Social Icons

Sunday, March 29, 2009

KuRSuS PeNGuRuSaN OrGaNiSaSi PeRMaJ 2009

Pada 28 Mac Hingga 29 Mac 2009 telah diadakan kursus pengurusan organisasi permaj yang berlangsung di pusanika dan bilik seminar fssk. Pengisian yang diadakan ialah seperti kelas fasilitator, kelas perucapan umum dan task marketing. Pada petang 28 mac 2009 telah diadakan task marketing dimana setiap exco dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki menjual suatu barangan. Task ini bertujuan untuk mendedahkan para exco dengan street marketing disamping membina keberanian untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak kita kenali. Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya.

Pada malam harinya pula telah berlangsungnya BBQ PERMAJ yang diuruskan oleh Sekretariat Sukan & Rekreasi dibawah seliaan timbalan exconya iaitu saudara Hafiz Rais. Majlis malam itu dihadiri oleh ramai alumni-alumni permaj seperti abang maman, abang hafiz, abg ajis, abg rahmat, kak nabil, kak shima, kak ecah, kak fiza dan ramai lagi yang datang memberi sokongan kepada aktiviti BBQ tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua exco yang telah turun padang membantu bersama-sama memasak hidangan makan malam. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana ia mampu merapatkan ukhwah antara exco dan alumni serta hubungan exco dan exco itu sendiri. Majlis pada malam itu berakhir jam 12.00 tengah malam.

Ahad pagi pula telah diadakan kelas perucapan umum yang dipengerusikan oleh mantan presiden abg yazid. Kelas seperti ini perlu banyak lagi dilaksanakan kerana mampu membentuk skill komunikasi yang baru disamping membina keberanian untuk berucap dikhalayak ramai. Banyak input yang telah diberikan oleh abang yazid dalam membentuk komunikasi yang berkesan, diharap semua exco selepas ini marilah bersama-sama kita meningkatkan kemahiran komunikasi kita agar permaj dapat melahirkan lebih ramai yang mampu berucap dihadapan audience yang besar.

Kelas fasilitator mengambil temapt sebagai program terakhir untuk hari ini. Kelas fasi ini diuruskan oleh kak fiza & abang hafiz. Pelbagai modul telah dilakukan pada hari ini termasuklah kak fiza telah memperkenalkan beberapa modul baru untuk kami barisan exco praktikkan dalam program yang akan datang. Abang hafiz pula telah memberi tugas kepada kami untuk melakonkan dua watak pahlawan melayu iaiti hang tuah dan hang jebat. Modul itu merupakan suatu yang baru dan amat menarik untuk dilaksanakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua alumni yang sudi hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada kami barisan exco permaj sesi 2008/2009 dalam mengharungi cabaran mendatang. Juga jutaan terima kasih kepada semua exco yang hadir dan diharap pelbagai input dan intipati yang kita perolehi digunakan untuk memajukan diri kita sendiri dan menaikkan permaj disatu level yang lebih mashyur.

Wednesday, March 25, 2009

Di DaERaH iNi

Di Daerah Ini
Kita Terdampar Mencari Arah Dan Haluan
Berdiri Menuju Destinasi
Perjuangan Yang Tidak Pudar
Mengenal Watak-watak Hati
Manusia Yang Alpa
Pada Perjuangan Yang Membunuh Keringat Diri

Hari Ini
Apabila Watak-watak Itu Disatukan
Tidak Nampak Sebarang Keresahan
Tidak Muncul Sebarang Keraguan
Kerana Kita Adalah Saudara
Pada Batas-batas Yang Kita Batasi

Dan Apabila
Ada Hati Yang Merajuk
Ada Wajah Yang Kian Menjauh
Ada Hati Yang Semakin Sebak
Keringat Yang Jatuh Mesti Dikutip
Walau Dengan Seribu Kepayahan
Kerana Semalam Adalah Pengalaman

Daerah Ini
Bukan Untuk Digadai
Setiap Apa Yang Diperolehi
Adalah Nilai Tidak Terkira
Suatu Hari Nanti Kau Pasti Rebah
Bersama Musibah Yang Semakin Lara

Permaj Ini
Terlalu Besar nilai Dirinya
Pada Perjuangan Yang Kenal Erti Keperitan
Jangan Sesekali Kau Runtuhkan
Kerana Keruntuhan Membuatkan
Kau Adalah Pengkhianat Yang Mesti Hapus
Dari Muka Bumi Ini

Adik-adikku
Berjuanglah Untuk Daerah Yang Pernah
Kita Sama-sama Jadikan Jambatan Hidup
Setiap Perjuangan Pasti Ada Hikmah
Kerana

"PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ"

Thursday, March 19, 2009

PeRKeMBaNGaN TeRKiNi PeRMaJ

Salam PERMAJ, setelah mengharungi program kepimpinan darul takzim (PKDT), kini barisan kepimpinan PERMAJ sedang sibuk merangka program-program untuk tahun ini dan awal tahun hadapan. Untuk pengetahuan program terdekat yang akan diadakan ialah Lawatan Sambil Belajar SMK Sultan Abdul Jalil ke UKM pada 7 April 2009. Sedikit maklumat tentang program ini SMK Sultan Abdul Jalil akan melakukan lawatan di beberapa IPTA di semenanjung Malaysia, UKM telah dipilih sebagai salah satu venue lawatan. Sekolah berkenaan akan datang di UKM jam 3.00 petang dan terus akan memulakan rangka lawatan mereka di UKM. Pada sebelah malam pihak kami telah merancang untuk mengadakan sedikit ceramah tentang kehidupan di universiti sebagai persediaan untuk mereka.

Program kedua yang akan berlangsung ialah Program Kembara Ilmu (PKI) pada 10 hingga 12 April 2009 insyallah di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Program ini berbentuk motivasi dan sasaran pelajar adalah pelajar SPM dan STPM sekolah berkenaan. Program ini akan dilaksanakan di bawah sekretariat pendidikan & kerjaya dibawah seliaan Muhammad Tahir Roslan sebagai ketua pengarah. Program ini sebagai penerus tradisi program motivasi PERMAJ. Tahun lalu nama program ialah program semarak impian selembar harapan, tahun sebelumnya dikenali sebagai program sirih pulang ke ganggang.
tema untuk program ini ialah "usaha merealisasikan sejuta impian". Diharap program kali ini dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan dan dapat memberi semangat kepada pelajar2 sekolah tersebut untuk terus memastikan impian mereka tercapai

Tuesday, March 10, 2009

PrOgRaM KePiMpInAn DaRuL TaKZiM (PKDT)

Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2009 telah berlangsungnya Program Kepimpinan Darul Takzim a.k.a induksi exco di Taman Negara Tanjung Piai. Seramai 27 orang exco telah berkesempatan untuk menyertai program ini sebagai medan & ujian pertama buat mereka dalam mengharungi dunia PERMAJ yang penuh dengan misteri yang masih belum mereka ketahui. Program ini diketuai oleh Muslimah Mispan a.k.a timb presiden 1 sebagai Ketua Pengarah dan diselaraskan oleh seorang alumni iaitu Mohd Fairus Jasa a.k.a abg pai.

Kami bertolak dari UKM pada jam 11.00 malam dan tiba pada jam 4.30 pagi. Program bermula dengan pendaftaran peserta dan disusuli oleh taklimat oleh abg pai. Seterusnya semua exco dan urusetia menunaikan solat subuh berjemaah sebelum memulakan aktiviti pada pagi hari. Aktiviti bermula dengan senaman pagi yang menghiburkan dengan pelbagai gelagat dapat dilihat di kalangan exco mahupun alumni sendiri. Aktiviti diteruskan dengan sesi ice breaking, pelbagai cara baru dalam ice breaking dapat kami pelajari dan insyallah akan dipraktikkan dalam program yang akan datang. Pada petang pula setiap kumpulan telah diminta untuk membentuk sebuah negara dan akan dibentang pada malam hari. Seterusnya treasure hunt pula mengambil giliran. Treasure hunt kali ini agak unik kerana di check point terakhir semua peserta di paksa untuk berendam di dalam lumpur (habis semua exco kena gatal2).

Pada malam hari pula pembentangan kumpulan mengambil tempat dan disusuli oleh night walk, sejurus night walk permainan ikan dalam botol memeriahkan majlis dimana Zharif a.k.a presiden telah dicabar kesabarannya oleh Akmal a.k.a timb presiden 2 yang ingin merampas kuasa pemerintahan, kredebiliti Zharif sebagai presiden & manusia telah diuji habis-habisan oleh Akmal, pelbagai kritikan telah dilemparkan kepada Zharif untuk membunuh semangatnya. Tapi perlu diingat semua itu hanya lakonan semata2 yang diatur oleh urusetia, permainan ini bertujuan untuk menguji adakah seorang pemimpin itu mampu menangani masalah dengan baik, untuk kali ini Zharif telah berjaya mengawal keadaan dengan agak baik.

Pada keesokkan harinya kami telah melakukan khidmat masyarakat di kampung berhampiran sebagai task terakhir untuk program ini. Secara keseruluhannya program ini telah berjaya merapatkan ukhwah antara kami barisan exco dan barisan alumni yang hadir seperti abg pai, abg rahmat, abg ajis, abg mok, kak fiza, kak kirin, kak shima, kak sally, jemi, fairul. Selain itu dapat dilihat diwajah semua exco bahawa mereka sudah tidak sabar untuk menyahut cabaran alumni dalam menghasilkan program yang berkualiti tinggi. Jutaan terima kasih kepada alumni yang hadir kerana memberi semangat serta mencurahkan ilmu & pengalaman yang ada
pada mereka kepada kami exco2 PERMAJ yang baru.

Berikut merupakan gambar semasa program tersebut:



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...