Social Icons

Sunday, March 25, 2012

#Program Jemputan: Siapa Nak Jimat Balik Cuti Midsem??


Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ.

Ingin dimaklumkan, bahawa PERMAJ UKM telah menerima jemputan untuk menyertai beberapa program/aktiviti seperti butiran berikut :

JEMPUTAN 1.

Program: Gerak Mesra GAPa
Tarikh: 6 & 7 April 2012
Tempat: Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Muar, Johor.
Anjuran: Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA.
Pengisian: Perasmian pejabat baru GAPa, majlis sarapan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, slot pengenalan GAPa dan aktiviti sampingan.
Peserta: 30 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Muar, Ledang, Batu Pahat dan Segamat untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Jumaat petang, menginap di Pagoh dan program tamat pada Sabtu tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


JEMPUTAN 2.
Program: Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Gabungan Anak Johor (GAJ) bersama Menteri Besar Johor.
Tarikh: 7 & 8 April 2012
Tempat: Johor Bahru.
Anjuran: Gabungan Anak Johor (GAJ)
Pengisian: Slot bersama pemimpin, Lawatan ke Kota Iskandar, Ramah Mesra Gabungan Anak Johor (GAJ).
Peserta: 40 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Kluang untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Sabtu pagi, tiba di Johor Bahru pada tengahari, petang 'check-in' hotel dan bersedia untuk majlis makan malam. Program dijangka tamat pada Ahad tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


Kepada sesiapa yg ingin menyertai kedua-dua program ini (Anak johor UKM dan Ahli PERMAJ sahaja), sila isikan butiran diri anda di sini -->> Senarai Pendaftaran
Selagi ada kekosongan, anda boleh jimat balik Johor.  

Hubungi : Muhd Zamir (Presiden) 013-7453832, Mohd Najib (Timb. Presiden) 017-7382852 untuk pendaftaran/pertanyaan. 


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012


Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? 

Untuk pengetahun semua, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). 

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? 

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Ketahuilah, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 



Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga para wanita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.



Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya. Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. 

PERMAJ UKM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Seluruh Dunia kepada semua wanita, terutama para ibu, adik-adik, akak-akak, saudara-mara dan juga rakan-rakan.  

Dedikasi khas untuk seluruh wanita...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...