Social Icons

Friday, April 17, 2009

TriP Ke USM

Salam PERMAJ, pada 6 April yang lalu seramai 15 orang exco2 dan senior serta ahli PERMAJ telah memenuhi undangan Majlis Makan Malam daripada IKMAR yang merupakan organisasi anak Johor di USM. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Vistana, Penang dan dirasmikan oleh Penasihat IKMAR sendiri. Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Johor yang unik. Antara persembahan tersebut ialah zapin, kuda kepang dan beberapa tarian Johor yang baru bagi kami. Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran PERKASA UPM yang merupakan pertubuhan anak Johor di UPM. Kami telah sempat bertukar2 pendapat dan buah fikiran dalam memartabatkan lagi negeri Johor dan meningkatkan lagi kualiti mahasiswa/i daripada Johor. Kami juga telah sempat merancang beberapa program bersama dan insyallah jika tiada aral melintang program itu akan berjalan dengan lancarnya. Jutaan terima kasih kami panjatkan atas layanan mesra daripada pihak IKMAR USM sepanjang kami berada di sana. Budi Baik pihak IKMAR hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Jutaan terima kasih juga kepada semua keluarga PERMAJ kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada disana. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan.

"Cemerlang Bersama Johor"

Suasana Majlis Makan Malam IKMAR

Wakil PERMAJ UKM

Di Hotel Vistana

Sedapnya makan nyum3x

Bersama Penasihat2 IKMAR USM

PERMAJ - IKMAR - PERKASA

PERKASA UPM

PERMAJ UKM & IKMAR USM


PERMAJ UKM FAMILY

Thursday, April 16, 2009

SeLaMaT MenGHaDaPi PePeRiKsAAn


Salam PERMAJ, dikesempatan ini kami Barisan Kepimpinan Exco PERMAJ sesi 2008/2009 ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester sesi 2008/2009 kepada semua mahasiswa/i UKM khususnya kepada Barisan Kepimpinan PERMAJ sesi lalu serta kepada semua ahli2 PERMAJ. Semoga kita semua meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan kali ini

"Cemerlang Bersama Johor"

Friday, April 10, 2009

MaLaM RaMaH MeSrA AnAk JoHoR

Pada Khamis 9 April 2009 bertempat di Puri Pujangga telah diadakan Malam Ramah Mesra Anak Johor yang telah menghimpunkan semua penasihat PERMAJ, Alumni2 PERMAJ, Mantan2 Presiden, Barisan Kepimpinan Exco sesi ini serta semua ahli2 aktif PERMAJ. Majlis itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr Mohamad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor (HEPA) merangkap Penasihat Kehormat PERMAJ. Turut hadir sama dalam majlis itu ialah penasihat-penasihat PERMAJ yang lain seperti Tuan Hj. Jamal Ali, Tuan Haji Hanafiah Omar dan Dr. Salleh Amat. Selain itu kehadiran Ustaz Syahrin Md Jamaluddin yang baru sahaja memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia amat kami hargai. Beliau merupakan Pengerusi Alumni PERMAJ dan merupakan mantan Presiden PERMAJ sesi 97/98. Jutaan terima kasih kepada semua alumni2 dan senior yang sudi hadir memeriahkan majlis pada malam itu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua exco yang terlibat dalam majlis tersebut dan terima kasih kerana tidak kenal erti penat dan lelah. Untuk pengetahuan semua pihak PERMAJ baru sahaja melalui program pertama dengan jayanya iaitu program Lasbela (entri akan menyusul kemudian) dan baru sahaja memenuhi undangan daripada IKMAR USM iaitu sebuah Pertubuhan Anak Johor di Utara Tanahair. Semoga Ukhwah yang terjalin melalui program ramah mesra ini akan terus berkekalan dan akan terus mengeratkan hubungan silahturahim dalam keluarga PERMAJ ini.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...