Social Icons

Monday, September 26, 2011

SELAMAT BERGELAR GRADUAN UKM !!!


Tahniah dan Selamat Bergraduasi Kepada Semua Mahasiswa/i Johor UKM dan Para Senior PERMAJ. Kejayaan anda inspirasi kami. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan dapat berkhidmat demi masyarakat (Johor khususnya) dan negara. Syabas !!


Antara senior yang bergraduasi pada kali ini ialah : -

1) MOHD HAFIZ BIN MOHD RAIS,        Presiden Sesi 2009/2010

2) MUHAMAD FAIZZUL BIN BUANG,    Timbalan Presiden 1 Sesi 2009/2010

3) SITI ZUHAIRAH BINTI ROSLAN,       Naib Presiden 1 Sesi 2009/2010

4) ZARINA BINTI ZAKARIA,                  Naib Presiden 2 Sesi 2009/2010

5) NOOR AZIAH AZIE BINTI ABD. AZIZ,   Bendahari Sesi 2009/2010

6) ROSNAH BINTI JAMIL,                      Exco Pemb. Sumber Manusia Sesi 2009/2010

7) ZAINATUL FIRDAOS BINTI MUKAYAT,  Ketua Sekr. Pemb. Sumber Manusia Sesi 2009/2010

8) SITI AIDA BINTI SULANGKIR,           Exco Biro Hal Ehwal Siswi Sesi 2009/2010

9) NORSHAHIDA BINTI KHALID,          Exco Pendidikan dan Kerjaya Sesi 2009/2010

10) SITI NOORZUHA BINTI MOHD SIDEK, Timbalan Exco Pendidikan dan Kerjaya Sesi 2009/2010

11) MOHD NOR MUBIN BIN OTHMAN,     Exco Kebajikan dan Kerohanian Sesi 2009/2010

12) MUSLIMAH BINTI MISPAN,             Timbalan Presiden 1 Sesi 2008/2009

13) SURIYA BINTI MOBIN,                     Naib Presiden 2 Sesi 2008/2009

14) MUHAMMAD FAZIL HAKIM BIN ZAINAL ABIDIN,  Naib Presiden 3 Sesi 2008/2009

15) NUR AFIZA BINTI SULAIMAN,        Ketua Sekr. Biro Hal Ehwal Siswi Sesi 2008/2009

16) NASEHAH SYAMIN BINTI SABRI,   Timbalan Exco Pemb. Sumber Manusia Sesi 2008/2009


~ PERMAJ adalah Kita, Kita adalah PERMAJ. Cemerlang Bersama Johor~

Friday, September 16, 2011

CARTA ORGANISASI PERMAJ UKM SESI 2010/2011




PENAUNG : 
Y.A.B. DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor Darul Ta’zim

PENASIHAT KEHORMAT : 
YG. BHG. PROF. DR. RAHMAH MOHAMED
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia

LEMBAGA PENASIHAT : 

TUAN HJ. MOHD HANAFIAH BIN OMAR
Ketua Penolong Pendaftar
Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia

 PROF. MADYA DR. SALLEH BIN AMAT
Timbalan Pengarah
Latihan Dan Perkembangan Akademik
Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia



EN. AIZAM BIN A. BAKAR
Penolong Pendaftar
Pejabat Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia


PRESIDEN                                      : MUHAMAD ZAMIR SAFWAN BIN MOHD KAMAL

TIMBALAN PRESIDEN I                  : MOHD NAJIB BIN SAMINGIN

TIMBALAN PRESIDEN II                 : NORLIYANA BINTI NAIM

NAIB PRESIDEN I                           : KAMARUDIN BIN MOHD NOH

NAIB PRESIDEN II                          : NADZIRAH BINTI MOHD HALID

NAIB PRESIDEN III                        : MOHAMAD NURSHAFIQ EZAM BIN KHAIRUDIN

SETIAUSAHA AGONG                     : MOHD SYAFIQ AKMAL BIN KASIMUN @ KATMON

SETIAUSAHA KERJA                      : NURAIN BINTI MOHD SALLEH

BENDAHARI                                   : NOR ASMIZA BINTI AHMAD AZAL

PENOLONG BENDAHARI                  : AMIRAH BINTI MOHD LAZIM


SEKRETARIAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

EXCO                                              : AHMAD SAIFUL BIN MOHAMED

TIMBALAN EXCO                            : MERASARA BINTI AHMAD MAHMOD

KETUA SEKRETARIAT                     : AZWANA BINTI WAN ABDULLAH


SEKRETARIAT KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN

EXCO                                              : MOHD SYUKRI BIN SHAWAL

TIMBALAN EXCO                            : AZRENA BINTI TUJANA
  
KETUA SEKRETARIAT                     : MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD


SEKRETARIAT PERHUBUNGAN DAN ALUMNI

EXCO                                              : NOR HALIZA BINTI BASIRON

TIMBALAN EXCO                            : MOHAMAD FADHLI BIN BAKAR

KETUA SEKRETARIAT                     : NURHANIS BINTI AZBI


SEKRETARIAT PENDIDIKAN DAN KERJAYA

EXCO                                              : NURUL HUDA BINTI MD SIDIK

TIMBALAN EXCO                            : MOHAMAD FIRDAUS BIN AB AZIZ

KETUA SEKRETARIAT                     : NURHIDAYA BINTI PUKARI


SEKRETARIAT HAL EHWAL SISWI

EXCO                                             : NOOR LIZA BINTI A. AZIZ

TIMBALAN EXCO                            : ERNI AMALINA BINTI ILHAM
  
KETUA SEKRETARIAT                     : NUR FATIHA BINTI ABD RAZAK


SEKRETARIAT MEDIA DAN INFORMASI

EXCO                                              : HAFIZAH BINTI ABDULLAH

TIMBALAN EXCO                            : ASLAM BIN WASES

KETUA SEKRETARIAT                     : SITI AISYAH BINTI DAUD


SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI

EXCO                                             : MOHAMAD MUSTAPID BIN MOHAMAD

TIMBALAN EXCO                            : SITI KATIJAH BINTI OMAR

KETUA SEKRETARIAT                     : ASRIZUL ANUAR BIN SARUWAN


SEKRETARIAT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

EXCO                                              : HAYATI BTE HUSIN

TIMBALAN EXCO                            : SITI NORAMIRA BINTI BARIMAN

KETUA SEKRETARIAT                     : RUSLIYANAH BTE MOHD YASIR


SEKRETARIAT KAMPUS KUALA LUMPUR

EXCO                                              : FARAH SYAZWANI BINTI SALMAN

TIMBALAN EXCO                            : ASILAH BINTI SARIMAN @ SARMAN




Wednesday, September 14, 2011

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2011-2012


Salam Mahasiswa UKM 1Malaysia,

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera.

Untuk makluman rakan-rakan semua yang menuntut di UKM, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) akan mengadakan program Minggu Pengenalan Persatuan / Kelab / Urusetia pada 19 hingga 23 September 2011, bertempat di Pusanika (Kampus Bangi). Program yang diadakan pada setiap tahun ini (awal semester 1) akan disertai oleh seluruh persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang wujud di kampus ini. Maka dengan itu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) juga akan turut serta dan mengambil bahagian dalam program tahunan ini. 

Program yang berlangsung selama satu minggu ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar baru yang mendaftar bagi sesi akademik 2011/2012 ini untuk lebih mengenali setiap persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang terdapat di universiti tercinta ini. 

Bagi pelajar-pelajar senior pula, inilah peluang untuk mereka mengetahui segala perkembangan terkini mana-mana persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang mereka sertai. Dan sesungguhnya, peluang ini juga adalah medium untuk rakan-rakan semua terlibat secara aktif dalam organisasi pelajar yang ditubuhkan, disamping mengeratkan hubungan kemahasiswaan sesama kita. 

Sepanjang berlangsungnya program ini, akan diadakan Sesi Pendaftaran Ahli Baru, Pameran Persatuan dan Persembahan Multimedia / Kebudayaan. Maka sudah pasti, setiap persatuan yang terlibat akan sedaya upaya menggunakan segala kreativiti mereka bagi memeriahkan program. Ini juga kerana pihak JPPel turut menganjurkan Pertandingan Pameran Terbaik bagi setiap persatuan menonjolkan segala kelebihan mereka. 

Pesanan kepada rakan-rakan mahasiswa anak-anak Johor sekalian, datanglah berkunjung ke Gerai / Kaunter PERMAJ di Aras 2 Pusanika untuk mendapatkan perkembangan terkini organisasi yang menerajui mahasiswa Johor ini, disamping dapat beramah mesra dan mengeratkan hubungan sesama kita, HIDUP JOHOREAN

Sekian, Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor. Kita bersua nanti !! Ojo Lali Mampir !!!

Sunday, September 11, 2011

MESEJ KHAS “SELANGKAH KE UNIVERSITI” SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR BARU KE IPTA 2011


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan saudara dan saudari berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti masing-masing. Saya percaya kejayaan ini pasti bertitik tolak daripada usaha yang gigih dan kelayakan saudara dan saudari.

Setiap pelajar yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di universiti hendaklah menyematkan tekad dan semangat untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. Maka atas sebab itulah saudara-saudari perlu melengkapkan diri dengan ketrampilan, sahsiah dan jati diri cemerlang agar aspirasi negara untuk melahirkan generasi pelapis kepimpinan masa depan akan terlaksana.

Saudara-saudari juga harus ingat, berada di universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana apa yang lebih penting ialah saudara-saudari semua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran lain agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang lebih mencabar.

Bagi sesi akademik 2011/2012, sejumlah 41,267 tempat pengajian telah ditawarkan di 20 IPTA seluruh negara. Oleh yang demikian, saudara-saudari merupakan golongan yang bertuah kerana menjadi salah seorang daripada kalangan mereka yang telah ditawarkan tempat mengikuti pengajian di IPTA bagi sesi kali ini.

Untuk makluman semua, ramai lagi calon yang memohon tetapi tidak mendapat tawaran. Oleh itu saya menyeru agar saudara-saudari tidak mempersia-siakan peluang yang telah diberikan ini. Belajarlah bersungguh-sungguh agar tercapai segala cita-cita dan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan di atas bahu saudara-saudari sekalian terlaksana. Hanya mahasiswa yang memiliki jiwa besar, berfikiran matang dan berpandangan jauh mampu menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Sebagai golongan terpelajar, saudara-saudari diharap dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang negara dan peraturan yang ditetapkan. Ini kerana saudara-saudari semua merupakan role model kepada masyarakat. Saudara-saudari semua mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, persekitaran, ilmu yang dipelajari, negara bahkan dunia secara amnya. Tanggungjawab dan kewajipan ini adalah amanah yang mesti ditunaikan.

Akhir sekali, kepada semua pelajar IPT sesi kemasukan 2011/2012 yang ada pada hari ini, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang demi kemajuan agama, keluarga, bangsa dan negara.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Ikhlas daripada saya,

MOHAMED KHALED BIN HAJI NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Sumber: khalednordin.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...