Social Icons

Thursday, April 26, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan PERMAJ Kali Ke-36


Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ. 

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM bahawa semua persatuan pelajar hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada atau sebelum 15 Mei 2012. 

Sehubungan itu, telah ditetapkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERMAJ UKM bagi Kali Ke-36 akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh: 9 MEI 2012 
Masa: 8.30 MALAM 
Tempat: AUDITORIUM SISWA, PUSANIKA

Maka dengan itu, semua ahli berdaftar PERMAJ UKM adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini. 

Harap maklum. Terima kasih. 

p/s: Jemputan kepada penasihat dan alumni akan menyusul. 



"PINDAAN AUKU: MAHASISWA PERLU LEBIH TANGGUNGJAWAB" - Muhyiddin Yaasin


GEORGETOWN - Demi kepentingan negara, golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata pindaan AUKU itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam kampus atau dengan mana-mana parti politik. 

"TENAGA ANAK JOHOR AMAT DIPERLUKAN DALAM FASA PEMBANGUNAN PESAT DI JOHOR" - Abdul Ghani


"Johor kini dalam suasana menjadi destinasi pelaburan, pekerjaan dan tempat bermastautin sehingga jadi negeri pilihan menarik. Kita juga sedang melalui proses pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat terutama dalam lima hingga 10 tahun akan datang. 

Friday, April 20, 2012

Program Cuti Midsem #Gerak Mesra GAPa dan Dinner Anak Johor IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ.
Sempena cuti midsem lepas, PERMAJ telah terlibat dalam menjayakan dua program jemputan di Johor.

1# GERAK MESRA GAPa 

Pada petang jumaat 6 April 2012, seramai 30 orang ahli dan exco PERMAJ telah bertolak ke Pagoh, Muar. Aktiviti malam itu ialah majlis bacaan yaasin dan tahlil serta doa selamat. Keesokan paginya, aktiviti bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Alaudin Riwayat Shah 1. 

Program tamat pada waktu tengahari. Selepas zohor, bergerak ke Johor Bahru untuk Program Jemputan Ke-2 iaitu Majlis makan malam anak Johor IPTA.










2# MAJLIS MAKAN MALAM MENTERI BESAR BERSAMA ANAK JOHOR IPTA 2012

Seramai 32 orang ahli dan exco PERMAJ telah bertolak pada pagi 7 April 2012 ke Johor Bahru untuk menyertai Majlis makan malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA yang diadakan di New York Hotel, Johor Bahru. 

Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini. 

Pada keesokan pagi 8 April 2012 (Ahad), semua peserta dengan menaiki kenderaan masing-masing (bas & kereta) telah berkonvoi bergerak ke Danga Bay, Kota Iskandar dan Johor Premium Outlet sebelum pulang ke destinasi masing-masing. 

~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~




























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...