Social Icons

Sunday, August 21, 2011

Salam Lebaran & Kemerdekaan Negara Ke-54


Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga PERMAJ; ahli, senior dan alumni serta seluruh warga UKM. Juga kepada rakan-rakan mahasiswa/i Anak Johor di seluruh IPTA/IPTS serta muslimin muslimat sekalian. Salam Lebaran, Maaf Zahir Batin.

Dan juga diucapkan Salam Kemerdekaan Ke-54 kepada semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor.

~CEMERLANG BERSAMA JOHOR~

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa/i IPT Muar

Pada 17 Ogos 2011 yang lepas, PERMAJ UKM dan Rangkaian Anak Muar Se-Malaysia (RAM) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa IPT Muar bersama YB Dato` Razali Bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan di Masjid Al-Ehsan, Parit Jawa, Muar.

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari adalah slot bersama Biro Tata Negara(BTN), Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Khatam Al-Quran, Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri (WPD) oleh pihak PTPTN, majlis berbuka puasa, Solat Tarawih dan moreh.

Majlis ini telah dihadiri hampir 700 orang termasuklah exco-exco PERMAJ, urusetia RAM, pelajar yang bakal masuk ke universiti, pelajar universiti seluruh Malaysia yang menetap di Muar, Belia Muar dan penduduk kampung.


Pendaftaran



Bersama Fasilitator Jemputan


Barisan Fasilitator


Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran


Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri (WPD)


Berbuka Puasa


Urusetia Program


Bersama Tetamu VVIP


~Sekitar Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Muar~

Friday, August 19, 2011

Lawatan Sambil Belajar SMK Bandar Tenggara

Pada 30 Mei 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara telah mengadakan lawatan ke UKM. Seramai 60 orang pelajar tingkatan enam dan 5 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke muzium UKM, kedai cenderamata, perpustakaan Tun Sri Lanang, dan ceramah motivasi yang telah dijalankan oleh Dr. Salleh bin Amat.


lawatan ke muzium



Lawatan ke PTSL


Ceramah motivasi oleh Dr. Salleh Bin Amat









Lawatan Sambil Belajar Sekolah Rendah Chamek Paloh, Kluang


Pada 22 Mei 2011, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (Permaj) ukm telah menguruskan satu lawatan sambil belajar Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Paloh, Kluang.
Seramai 68 orang pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 4 orang guru pengiring dan 8 orang ibubapa telah terlibat didalam lawatan ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini adalah sesi pengenalan kepada permaj, perkongsian ilmu, tip-tip menduduki peperiksaan dan lawatan ke bilik-bilik kuliah di sekitar Fakulti sains sosial dan kemanusiaan dan pusaneka yang dilaksanakan oleh exco-exco dan ahli permaj.












Majlis Pelancaran Gabungan Anak Pagoh (GAPa)

Majlis Pelancaran GAPa telah diadakan pada 30 April 2011 bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Tujuan pelancaran ini adalah untuk membentuk Gabungan Anak Pagoh (GAPa) secara rasmi yang berfungsi sebagai organisasi yang dapat menyumbang kepada masyarakat Pagoh. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh juga sebagai Penaung GAPa dan telah disertai oleh lebih 1,000 orang penduduk Pagoh dan mahasiswa/i yang berasal dari Pagoh yang kini menuntut di beberapa IPTA, antaranya UKM, UPM, USIM, UTHM dan UiTM.


         Penubuhan Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA merupakan cetusan idea dan hasrat Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh, sebagai satu pendekatan dan usaha untuk mengumpulkan kelompok pentadbir, pensyarah dan mahasiswa dari IPTA seluruh negara yang berasal dari Pagoh. Tujuan utama penubuhan ini adalah mempertingkatkan kecemerlangan serta pembangunan modal insan dalam kalangan komuniti Parlimen Pagoh khususnya generasi muda dengan memberikan tumpuan penting dalam bidang pendidikan, sosio-ekonomi dan juga bidang-bidang yang lain, dengan harapan dapat membentuk satu komuniti Parlimen Pagoh yang gemilang dan berdaya saing serta setanding dengan komuniti lain di seluruh negara. Penubuhan GAPa IPTA ini dilihat sebagai satu platform yang dapat mewujudkan jaringan antara kelompok sasaran dengan ahli komuniti Pagoh untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama. 






























Lagi berita di UKM News Portal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...