Social Icons

Wednesday, December 29, 2010

Karnival Sukan Anak Johor IPTA


PERMAJ UKM akan menganjurkan sebuah kejohanan sukan untuk Mahasiswa-mahasiswa dari Johor, yang belajar di IPTA tempatan. Kejohanan terbuka kepada IPTA yang sudah disertakan surat jemputan untuk menyertai, dan melalui Persatuan Mahasiswa Anak Johor yang berdaftar dengan IPTA saudara dan saudari. Berikut adalah senarai acara yang akan dipertandingkan :

1) Futsal L : 7 orang termasuk simpanan.
Futsal P : 7 orang termasuk simpanan

2) Badminton (10 orang termasuk 2 orang simpanan)
Single L : seorang
Single P : seorang
Beregu L : 1 beregu
Beregu P : 1 beregu
Beregu Campuran : 1 Beregu
Simpanan : 2 orang (L/P)


3) Bola Tampar L : 7 orang termasuk simpanan
P : 7 orang termasuk simpanan

4) Sepak Takraw L : 4 orang termsuk simpanan

5) Bola Jaring P : 9 orang termsuk simpanan

Karnival akan disertai oleh anak-anak Johor dari IPTA : UKM,UM,UPM,USM,UPSI,USIM,UMT dan UTM.

Kami gembira sekiranya anda bersama dengan kami menjadi Urusetia Karnival.
Berminat utk menjadi urusetia?

Untuk pendaftaran dan pertanyaan (UKM) :

CIK ROS :0127484783
CIK FIZZ :0193472274

IPTA LUAR (UM, UPM, USM, UUM, UTM, UPSI, USIM, UMT)
-SILA BERHUBUNG DENGAN ANAK JOHOR DI IPTA ANDA,,

TENTATIF KESELURUHAN
KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR IPTA (KSAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2009 /2010

Jumaat (28.01.11)

5.00 Petang : Peserta Tiba Di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM

5.30 Petang : Pendaftaran Peserta

6.00 Petang : Pembahagian Penginapan

8.00 Malam : Makan Malam

8.30 Malam : Taklimat Sukan Oleh Pusat Sukan UKM\



Sabtu (29.01.11)

8.30 Pagi : Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)
Oleh : Y.B Dato’ Razali Bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

9.45 Pagi : Program Sukan di Kompleks Sukan Dan Dewan Gemilang
( Futsal, Sepak Takraw, Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

12.00 T/Hari : Makan Tengah Hari

2.00 petang : Program Sukan Bersambung
( Futsal , Sepak Takraw , Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

5.00 Petang : Bersurai Dan Pulang Ke Kolej

8.00 Malam : Program Sukan di Dewan Gemilang
(Badminton Berpasukan Akhir)

Ahad (30.01.11)

8.00 Pagi : Program Sukan Di Kompleks Sukan UKM
(Final : Futsal, Bola Tampar, Sepak Takrw dan Bola Jaring)

12.00 T/Hari : Makan Tengah Hari

4.00 petang : Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)

6.00 petang : Pulang ke universiti masing-masing

anda juga boleh layari kami di Facebook~ :
http://www.facebook.com/event.php?eid=110476082356411


:: Majulah sukan untuk MALAYSIA !! Cemerlang Bersama Johor ::

Monday, October 11, 2010

Tunku Mahkota Johor diisytihar sebagai Pro Canselor UTHM

BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sempena konvokesyen ke-10 universiti itu, hari ini.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan watikah anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal) kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris.


Hadir sama di majlis itu adalah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Naib Canselor UTHM Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.


Dalam titahnya pada majlis itu, Sultan Johor antara lain menggesa mahasiswa menajamkan minda dan intelek melalui konsep pendidikan yang berkesan.


Baginda bertitah, mahasiswa juga perlu memperteguh jati diri dan kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum yang dinamik dan menarik.


"Usaha untuk meningkatkan dan memperteguhkan jati diri serta kemahiran insaniah mahasiswa perlu menjadi agenda penting universiti.


"Kursus-kursus dan aktiviti kokurikulum harus dirangka dan dilaksanakan secara lebih berkesan serta dikendalikan oleh tenaga-tenaga pakar yang bertauliah," titah baginda.


Sultan Ibrahim juga mahu universiti bersedia meneroka bidang-bidang baru yang lebih dinamik dan berkesan sebagai pengembangan program kokurikulum sedia ada.


Baginda bertitah, ini kerana generasi muda di kampus adalah golongan yang dahagakan perubahan dan cabaran.-Bernama

Sunday, September 26, 2010

Program Semarak Ukhwah 2010

Salam PERMAJ,

adakah anda minat aktiviti lasak? anda berani mencabar diri untuk menguji kecergasan diri anda? .. PERMAJ menjemput anda semua untuk bersama dalam Program Semarak Ukhwah 2010. Butiran mengenai program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 - 10 Oktober 2010 ( jumaat - ahad )
Tempat : Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Matlamat utama adalah untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli tahun 1 yang telah mendaftar pada sesi 2010/2011, tapi kepada ahli tahun 2 dan tahun 3 pun boleh sertai program ini. Program ini juga berhasrat untuk merapatkan hubungan silatur rahim sesama ahli persatuan. " Yang jauh di rapat-rapatkan. Yang rapat , di dekat-dekatkan, tak perlu malu, tak perlu segan" .. Semua sekali boleh join!!!!!!~ Jom la ramai-ramai bersama-sama sertai program yang menarik bercorak aktiviti outdoor ini. Program berbentuk riadah dan rekreasi,
Pengisian utama dalam program ini ialah :


1) Pendakian Gunung Angsi

2) Latihan dalam kumpulan (LDK)

3) J-robik dan poco-poco

4) Jamuan BBQ bersama Penasihat PERMAJ

5) Jungle tracking

PERCUMA!!!TIADA BAYARAN DIKENAKAN..

Jika anda bersama kami.. dan anda berminat untuk menyertai Program Semarak Ukhwah 2010(PSU '10) ..anda boleh mendaftar di Pejabat Persatuan PERMAJ di Bangunan pusanika, Aras 3, UKM dgn segera. TEMPAT ADALAH TERHAD~!!!




Wednesday, August 25, 2010

Majlis Buka Puasa Di UUM

Pada 21hb Ogos 2010 (sabtu) yang lalu, PERMAJ telah menghadiri Majlis Buka Puasa Siri 2 dan Tahlil Patriotik Negara. Majlis dianjurkan oleh Adhoc Anak Johor Universiti Utara Malaysia. Majlis bertempat di Dewan Tradewind, Universiti Utara Malaysia. Majlis Bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 10 malam. Majlis dihadiri oleh TNC UUM dan turut hadir Tuan Haji Jamal bin Ali, Penasihat PERMAJ, UKM. Turut menyerikan majlis dengan kehadiran IKMAR Universiti Sains Malaysia(USM).






Sunday, August 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa PERMAJ 2010


(klik poster ini untuk zoom in)

Sebarang pertanyaan , boleh berhubung dengan saudari zuhairah - 0177302854

atau link facebook di sini~

Motivasi dan peluang perniagaan


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

PROGRAM INI DIADAKAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN TENTANG SELOK BELOK ILMU PERNIAGAAN, OLEH PENCERAMAH YANG BERPENGALAMAN. DIANJURKAN OLEH PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UKM DENGAN KERJASAMA HOUSE OF CONSULTANT (PR) DAN PERSATUAN ANAK MELAYU JOHOR (PAMJ). DALAM PROGRAM INI AKAN DIBAHAGIKAN KE
PADA 4 SLOT UTAMA :

1) PRODUK-PRODUK DALAM PERNIAGAAN
2) PEMASARAN YANG BERKESAN
3) PINJAMAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN SEMULA
4) PSIKOLOGI : PENILAIAN NILAI KEUSAHAWANAN DALAM DIRI

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!
HUBUNGI ZURAIDA : 017-6818060
ASMIZA : 019-4545615

PENDAFTARAN HANYA RM2 DAN SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN

kat sini ade link kt Facebook~~



rugi kalo x join!!

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Yang Mulia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Mengasihani.


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mohon keampunan di atas salah dan silap serta ketelanjuran dalam berbicara dan perbuatan. Moga kedatangan Ramadhan kita dapat mempertingkatkan amal ibadah dan mengubah kehidupan ini dengan lebih sejahtera dan penuh ketaatan kepada Allah SWT.

Manusia itu tidak sama di antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT, maka terdapat
3 martabat puasa :

1) Puasa Orang Awam (orang ramai)

Mereka hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Mereka tidak menjaga anggota yang tujuh iaitu : mulut, mata, telinga, hidung, tangan, kaki, dan alat sulit. Walaupun puasa mereka itu sah, tetapi mereka tidak memperolehi pahala.

2) Puasa Khusus

Mereka bukan sekadar berpuasa menahan diri dari makan dan minum, bahkan seluruh pancainderanya ikut berpuaa. Inilah cara puasa orang-orang yang soleh.

3) Puasa Khususul Khusus

Selain menahan diri dari makan dan minum, mereka berpuasa dengan mengekang segala tuntutan hawa nafsu. Pancaindera berpuasa dan seluruh hati dan jiwanya ikut berpuasa dan sentiasa mengingati Allah SWT. Inilah cara puasa para nabi dan wali Allah SWT. Peringkat puasa seperti ini adalah paling tinggi nilainya disisi Allah SWT.

Moga Ramadhan yang akan tiba ini memberi kita kesedaran dan kekuatan untuk berlumba dan berlari dalam mencari kebaikan, rahmat, keampunan dari Allah SWT.

Sabda nabi SAW :

" Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari api nereka"

Ramadhan yang dilalui itu menawarkan kita pingat dan pangkat Taqwa yang sangat berharga disisi Allah SWT. Ianya akan diberikan kepada mereka yang menjalani kehidupan dan madrasah ramadhan dengan cemerlang dan penuh keikhlasan.

Selamat menjalani ibadah puasa .. Tulus ikhlas daripada PERMAJ

Saturday, August 7, 2010

Tahniah daripada PERMAJ

Tahniah diucapkan kepada senior-senior PERMAJ kerana telah berjaya didalam menempuh liku-liku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Doa dan harapan agar semua terus berjaya didalam hidup, di dunia dan di akhirat.

Berikut maklumat tentang senior PERMAJ yang bakal bergelar graduan UKM pada tahun 2010


FEP(AHAD- 8/8/10-SIDANG PAGI)

ZANARIAH BT MASA'
HAZIRAH(KAK CHIK)
FARIZATUL AISYAH

FSSK(AHAD-8/8/10-SIDANG PETANG)

WAN MOHD HAFIZ
RIZWAN FAIZULLAH
AKMAL HAKIM
ZHARIF ZULKIFLI
NOR AZLINA ARBAAIN
SURAYA ABD RAHMAN
MUHAIMIN
NUR IDAYU
HASLILA ASPARI
MOHD NASARUDDIN

FPI (ISNIN-9/8/10- SIDANG PAGI)

SYAFIQ ABD. AZIZ
RANTO HIDAYAT SYAFIL
MOHAMAD RAZIN SALIM


FPEND-(ISNIN-9/8/10-SIDANG PETANG)

MOHAMMAD ZULHILMI MONEL

FST(SELASA-10/8/10-SIDANG PAGI)

SAIFUL NIZAM
YASMIN SAMSUDIN

Wednesday, July 28, 2010

Malam Ramah Mesra




Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Ketua Pengarah, Saudara Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Juri, 0137035696. Terima Kasih~

Program Semarak Ukhwah~

Pemberitahuan~

Salam PERMAJ, Disini ada satu pemberitahuan. bahawa PROGRAM SEMARAK UKHWAH yang di jadualkan akan dilaksanakan pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 bakal di tunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Mohon maaf atas penundaan tarikh ini atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Terima Kasih~

Friday, July 23, 2010

kami di PERMAJ


klik untuk zoom in

Terima Kasih Semua



Terima Kasih kepada semua yang membantu dan terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam Minggu Perkenalan Persatuan untuk PERMAJ. Kepada semua ahli Permaj sama ada yang baru atau yang lama, marilah bersama-sama PERMAJ untuk mengangkasakan lagi anak-anak johor. Mohon Maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang Minggu Perkenalan Persatuan. "Cemerlang Bersama Johor"

Wednesday, July 14, 2010

OPKIM KULAI

JEMPUTAN PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT(OPKIM) PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)UKM TERBUKA KEPADA PELAJAR UKM.
TEMPAT:KG. RAHMAT, KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAKZIM
AKTIVITI: FORUM PERDANA, MOTIVASI , SUKANEKA DAN MACAM2 LAGI
TIADA BAYARAN DIKENAKAN..

~~TEMPAT ADALAH TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT~~

-CEMERLANG BERSAMA JOHOR-

SILA HUBUNGI :HAFIZ RAIS DI TALIAN 0177779664

Tuesday, July 13, 2010

Di Daerah Ini (Bersama Kita Menghayatinya..)




Di Daerah Ini
Kita Terdampar Mencari Arah Dan Haluan
Berdiri Menuju Destinasi
Perjuangan Yang Tidak Pudar
Mengenal Watak-watak Hati
Manusia Yang Alpa
Pada Perjuangan Yang Membunuh Keringat Diri

Hari Ini
Apabila Watak-watak Itu Disatukan
Tidak Nampak Sebarang Keresahan
Tidak Muncul Sebarang Keraguan
Kerana Kita Adalah Saudara
Pada Batas-batas Yang Kita Batasi

Dan Apabila
Ada Hati Yang Merajuk
Ada Wajah Yang Kian Menjauh
Ada Hati Yang Semakin Sebak
Keringat Yang Jatuh Mesti Dikutip
Walau Dengan Seribu Kepayahan
Kerana Semalam Adalah Pengalaman

Daerah Ini
Bukan Untuk Digadai
Setiap Apa Yang Diperolehi
Adalah Nilai Tidak Terkira
Suatu Hari Nanti Kau Pasti Rebah
Bersama Musibah Yang Semakin Lara

Permaj Ini
Terlalu Besar nilai Dirinya
Pada Perjuangan Yang Kenal Erti Keperitan
Jangan Sesekali Kau Runtuhkan
Kerana Keruntuhan Membuatkan
Kau Adalah Pengkhianat Yang Mesti Hapus
Dari Muka Bumi Ini

Adik-adikku
Berjuanglah Untuk Daerah Yang Pernah
Kita Sama-sama Jadikan Jambatan Hidup
Setiap Perjuangan Pasti Ada Hikmah
Kerana

"PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ"
.

Monday, May 3, 2010

Kursus Kepimpinan Tanjung Puteri aka INDUKSI EXCO PERMAJ 2009/2010

Pada 30/4/1010 sehingga 2/5/2010, PERMAJ dengan kerjasama pihak Alumni PERMAJ Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Kursus Kepimpinan Tanjung Puteri bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah, Shah Alam Selangor. Kursus ini dihadiri oleh 31 orang exco PERMAJ dan lebih kurang 20 orang alumni PERMAJ yang sempat hadir walaupun sibuk dengan tugasan seharian.

Tujuan utama diadakan kursus ini adalah untuk membentuk 'team bulding' yang mantap serta menanamkan sifat kekeluargaan PERMAJ yang mana rata-rata exco yang hadir adalah muka-muka baru yang baru dilantik. Maka adalah penting untuk saling mengenali dan belajar untuk bekerjasama memandangkan banyak benda yang seharusnya dipelajari apabila mereka akan terlibat dengan program-program PERMAJ apabila bermula semester hadapan.

Pengisian aktiviti yang disediakan antaranya ialah debat terbuka, night walk, explorace, berkayak, pembentangan kertas kerja serta pembentangan deklarasi. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Hanafiah Omar yang sempat hadir memberi dorongan dan semangat kepada kami semua. Beliau mengingatkan bahawa tugas yang diberikan adalah tanggungjawab bersama dan semangat berpasukan mestilah disematkan agar PERMAJ dapat terus bersaing dengan persatuan-persatuan lain di UKM.

Walaupun agak keletihan, ternyata wajah-wajah kami puas dan gembira dengan perjalanan kursus ini. Diharapkan ia dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan dan untuk itu diucapkan terima kasih terutamanya kepada pihak Alumni yang bertungkus lumus memastikan kelicinan perjalanan program ini.

terima kasih semua.......
~PEMIMPIN BERKARISMA LEGASI GEMILANG~


Gambar akan diupload di kemudian hari

Monday, April 26, 2010

PENGUMUMAN INDUKSI EXCO PERMAJ SESI 2009/2010


30 APRIL-2 MEI 2010
TAMAN PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM
~~PEMIMPIN BERKARISMA LEGASI GEMILANG~~

Monday, April 19, 2010

...muka-muka cikgu...










KEMBARA MOTIVASI PERMAJ DI S.K. GRISEK

Tanggal 28 Mac 2010 bersamaan hari Ahad, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah diundang untuk mengadakan sesi motivasi di Sekolah Kebangsaan Grisek Ledang. Program yang disertai oleh 15 orang exco telah bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba pada jam 9.15 pagi. Ketibaan kami telah disambut oleh murid-murid dan guru yang sekolah tersebut.

Motivasi yang dijalankan ini khas untuk murid-murid darjah 5 dan 6 sekolah tersebut yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Setibanya disana, program dimulakan dengan ceramah oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Omar, penasihat PERMAJ UKM. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut subjek pelajaran UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Program tamat sekitar jam 12.30 tengah hari. Walaupun agak kepenatan setelah berprogram sejak Jumaat lepas bermula dengan kunjungan Maahad Johor, Kursus Pengurusan ISO dan kini ke Grisek, namun pengalaman yang diperolehi amat berharga dan terpampang wajah kepuasan diwajah setiap dari mereka yang menyertai aktiviti-aktiviti ini. Program diteruskan dengan persinggahan kami di air terjun Gunung Ledang untuk menjamah nasi ambang yang dibekalkan oleh kantin sekolah berkenaan. Kami tiba di UKM pada 7.45 malam.

~~~Semoga bertemu di program akan datang~~~

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA WARGA PERMAJ UKM

Sunday, April 18, 2010

..wajah-wajah yang berkursus...










KURSUS PENGURUSAN ISO

Sekali lagi, PERMAJ telah diberi kepercayaan oleh Pihak Pusat Pembangunan Akademik untuk menganjurkan Kursus Pengurusan ISO untuk tahun 2010. Kursus ini telah diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat di Bilik Senat, Canselori. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan Penasihat PERMAJ UKM.

Kursus selama setengah hari ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari telah disertai oleh 44 orang peserta yang rata-rata terdiri daripada exco-exco PERMAJ UKM dan pelajar-pelajar UKM yang mahukan pengalaman dan pengetahuan tentang ISO, sesuatu yang hanya diperolehi setelah masuk ke alam pekerjaan.

Dalam pada itu, penceramah mengingatkan kepada mahasiswa bahawa kesempatan yang ada di universiti mestilah digunakan dengan sebaik mungkin supaya nilai tambah dapat diperoleh oleh mahasiswa agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat mencabar sejak kebelakangan ini. Beliau juga mengaitkan dengan kegagalan mahasiswa untuk mendapatkan pekerjaan adalah berpunca dari kurangnya nilai "soft-skill" dan stail komunikasi yang baik dalam diri mahasiswa itu sendiri.

Akhir kalam, sekalung tahniah diucapkan kepada peserta dan terima kasih kepada Tuan Haji Hanafiah bin Omar atas ilmu dan nasihat yang diberi dalam kursus ini. Diharap kursus sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Berjumpa lagi pada kursus ini pada masa akan datang.

~CEMERLANG BERSAMA JOHOR~

Gambar akan dimasukkan kemudian...

gambar sekitar LASBELA Maahad Johor




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...