Social Icons

Friday, January 2, 2009

Selamat Segalanya..

Tidak terlalu lewat rasanya untuk PERMAJ mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua muslimin muslimat, Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut-penganut Kristian dan Selamat Menyambut Tahun baru kepada semua warga dunia. Apa yang diharapkan disini, Tahun Baru 2009 ini akan diwarnai dengan perubahan-perubahan di dalam dan luar negara. Perubahan yang membawa arus kebaikan dan kenikmatan kebahagiaan yang harus dinikmati oleh seluruh penduduk dunia. Peperangan dan penindasan dapat dielakkan. Bagi PERMAJ pula, arus perubahan kepimpinan mungkin akan berlaku lagi tapi yang penting semangat kerjasama dan program-program PERMAJ akan terus rancak dan berkembang. Juga program PERMAJ pada tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan kepada masyarakat dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada seluruh warga UKM terutama pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di UKM, selamat menyahut cabaran 2009 dan memulakan semester baru ini dengan rentak yang cemerlang. Teruskan kejayaan sebelumnya atau tingkatkan usaha atasi kegagalan yang lepas.

Bagi yang tidak mengetahui siapakah yang memenangi Anugerah Persatuan/Urusetia/Projek/Mahasiswa Cemerlang, Berikut adalah senarai pemenang-pemenang dalam kategori-kategori yang ditandingkan

1. Anugerah Persatuan/Kelab Mahasiswa Cemerlang: Kelab Pengajian Dakwah & Kepimpinan FPI

2. Anugerah Urusetia HEP Cemerlang: Urusetia ARTISUKMA

3. Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang: Minggu Derma Darah 1 anjuran PBSMM UKM


4. Anugerah Bakti Terbilang (Prasiswazah):
Saudara Alias bin Ibrahim (FUU)

5. Anugerah Bakti Terbilang (Siswazah): Saudari Nur A'thiroh Masyaa'il Tan binti Abdullah (FPI)

PERMAJ mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang bagi ketegori-kategori yang dipertandingkan. Bagi yang tidak bernasib baik terutama Kepada PERMAJ sendiri, tingkatkan usaha untuk kita merampas takhta kita balik. InsyaAllah berkat kerjasama yang dipupuk, besar lautan sekali pun program kita, kita mampu berlayar megah meredah samudera. Harus diingatkan kepada semua warga PERMAJ terutama exco-exco dan bakal-bakal exco, walaupun tanpa anugerah dan pingat, PERMAJ akan terus tanpa henti menyumbang bakti kepada masyarakat tanpa mengenal apa itu balasan.

Jadi akhir Kata, selamat kepada segalanya dan Selamat Maju Jaya.
p/s: nantikan review OPKIM ENDAU di post seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...