJ yang merupakan sebuah keluarga yang besar. Sudah menjadi lumrah sesebuah keluarga itu "air yang dicincang tidak akan putus" begitu juga hubungan antara ahli keluarga PERMAJ akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Selamat bergraduasi dan selamat berjaya dalam kerjaya yang menjadi pilihan senior sekalian, PERMAJ adalah kita, Kita adalah PERMAJ.

Berikut merupakan senior-senior yang akan bergraduasi kali ini:

1) Fairul Bin Surian Mantan Presiden Sesi 2006/2007

2) Mohd Hafiz B. Daud Mantan Naib Presiden I Sesi 2006/2007

2) Lilisuryanengsih Bt. Mazri Mantan Bendahari Sesi 2006/2007

3) Muhamad Azmi B. Zulkipli Mantan Exco Sukan & Rekreasi Sesi 2006/2007

4) Nurul Zainab Bt. Ramli Mantan Timbalan Presiden I Sesi 2007/2008

5) Muhammad Faizal B. Nin Mantan Naib Presiden II Sesi 2007/2008

6) Hemi Norfariza Bt. A.Aziz Mantan Bendahari Sesi 2007/2008

7) Nur Nadia Bt. Dzulkifli Mantan Exco Pembangunan Sumber Manusia sesi 2007/2008

8) Fahemi Bin Arpah Mantan Exco Sukan & Rekreasi sesi 2007/2008

9) Nur Elyza Bt Bidi Mantan Exco Media & Informasi Sesi 2007/2008

10) Nur Hanisah Bt. Haniffah Mantan Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2007/2008

11) Siti Maliati Bt. Kassim Mantan Exco Kebajikan & Kerohanian Sesi 2007/2008

12) Nurhidayah Akhmar Mantan Exco Kesenian & Kebudayaan Sesi 2007/2008

13) Nur Jannah Bt. Rasiman Mantan Timb. Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2007/2008

14) Mohd Nur Idham B. Nasir Mantan Timb. Exco Media & Informasi Sesi 2007/2008

15) Siti Bt. Ali Mantan Timb. Exco Kesenian & Kebudayaan Sesi 2007/2008

16) Nuhzah Bt. Ahmad Mantan Timb. Exco Pendidikan & Kerjaya Sesi 2007/2008

17) Noraini Ahmad Mantan Timb. Exco Perhubungan & Alumni Sesi 2007/2008

18) Mohd Harsanny B. Zainuddin Mantan Timb. Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2006/2007

19) Mohd Nor Hafidz Mantan Timb. Exco Pendidikan & Kerjaya Sesi 2006/2007

Friday, August 7, 2009

Program Sehari Bersama PERMAJ

Salam PERMAJ, pada hari ahad ini 9 Ogos 2009 PERMAJ akan mengadakan Program Sehari Bersama PERMAJ bertempat di Pusaneka dan Sekitar UKM, Oleh itu, kami ingin menjemput semua ahli baru PERMAJ untuk datang memeriahkan program pada hari tersebut. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Kepada semua Alumni-alumni, senior-senior serta ahli-ahli PERMAJ anda juga dijemput untuk memberikan sokongan dan hadir memeriahkan program pada hari berkenaan. Majlis akan diserikan lagi dengan kehadiran penasihat-panasihat PERMAJ Berikut merupakan tentatif program pada hari berkenaan:-

8.00 Pagi : Pendaftaran Peserta
8.30 Pagi : Sarapan Pagi
9.00 Pagi : LDK 1 (Ice Breaking)
10.00 Pagi : Jejak Khazanah PERMAJ
12.30 T/Hari : Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 Petang : LDK 2 (Projek Oh Projek)
4.30 Petang : Solat Asar / Minum Petang
5.00 Petang : Sukaneka
6.30 Petang : Rewang / Tadbir Diri /Solat Maghrib / Solat Isyak
9.00 Malam : Makan Malam (BBQ) & Bersama PERMAJ
11.00 Malam : Sesi Bergambar / Bersurai

Monday, July 27, 2009

Program Kembara Ilmu 2009 (PKI)





Salam PERMAJ. Pada 17 hingga 19 Julai 2009, PERMAJ telah menjalankan Program Kembara Ilmu yang diadakan di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas Pontian. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan menaikkan semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 untuk terus menyambung pelajaran di alam universiti. Urusetia PERMAJ yang terdiri daripada 26 urusetia dan 20 orang fasilitator telah berganding bahu bagi memastikan matlamat program terlaksana. Pelajar-pelajar tingkatan 6 seramai 100 orang telah mendapat pelbagai input daripada program ini.

Pelbagai modul LDK telah dijalankan bertujuan untuk menaikkan semangat para pelajar ini untuk terus belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu ceramah peluang-peluang selepas STPM yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Hanafiah Omar telah berjaya membuka mata para pelajar ini tentang terdapat pelbagai saluran yang ada dalam melanjutkan pelajaran. Ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Haji Jamal pula telah berjaya menaikkan semangat para pelajar ini untuk belajar menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

Program ini dirasmikan oleh wakil Timbalan Menteri Belia & Sukan Y.B Tuan Wee Jeck Seng. Puan Pengetua juga turut hadir memeriahkan majlis perasmian penutupan program. Secara keseruluhannya program ini berjalan dengan lancarnya dan mencapai matlamat seperti yang diinginkan oleh semua pihak. Semoga pelajar-pelajar ini berjaya dalam STPM dan berjaya melangkah masuk ke alam universiti.

Wednesday, July 22, 2009

PERMAJ oh PERMAJ

Salam PERMAJ, sebagai permulaanya kami dari pihak PERMAJ ingin memohon maaf sebab tidak dapat mengupdate blog dalam jangka masa yang agak lama kerana terdapat masalah teknikal disamping semua orang tengah sibuk melakukan gerak kerja bagi program-program yang akan datang. Insyallah pada masa depan blog ini akan cuba diupdate paling kurang sekali seminggu, segala kritikan dan teguran yang membina kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Untuk pengetahuan semua warga PERMAJ, kami baru sahaja pulang dari SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman pada hari ahad yang lalu selepas menjalankan Program Kembara Ilmu yang melibatkan 100 orang pelajar tingkatan 6 sekolah tersebut. Laporan program akan ditulis di post yang akan datang. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama dalam memudahkan urusan kami disekolah itu serta terima kasih tidak terhingga kepada barisan fasilitator dan urusetia yang mantap apabila bergabung tenaga menjayakan sesuatu program.

Selain itu minggu ini di UKM sedang berlangsung Minggu Pengenalan Persatuan dimana Mahasiswa/i baru UKM boleh memilih dan mendaftar mana-mana persatuan yang mereka inginkan. PERMAJ juga tidak ketinggalan untuk terlibat secara aktif dalam event ini. Pendaftaran baru ahli PERMAJ sangat memberangsangkan dimana PERMAJ merupakan antara negeri yang mencatatkan pendaftaran tertinggi selain yang kita sedia maklum persatuan dari negeri-negeri pantai timur seperti PERDANA dan PERMATA yang juga mencatakan pendaftaran ahli baru yang ramai. Semoga kepada ahli-ahli baru PERMAJ ini dapat terus aktif didalam PERMAJ dan terus menyertai pelbagai program yang dianjurkan PERMAJ.

Sekian sahaja untuk post kali ini, nantikan post yang seterusnya tentang laporan Program Kembara Ilmu. sekian terima kasih

Thursday, June 18, 2009

Program Darmawisata SMK Taman Daya ke UKM

Salam PERMAJ. Pada Sabtu ini 20 Jun 2009, Kami PERMAJ akan menerima lawatan daripada SMK Taman Daya Johor Bahru, Seramai 54 orang pelajar 6 Atas serta 6 orang guru pengiring akan turut serta dalam lawatan ini. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar ini kepada persekitaran dan fasiliti sekitar UKM untuk menaikkan semangat mereka supaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara tempat lawatan yang akan dibawa ialah Muzium Warisan Akademik, Galeri UKM, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, PTSL dan Kolej Ungku Omar.

Selain itu terdapat ceramah akademik yang akan disampaikan oleh Tuan Hj. Hanafiah Bin Omar Ketua Penolong Pendaftar Pusat Perancangan & Komunikasi Korporat UKM serta akan diadakan slot PERMAJ. Akhir sekali akan ada sesi interaksi antara keluarga PERMAJ dan pelajar-pelajar sekolah ini bagi merangsang semangat mereka untuk terus belajar hingga berjaya. Sesi interaksi ini akan diadakan dalam bentuk LDK. Semua aktiviti seperti ceramah dan LDK akan diadakan di Auditorium Siswa bermula jam 12.30 tengahari hingga 4.00 petang.

Kepada ahli-ahli PERMAJ yang ingin menyertai program ini sebagai fasilitator boleh mendaftar terus di bilik PERMAJ atau boleh menghubungi Saudara Hafiz Rais di talian: 017-7779664. Kepada mereka yang berkelapangan boleh terus hadir ke Auditorium Siswa untuk memberi sokongan. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, June 10, 2009

TAHNIAH & SYABAS



Salam PERMAJ, Pada 6 Jun 2009 Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong, D.Y.M.M Sultan Mizan Zainal Abidin. Kami warga Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) menggucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas penganugerahan tersebut. Semoga UKM lebih maju pada masa mendatang sekali gus memenuhi aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi.

Monday, June 1, 2009

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu

Salam PERMAJ, musim cuti sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana seluruh sanak saudara tidak kira umur, pangkat dan darjat akan dapat berkumpul meraikan majlis yang penuh bersejarah bagi pasangan Raja Sehari. Untuk pengetahuan semua warga PERMAJ, dalam musim cuti sekolah ini terdapat 4 majlis perkahwinan yang melibatkan alumni-alumni PERMAJ. Mereka adalah:

Nurdiana Zakaria(Yan) & Firli Amin

Tarikh : 6 Jun 2009 (Umah perempuan) & 7 Jun 2009 (Umah lelaki)

Nikah : 5 Jun 2009 (Jalan Bakariah, Muar)

Alamat Umah Perempuan : Jalan Bakariah, Muar.

Alamat Umah lelaki : 50A Taman Temenggong, Lrg 1, Jalan Temenggong 85000 Segamat.


Fairuz @ Abg Paino & Suniza

1) Bride’s House
Date : 30th May 2009 / 05th Jamadil Akhir 1430H (Saturday)
Time : 12.00 pm – 5.00 pm
Venue : TI 474 MK H, Sg. Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang (refer to map)

2) Bridegroom’s House
Date : 06th June 2009 / 12th Jamadil Akhir 1430H (Saturday)
Time : 12.00 pm – 5.00 pm Venue : Lot 61, Jalan Ulu Sawah, Kg. Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.


Marina Binti Maarof & Muhamad Hafez Bin Abdullah

Yang akan berlangsung pada hari Sabtu 6hb. Jun 2009 bersamaan 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah

Bertempat di No. 256 Rumah Rakyat Sikamat 2 Batu 3 Jln Jelebu 70400 Seremban N.Sembilan.

Jamuan Makan : 11.30 pg – 4.30 ptg

Bersanding : 1 ptg


Norlina Ambok Selong & Azman B. Selamat

Tarikh : 6 Jun 2009 (Umah perempuan ) & 7 Jun 2009 (Umah lelaki)

Nikah : pagi 6 Jun di masjid Benut

Alamat Umah Perempuan : 41 Kg Pt Abd Rahman, Benut

Alamat Umah lelaki : Pt Awang Yong Peng, batu Pahat

Signifikannya semua Raja Sehari ini memilih tarikh 6 Jun 2009 sama ada di pihak lelaki atau pihak perempuan untuk menjadi tarikh keramat yang menyatukan 2 hati dalam 1 majlis yang penuh bersejarah dan gilang gemilang. Kami Barisan Exco PERMAJ 2008/2009 mewakili semua warga PERMAJ mengucapkan Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke anak cucu. Sekian

Wednesday, May 27, 2009

LASBELA 1st Edition : Sekolah Sultan Abdul Jalil (SSAJ)




Salam PERMAJ, Pertama kami ingin memohon maaf atas kelewatan entri untuk program pertama PERMAJ ini atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pada 8 April 2009 telah diadakan program pertama PERMAJ sesi ini iaitu LASBELA Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang Johor. Program 2 hari ini berbentuk motivasi dan bertujuan menaikkan semangat para pelajar menjelang peperiksaan STPM. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar tingkatan 6 SSAJ dan 5 orang guru pengiring SSAJ.

Aktiviti pertama yang diadakan ialah lawatan di sekitar UKM. Para pelajar ini telah dibawa melawat Perpustakaan Tun Sri Lanang, Muzium Warisan UKM serta fakulti-fakulti sekitar UKM. Aktiviti diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) yang diuruskan oleh para fasilitator PERMAJ yang diketuai oleh saudara Hafiz. Pada sebelah malamnya diadakan ceramah akademik yang disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah Omar yang merupakan Ketua Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi & Perancangan Korporat UKM merangkap Penasihat PERMAJ. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti.

Selepas tamat ceramah, para pelajar tersebut meneruskan program mereka dengan aktiviti LDK yang diuruskan oleh para fasilitator. Pada tengah malamnya telah diadakan aktiviti burung hantu di kawasan sekitar Kolej Za'ba. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji keberanian para pelajar disamping menaikkan semangat mereka dalam menghadapi halangan mendatang. Aktiviti ini berakhir dengan sambutan hari lahir salah seorang peserta dan seorang urusetia PERMAJ. Pada keesokkan harinya diadakan pula Majlis Perasmian Penutupan Program Lasbela yang dirasmikan oleh Tuan Haji Hanafiah Omar yang merupakan Penasihat PERMAJ.

Secara keseruluhan program ini berjalan dengan lancarnya dan berjaya dalam menyampaikan mesej kepada para pelajar SSAJ tentang kehidupan di alam universiti. Di samping itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para senior yang masih sudi datang ke bilik PERMAJ dan membantu program pertama kami ini. terima kasih diucapkan buat kak. lili, azmie, zulhilmi, fahemi, elyza, nisa, ayue dan semua urusetia program yang terdiri daripada exco-exco dan ahli-ahli PERMAJ serta sesiapa sahaja yang membantu program ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian dikenang selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...