Made for PERMAJ .

Thursday, April 26, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan PERMAJ Kali Ke-36


Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ. 

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM bahawa semua persatuan pelajar hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada atau sebelum 15 Mei 2012. 

Sehubungan itu, telah ditetapkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERMAJ UKM bagi Kali Ke-36 akan diadakan seperti berikut : 

Tarikh: 9 MEI 2012 
Masa: 8.30 MALAM 
Tempat: AUDITORIUM SISWA, PUSANIKA

Maka dengan itu, semua ahli berdaftar PERMAJ UKM adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini. 

Harap maklum. Terima kasih. 

p/s: Jemputan kepada penasihat dan alumni akan menyusul. 



"PINDAAN AUKU: MAHASISWA PERLU LEBIH TANGGUNGJAWAB" - Muhyiddin Yaasin


GEORGE TOWN - Demi kepentingan negara, golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Timbalan Perdana Menteri berkata pindaan AUKU itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam kampus atau dengan mana-mana parti politik. 

"Ini ialah soal kebertanggungjawaban golongan muda kepada negara, hak keadilan tidak disekat oleh kerajaan, AUKU memberi ruang kepada demokrasi dan kebebasan, harap mahasiswa dapat menggunakan kebebasan ini untuk pembangunan negara dan bukan sekadar mainan politik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai kesan terhadap pindaan AUKU dalam pertemuan ringkasnya dengan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) selepas perhimpunan perdana anggota perkhidmatan awam dan belia Pulau Pinang dan dialog di Dewan Tunku Canselor, USM di sini hari ini. 


Kira-kira 6,000 orang menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada 4,000 penjawat awam dan bakinya merupakan golongan belia. 

Pada 19 April lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegawang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus, sebahagian transformasi politik negara yang dilakukan kerajaan. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang dalam membuat keputusan dan sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan hati mereka boleh menyalurkan aduan kepada mana-mana pihak untuk tindakan selanjutnya.

"Dengan asas bantuan dan dasar yang telah kerajaan laksanakan, kita percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang. Selain itu, kerajaan juga tidak boleh sekat kemajuan teknologi yang semakin berkembang," katanya. 

Dalam sesi dialog itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disediakan bagi para pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tetap diteruskan selagi ada keperluan.

Beliau berkata isu pemansuhan PTPTN itu tidak seharusnya wujud dan diperbesarkan kerana kemudahan pinjaman itu bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tetapi ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"PTPTN sudah jadi isu besar, yang sepatutnya tidak jadi isu dan tidak dipolitikkan. Bila dipolitikkan ia jadi besar dan di luar jangkauan, kerajaan telah sediakan RM43 bilion pinjaman yang diberikan secara mudah kepada pelajar. "Tabung begini amat diperlukan bagi meraka yang tidak mendapat kemudahan biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Jika dimansuhkan ia ibarat telah menafikan hak orang lain yang ingin belajar," katanya. 

Muhyiddin turut menyelar sikap pemimpin parti pakatan pembangkang yang menggunakan isu PTPTN semata-mata untuk meraih sokongan rakyat demi kepentingan diri sendiri. 

"Kalau sudah tidak ada tabung, nak pinjam apa... jadi jangan terpengaruh dengan pihak yang cuba meraih sokongan untuk pilihan raya. Pelajar IPT semua waras dan boleh berfikir... tidak mungkin mereka buat perkara yang negatif. "Dasar untuk sediakan tabung ini akan diteruskan selagi ada keperluan, buat apa kita nak layan nafsu buas dan rakus sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat," katanya. -- Bernama 

Sumber: 26 April 2012, Sinar Harian 

"TENAGA ANAK JOHOR AMAT DIPERLUKAN DALAM FASA PEMBANGUNAN PESAT DI JOHOR" - Abdul Ghani


"Johor kini dalam suasana menjadi destinasi pelaburan, pekerjaan dan tempat bermastautin sehingga jadi negeri pilihan menarik. Kita juga sedang melalui proses pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat terutama dalam lima hingga 10 tahun akan datang. 

"Tawaran pekerjaan paling tinggi dicatatkan di Johor sejak kebelakangan ini,"

Menteri Besar, YAB Dato' Abdul Ghani Othman berharap penuntut IPTA dari Johor membangun kekuatan intelek dan tidak sekadar menguasai akademik atau kepakaran kerana tenaga mereka amat diperlukan dalam fasa pembangunan yang semakin pesat terutama dalam Iskandar Malaysia.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Menteri Besar Johor Bersama Pelajar IPTA Anak Johor yang dianjurkan bersama oleh Gabungan Anak Johor dan Yayasan Pelajaran Johor pada 7 April lalu. 

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 mahasiswa dari 12 IPTA turut mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengenai Iskandar Malaysia dan peluang pekerjaan yang ditawarkan. 

Friday, April 20, 2012

Program Cuti Midsem #Gerak Mesra GAPa dan Dinner Anak Johor IPTA 2012

Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ.
Sempena cuti midsem lepas, PERMAJ telah terlibat dalam menjayakan dua program jemputan di Johor.

1# GERAK MESRA GAPa 

Pada petang jumaat 6 April 2012, seramai 30 orang ahli dan exco PERMAJ telah bertolak ke Pagoh, Muar. Aktiviti malam itu ialah majlis bacaan yaasin dan tahlil serta doa selamat. Keesokan paginya, aktiviti bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Alaudin Riwayat Shah 1. 

Program tamat pada waktu tengahari. Selepas zohor, bergerak ke Johor Bahru untuk Program Jemputan Ke-2 iaitu Majlis makan malam anak Johor IPTA.










2# MAJLIS MAKAN MALAM MENTERI BESAR BERSAMA ANAK JOHOR IPTA 2012

Seramai 32 orang ahli dan exco PERMAJ telah bertolak pada pagi 7 April 2012 ke Johor Bahru untuk menyertai Majlis makan malam Menteri Besar bersama Anak Johor IPTA yang diadakan di New York Hotel, Johor Bahru. 

Kira-kira 1000 orang mahasiswa Johor dari 12 buah IPTA; UMT, UKM, UPM, USM, UPSI, UUM, UTM, UM, UTHM, USIM, UMP dan UiTM telah hadir pada program ini. 

Pada keesokan pagi 8 April 2012 (Ahad), semua peserta dengan menaiki kenderaan masing-masing (bas & kereta) telah berkonvoi bergerak ke Danga Bay, Kota Iskandar dan Johor Premium Outlet sebelum pulang ke destinasi masing-masing. 

~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~





























Sunday, March 25, 2012

#Program Jemputan: Siapa Nak Jimat Balik Cuti Midsem??


Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ.

Ingin dimaklumkan, bahawa PERMAJ UKM telah menerima jemputan untuk menyertai beberapa program/aktiviti seperti butiran berikut :

JEMPUTAN 1.

Program: Gerak Mesra GAPa
Tarikh: 6 & 7 April 2012
Tempat: Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Muar, Johor.
Anjuran: Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA.
Pengisian: Perasmian pejabat baru GAPa, majlis sarapan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, slot pengenalan GAPa dan aktiviti sampingan.
Peserta: 30 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Muar, Ledang, Batu Pahat dan Segamat untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Jumaat petang, menginap di Pagoh dan program tamat pada Sabtu tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


JEMPUTAN 2.
Program: Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Gabungan Anak Johor (GAJ) bersama Menteri Besar Johor.
Tarikh: 7 & 8 April 2012
Tempat: Johor Bahru.
Anjuran: Gabungan Anak Johor (GAJ)
Pengisian: Slot bersama pemimpin, Lawatan ke Kota Iskandar, Ramah Mesra Gabungan Anak Johor (GAJ).
Peserta: 40 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Kluang untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Sabtu pagi, tiba di Johor Bahru pada tengahari, petang 'check-in' hotel dan bersedia untuk majlis makan malam. Program dijangka tamat pada Ahad tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


Kepada sesiapa yg ingin menyertai kedua-dua program ini (Anak johor UKM dan Ahli PERMAJ sahaja), sila isikan butiran diri anda di sini -->> Senarai Pendaftaran
Selagi ada kekosongan, anda boleh jimat balik Johor.  

Hubungi : Muhd Zamir (Presiden) 013-7453832, Mohd Najib (Timb. Presiden) 017-7382852 untuk pendaftaran/pertanyaan. 


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012


Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? 

Untuk pengetahun semua, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). 

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? 

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Ketahuilah, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 



Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga para wanita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.


Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya. Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. 

PERMAJ UKM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Seluruh Dunia kepada semua wanita, terutama para ibu, adik-adik, akak-akak, saudara-mara dan juga rakan-rakan.  

Dedikasi khas untuk seluruh wanita...






Friday, February 24, 2012

[PROGRAM GAJ] INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012


Salam Ta'zim. Program Mega Mahasiswa Johor Tahun Ini.

[ INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012 ]

Tarikh : 2 - 4 Mac 2012. 
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Anjuran : Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM 
dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan.
Jumlah Peserta : 65-70 orang setiap IPT

Sub-program:
[1] Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) IPT 2012. 

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Peserta : 55 orang setiap IPT
Acara yang dipertandingkan :
1. Futsal (L) - 7 peserta.
2. Bola Jaring (W) - 10 peserta
3. Sepak Takraw (L) - 4 peserta
4. Badminton (5L 5W) - 10 peserta
5. Bowling (3L 3W) - 6 peserta
6. Bola Tampar (8L 8W) - 16 peserta.

[2] Motivasi Belia Siswa Bersama Pelajar Sekolah & Wacana Siswa.

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Tempat : Sekolah sekitar Johor Bahru & Dewan Senat UTM
Peserta : 10 orang setiap IPT

[3] Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Johor. 

Tarikh : 3 Mac 2012, 8.00 malam
Tempat : Sofitell Hotel, Johor Bahru

Sehubungan itu, PERMAJ UKM telah dijemput untuk menghantar penyertaan bagi program ini & juga bersama anak-anak Johor dari IPTA lain. 

Pihak penganjur, SEJATI UTM telah meletakkan syarat kelayakan menyertai program ini :

i) Seorang warganegara Malaysia, iaitu anak Johor; lahir di negeri Johor, atau mempunyai ayah atau ibu atau kedua-duanya lahir di negeri Johor, atau telah bermastautin di Negeri Johor lebih dari 5 tahun.

ii) Masih atau sedang mengikuti pengajian dalam universiti yang diwakili.

Program Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012 ini adalah siri penganjuran kali ke-2 selepas siri pertamanya berjaya dianjurkan oleh PERMAJ UKM pada Januari tahun lepas. 

PERMAJ UKM mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan SEJATI UTM untuk penganjuran kali ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar & sempurna. Inilah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakan-rakan mahasiswa Anak Johor dari seluruh IPTA untuk bertemu dan berhimpun bagi mengeratkan ukhwah sesama anak Johor. 

"Transformasi Gerakan Anak Muda, Aspirasi Perpaduan Bangsa"

Tuesday, February 14, 2012

LAPORAN#2-OPKIM PONTIAN 2012: BERSIH 3 kampung serentak !!!

[Ahad, 22 Jan 2012 - Hari Kedua]

Hari kedua boleh dianggap paling penting bagi OPKIM kali ini kerana padat dengan pengisian pelbagai aktiviti utama.
Bermula dengan aktiviti gotong-royong di sebelah pagi di 3 buah kampung tersebut, acara gubahan dan mewarna selepas Zohor, kemudian acara sukan di sebelah petang dan berakhir dengan ceramah kenegaraan di sebelah malam.

Para peserta mula berkumpul pada jam 7.30pagi di Kg Pt Selangor. Acara dimulakan dengan senaman pagi renggangan otot, chicken dance dan juga poco-poco. Kemudian, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk laksanakan aktiviti gotong-royong di 3 buah kampung. Selepas itu peserta diberikan t-shirt program setiap seorang sebelum kami semua menikmati sarapan pagi. T-shirt berwarna kuning ini adalah sumbangan dari pihak pemuda kampung. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan ya. (Awas!!! Jangan fitnah kami sebagai penyokong BERSIH 3.0 !!!).




Menu istimewa sarapan pagi, ubi rebus dengan sambal tumis. Anak Johor tak heran la dengan menu ni. Tapi yang bukan Johor tu, nak tak nak kenalah makan juga ya. Hehe.. Ada juga makanan lain dan kuih-muih..


Ok semua dah kenyang (Jawa: wes mangan). Bersedia untuk kerah tenaga bergotong-royong. Jommm....

Tak tahu la apa sebab yg perempuan berebut nak naik land rover RELA ni...

Haha..yg lelaki asyik bergambar jek..

Kumpulan 1 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Marjunid. 
Peserta bersama penduduk kampung bergotong-royong menceriakan kawasan sekitar kampung. Antaranya menanam pokok di sepanjang jalan masuk dan lanskap dewan, menanam pokok bunga di pasu, mengecat tanda nama jalan, membersihkan sekitar kolam ikan dan kawasan sekitar kampung.

Menanam pokok dan menceriakan lanskap dewan.

Inilah hasilnya. Menanam pokok di pasu dan pasu ini dicat dengan tulisan khas "PERMAJ UKM OPKIM 2012". Motifnya untuk dijadikan tanda kenang-kenangan kepada orang kampung. Juga sebagai tanda bahawa kami pernah berbakti di sini.

Kumpulan 2 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Selangor. 
Mereka melaksanakan tugas mengemas, mengecat surau dan membersihkan kawasan sekitar.

Mengecat Gaya UKM !!!!
Ketua Pengarah OPKIM, Syafiq Akmal (baju merah) menerima cenderamata dari Imam Surau Pt Selangor..
Bergambar kenang-kenangan....

Kumpulan 3 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Seraya. 
Antara tugasnya ialah mengemas tadika dan balairaya serta membersihkan kawasan sekitar dan membuat simen lantai. Satu pengalaman baru bagi mereka yang tak pernah menyimen. Hehe...






(ok..lagi sikit siap la ni..)
Penat..tapi bila buat kerja sama2 x rasa pun penat..
Selepas semua kumpulan peserta selesai melaksanakan tugas, semua peserta kembali ke tempat berkumpul untuk menjamu hidangan makan tengah hari. Menu nasi ayam. Amat menyelerakan buat penat kami hilang.
Nak amik sup pun sempat lagi nak posing..hehe..
Bapa-bapa angkat kami menjamu makan tengah hari selepas bergotong-royong. 

Lagi gambar-gambar menarik, boleh lihat di sini : Album OPKIM Hari Kedua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PERMAJ UKM

NAMA PENUH:
NO. KAD PENGENALAN:
NO. TELEFON:
NO. MATRIK:
E-MAIL:
ALAMAT TETAP:
ALAMAT SEMASA (Kolej/Rumah Sewa):
SESI KEMASUKAN:
FAKULTI:
PROGRAM / JURUSAN:
TAHUN PENGAJIAN:
AKTIVITI / PROGRAM YANG DIGEMARI: Sukan/Riadah
Khidmat Masyarakat
Kebajikan/Kerohanian
Motivasi/Pendidikan
Keusahawanan/Kerjaya
Kebudayaan
Makan Malam
Lain-lain
KOMEN / CADANGAN:




Click here to create your own form.