Nama, Alamat Dan Tarikh Penubuhan
Persatuan ini dikenali dengan nama ‘Persatuan Mahasiswa Anak Johor, Universiti Kebangsaan Malaysia’ atau nama ringkasnya ‘PERMAJ’
Alamat :
Persatuan ini dikenali dengan nama ‘Persatuan Mahasiswa Anak Johor, Universiti Kebangsaan Malaysia’ atau nama ringkasnya ‘PERMAJ’
Alamat :
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)
Aras 3, Bangunan Pusanika,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
(KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM IN)
Persatuan ini ditubuhkan pada 7 Disember 1975 di Universiti kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai
Matlamat
Matlamat persatuan ini ditubuhkan ialah membantu Kerajaan Negeri Johor di dalam melaksanakan dasar kerajaan dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepimpinan dan organisasi
Objektif
- Sebagai badan penyatu mahasiswa, kakitangan serta pensyarah yang berasal dari negeri Johor Darul Takzim.
- Menjaga kebajikan setiap anggota ahlinya di dalam hal-ehwal kemasyarakatan.
- Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berpengetahuan dan pengalaman di dalam hal-hal pentadbiran organisasi.
- Menjalankan kegiatan berfaedah dan dapat menerima masyarakat pelajar dan masyarakat luar serta merancang kegiatan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara.
Dasar Dan Prinsip Persatuan
Persatuan menganjurkan dasar kekeluargaan dan keterbukaan yang bermakna setiap ahli-ahli tiada jurang perbezaan antara mereka dan mereka dianggap seperti adik beradik bila berpersatuan dengan batas-batas tertentu.
Keterbukaan melambangkan kepada kebolehan persatuan menerima ahli yang bukan dari negeri Johor kerana mereka berminat dan ingin mengenali negeri Johor dengan lebih mendalam.
Persatuan merupakan persatuan yang akan menjadi penyokong kerajaan di dalam menjalankan persatuan dan menjadi jambatan antara mahasiswa dan pemimpin Negara untuk manfaat bersama.
Halatuju Persatuan
Persatuan berharap agar dapat membantu ahli-ahli mendapat manfaat dan faedah persatuan yang tinggi apabila menyertai persatuan ini melalui pengalaman berorganisasi dan sebgainya.
Menjadi persatuan sebagai wadah kepada perjuangan agama, bangsa, dan Negara.
0 comments:
Post a Comment