Social Icons

Thursday, October 8, 2009

Rextreme 16-18 Oktober 2009 ???

Salam PERMAJ, kami telah mendapat feedback daripada ramai ahli yang ingin menyertai Rextreme, namun mereka tidak dapat menyertai program ini kerana masa program dijalankan merupakan waktu study week. Mereka bertanyakan mengapa memilih tarikh ini alasan mereka waktu ini merupakan waktu hampir dengan exam dan ramai mahasiswa/i ingin mengulang kaji pelajaran, rata-rata yang bertanya merupakan ahli PERMAJ tahun 1.

Rasionalnya kami memilih tarikh tersebut ialah kerana waktu itu minggu study week baru sahaja bermula, kebiasaannya mahasiswa/i masa itu masih mencari rentak dan mood untuk memulakan study (mengikut pengalaman majoriti mahasiswa/i tahun 2 & 3). Maka telah menjadi tradisi PERMAJ untuk menganjurkan satu program yang berunsur sukan dan santai bagi memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menenangkan fikiran sambil mencari mood untuk memulakan study, Selain itu memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan fikiran dan badan mereka selepas berjuang bersungguh-sungguh sepanjang 14 minggu pembelajaran.

Untuk pengetahuan ahli PERMAJ program ini akan dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili yang merupakan satu kawasan pantai yang sangat menarik. Aktiviti yang dijalankan adalah santai dan menarik. Tambahan pula program ini akan dijadikan hari keluarga PERMAJ yang akan menghimpunkan exco, ahli aktif, senior, alumni, penasihat dan ahli baru PERMAJ UKM. Maka kepada mereka yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri dengan sekretariat pendaftaran @ terus datang ke bilik PERMAJ. Penyertaan anda amat kami alu-alukan dan diharap entri ini dapat menjawab soalan anda mengapa kami memilih tarikh berkenaan.

3 comments:

  1. salam sory nk ckp.. masa tu mcm tk sesuailah geng sy rami yg nk g, tp klu minggu study week.. sorylah kita org tk boleh pergi..

    ReplyDelete
  2. salam tq utk komen, stakat ni sambutan amat mengalakkan drpd pelajar ukm bangi & kampus KL, jumlah peserta kini hampir penuh, so kepada sesape yang masih ingin, cepatlah mendaftar.

    ReplyDelete
  3. PROGRAM LUNAS HARAPAN
    CARA EFEKTIF LUNASKAN HUTANG PTPTN. INSYAALLAH BOLEH LUNASKAN BERAPA PUN HUTANG ANDA.
    ELAKKAN DIRI, TEMAN, ANAK, SAUDARA MARA & JIRAN TETANGGA ANDA DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

    TAKLIMAT
    SETIAP SELASA & RABU JAM 8.30 MALAM.
    JUMAAT & SABTU JAM 3.30 PETANG.

    BERTEMPAT DI PEJABAT NPL CONSULTANT SB,
    4-5 JALAN USJ 9/5T, SUBANG JAYA BUSINESS CENTRE.
    47620, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
    (DEPAN BALAI POLIS USJ 8)

    MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
    AZMI - 012 939 8186
    WANI - 012 216 8151
    SALMI - 019 316 2631

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...