Social Icons

Thursday, August 27, 2009

MaJLiS BeRBuKa PuAsA AnAK JoHoR IPTA Se-MaLaYSiA

Salam PERMAJ, Alhamdulillah hari ini telah masuk hari kelima kita umat Islam menunaikan Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita memperolehi barakah dan pahala yang berlipat kali ganda dalam setiap perbuatan & tutur kata yang kita lakukan. PERMAJ secara tradisinya akan melaksanakan Program Majlis Berbuka Puasa untuk ahli-ahli PERMAJ, namun kali ini kami akan melakukan sedikit perubahan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama PERMAJ.

Kali ini PERMAJ akan menjalankan Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia yang akan diadakan pada 12 September 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR UKM). Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran wakil-wakil daripada Universiti-Universiti yang mempunyai anak Johor seperti UM, UPM, UITM, USM, UUM, dan USIM. Selain itu, kami juga menjemput Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS) sebagai tetamu istimewa kami. Sasaran untuk majlis ini adalah seramai 600 orang.

Kepada semua ahli-ahli PERMAJ serta Mahasiswa/i UKM yang ingin menyertai Majlis Berbuka Puasa ini, boleh mendaftarkan diri anda di bilik PERMAJ atau menghubungi AJK Sambutan dan Pendaftaran di poster yang akan kami hebahkan dalam jangka masa terdekat ini. Bayaran yang dikenakan hanya RM 5 seorang bagi ahli PERMAJ dan RM 8 bagi bukan ahli PERMAJ. Diharap kepada semua ahli-ahli PERMAJ dan Mahasiswa/i UKM dapat memberikan sokongan untuk program ini dan hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia yang julung-julung kali diadakan.

"Usrah An-Najah Wadah Muhibah"

11 comments:

  1. tumpang tanya...

    nama majlis tu sape yg pilih atau tetapkan? sebab ianya seakan tidak kena dengan senarai jemputan yang dinyatakan, tidak semua IPTA dijemput, padahal ada istilah IPTA se-Malaysia.

    dua IPTA yg jauh dijemput, kebetulan kedua2nya mempunyai persatuan anak johor yang berdaftar, tetapi jika mahu lengkapkan atau perbanyakkan jumlah IPTA yang sertai, lebih elok jemput IPTA di sekitar lembah klang seperti UIAM dan UPSI (ada MAJOR).

    sebenarnya semua orang tahu, menteri KPT sanggup rancang dan dtg ke majlis ni pun sebab nak jumpa ramai mahasiswa Johor, kebetulan ianya boleh dilakukan dlm majlis berbuka puasa. mana tidaknya tentatif pun pihak datuk seri yang tetapkan.

    maka, cadangan tak seberapa dari saya, mantapkan dari segi jemputan, tak kira dalam UKM atau jemputan universiti lain. jangan lupa sediakan beberapa meja untuk pegawai/kakitangan Johor yang kerja UKM. lagi ramai dan penuh tempat majlis, lagi suka tetamu kehornat itu. dalam masa yang sama, saya yakin terhadap kemampuan PERMAJ menjalankan program ini.

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan saudara hahahaha!!! nama program, kami yang tetapkan selepas berbincang dengan pihak dato' seri,untuk pengetahun saudara hahahaha!!! UIAM baru sahaja mengesahkan kehadiran mereka ke majlis kami.

    kami juga ada menjemput pegawai2 UKM dan sedang dalam proses penghantaran surat jemputan, tidak perlu risau hal itu.

    kami juga berusaha untuk memberi yang terbaik untuk program ini.

    terima kasih untuk komen encik hahahaha!!!!

    ReplyDelete
  3. i support u permaj...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana memberi sokongan kepada permaj

    ReplyDelete
  5. bile kite membuat sesuatu pasti akan ader onarnye...
    yaaa orang tdak akan melihat kosong ape yg dilakukan olh PERMAJ...
    lbh2 lagi PERMAJ...
    ader je yg dibangkitkan...
    ader je salah yg dilihat...
    ape lah salahnye memberi support kpade mereka ini @sekurangnya kritikan membina..
    sedar x mereka berhempas pulas buat kerja untuk kemajuan PERMAJ pada masa kini n akan dtg...
    ~aku yg memerhati dpt melihat PERMAJ adalah sesuatu yg kuat...
    ~PERMAJ pedulikan kate nista org..
    ~aku menyokong kalian...

    `SALAM SEORANG INSAN~

    ReplyDelete
  6. kalau dtg tp bawa awek bukan johor leh x?

    ReplyDelete
  7. Maaf abg tempat untuk alumni ada 30 dan kami dahulukan yang alumni merupakan mantan-mantan exco, kalo org luar mmg kami minta maaf abg tak dapat nak masukkan sebagai tetamu

    ReplyDelete
  8. oo.. kira bukan exco xleh la ek..

    sedihnya xdpt join.. huhu

    ReplyDelete
  9. terangkan sikit tema korang tu, usrah an najah? keluarga berjaya ?

    ReplyDelete
  10. bukan begitu abg,yg alumni yg xco didahulukan kmudian, ahli permaj jika ada kekosongan baru blh kami mskkn org luar, minta maaf abg tempat utk kali ini limited sket

    kami mengalu-alukan kehadiran abg di majlis tersebut datang ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...