Majlis Pelancaran GAPa telah diadakan pada 30 April 2011 bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Tujuan pelancaran ini adalah untuk membentuk Gabungan Anak Pagoh (GAPa) secara rasmi yang berfungsi sebagai organisasi yang dapat menyumbang kepada masyarakat Pagoh. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh juga sebagai Penaung GAPa dan telah disertai oleh lebih 1,000 orang penduduk Pagoh dan mahasiswa/i yang berasal dari Pagoh yang kini menuntut di beberapa IPTA, antaranya UKM, UPM, USIM, UTHM dan UiTM.
Penubuhan Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA merupakan cetusan idea dan hasrat Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh, sebagai satu pendekatan dan usaha untuk mengumpulkan kelompok pentadbir, pensyarah dan mahasiswa dari IPTA seluruh negara yang berasal dari Pagoh. Tujuan utama penubuhan ini adalah mempertingkatkan kecemerlangan serta pembangunan modal insan dalam kalangan komuniti Parlimen Pagoh khususnya generasi muda dengan memberikan tumpuan penting dalam bidang pendidikan, sosio-ekonomi dan juga bidang-bidang yang lain, dengan harapan dapat membentuk satu komuniti Parlimen Pagoh yang gemilang dan berdaya saing serta setanding dengan komuniti lain di seluruh negara. Penubuhan GAPa IPTA ini dilihat sebagai satu platform yang dapat mewujudkan jaringan antara kelompok sasaran dengan ahli komuniti Pagoh untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama.
0 comments:
Post a Comment