Social Icons

Wednesday, November 23, 2011

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Merafak Sembah Menjunjung Kasih 
Setinggi-tinggi Tahniah Dan Ucap Selamat Kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-53
Pada 22 November 2011 Bersamaan 26 Zulhijjah 1432H 

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku. 
DAULAT TUANKU !


Friday, November 4, 2011

[IMBASAN] PROGRAM SEMARAK GENERASI TA'ZIM (PROGET) 2011


Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor. 
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera. 

Sepertimana yang telah kami mewar-warkan sebelum ini (rujuk sini), maka dengan rasa syukurnya kami menyatakan bahawa program interaksi ahli baru 2011 iaitu Program Semarak Generasi Ta'zim (PROGET) telah BERJAYA DILAKSANAKAN. 
Walaupun pada awalnya PROGET ini dirancang untuk diadakan pada 21-23 Oktober 2011 di Mersing, akhirnya berjaya dilaksanakan pada 28-30 Oktober 2011 bertempat di Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka.

Seramai 50 orang peserta iaitu 20 orang exco PERMAJ dan 30 orang ahli baru telah terlibat menjayakan program ini. Turut terlibat, barisan Alumni PERMAJ dan para senior. Pada awalnya program ini dijangka akan disertai lebih 80 orang, namun tidak dapat dielakkan apabila segelintir pelajar yang ingin menyertainya mempunyai urusan lain seperti Sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian PTPTN Kelompok 2 yang diadakan serentak. Namun demikian, janji kami kepada semua ahli PERMAJ, kami sedaya upaya akan memastikan bahawa anda semua tidak terlepas peluang untuk terlibat dalam segala program/aktiviti yang diadakan, Insya-Allah.

Alhamdulillah, PROGET berakhir dengan meriah & jayanya. Kami anggap matlamat & objektif program ini tercapai. Setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kami ucapkan kepada semua peserta, para senior dan alumni. Tanpa kalian program ini tidak berjaya. Kami mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan yang dihadapi sepanjang program ini. Semoga anda semua terus menyokong dan bersama kami Barisan Kepimpinan PERMAJ sesi ini.
Legasi PERMAJ, CEMERLANG BERSAMA JOHOR. 

~ GENERASI TA'ZIM MEMACU KEGEMILANGAN ~

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang PROGET. Fuhhhh...
Poster PROGET (free tau,mmg rugi sape xjoin).

Exco PERMAJ. makan dulu sebelum LDK.

Sesi LDK 1 - Ice breaking. (Nama group ni KEPANG. Dorg minat kepang agaknya)

Pembentangan setiap kumpulan (khusyuk gila muka).

Exco PERMAJ. Persediaan untuk kejadian hari esok.

[HARI KEDUA, SABTU]
Riadah pagi (main boom to boom).

Sarapan pagi. (nasi goreng je, nampak simple tapi sedap)

Tapak khemah kami.

Taklimat ringkas oleh Pak Jamal sebelum memulakan Jungle-Trekking.

Kami diajar tentang Survival di hutan. Macam2 perangkap yg Pak Jamal tunjuk 
(yg buluh tu perangkap tikus,boleh buat kalau nak makan tikus bakar).


Jungle-Trekking (semua happy bila sampai kt air terjun).


Sesi LDK 2 - Pengenalan PERMAJ. (diselitkan sekali tentang sejarah PERMAJ dan Johor)

Suka-sukaneka (paling syok last sekali main baling belon yg berisi air).

Malam kebudayaan (macam2 watak yg diorang buat).

[HARI KETIGA, AHAD]
Abseiling (xpuas buat sekali, ada yg buat sampai 4 kali).

Flying fox (semua tiru gaya superman).

Rumusan program (tiba-tiba ada seekor ular daun jatuh kt tengah2 tu,takut semua).

Penutupan program oleh Abang Maman (Nor Azman Hasbullah), Mantan Presiden 1998/1999.

Semoga program ini menjadi pemangkin untuk mengeratkan lagi perhubungan antara ahli-ahli baru dengan barisan kepimpinan dan senior serta alumni PERMAJ. Insya-Allah, kami akan laksanakan lagi suatu program/aktiviti seumpama ini untuk disertai oleh semua ahli PERMAJ dari Tahun 1 hingga peringkat Master, dengan matlamat menghimpunkan seluruh mahasiswa anak Johor di UKM. Program seumpama ini juga dalam perancangan untuk dianjurkan kepada seluruh mahasiswa anak Johor IPTA. 

Sesungguhnya, kami Barisan Kepimpinan PERMAJ Sesi 2010/2011 amat mengharapkan sokongan dan komitmen dari semua ahli dalam menjayakan segala program/aktiviti. Sebarang cadangan, komen dan kritikan, boleh disampaikan terus kepada kami demi memperbaiki segala kekurangan yang ada.
Sekian, Salam Ta'zim dari kami untuk anda semua yang dicintai. 

~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~

Pesanan penaja; Doakan kejayaan & kesejahteraan Kumpulan Penyelidik PERMAJ yang diterbangkan ke Bandung, Indonesia untuk melaksanakan misi Program Mobiliti Penyelidikan PERMAJ Ke Indonesia, 5 hingga 12 November 2011. Insya-Allah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...