Social Icons

Tuesday, September 15, 2009

MaJLis BeRBuKa PuaSa AnAk JoHoR IPTA BeRSaMa MeNTeRi KPT

Salam PERMAJ, Alhamdullilah kami panjatkan ke hadrat ilahi kerana akhirnya Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya pada 12 September 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Kami di barisan urusetia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin kerana sudi hadir memeriahkan majis kami pada malam tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada penasihat kehormat kami Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak (TNC HEPA) kerana bertungkus lumus membantu kami dalam melaksanakan majlis tersebut daripada mula perancangan hingga ia menjadi realiti.

Untuk rekod, Majlis tersebut merupakan majlis berbuka puasa yang terbesar dan terhebat dalam sejarah PERMAJ yang pernah dianjurkan oleh PERMAJ UKM. Selain itu majlis ini mencatat sejarah kerana ia merupakan majlis berbuka puasa pertama yang diadakan di Dectar UKM dan ia merupakan sesuatu pengalaman berharga yang diraih kami warga PERMAJ. Dengan hadirin seramai 600 orang majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran IPTA-IPTA yang lain seperti UM, UPM, USM,UUM,USIM,UIAM dan UITM. Kami mewakilli pihak UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap IPTA tersebut kerana sudi hadir ke Majlis kami ini.

Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. terima kasih kepada Pejabat Perhubungan Awam & Korporat, Pusat Penerbitan & Percetakan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pusat Perkembangan Pelajar, Pusat Islam dan Pusat Kebudayaan atas kerjasama yang diberikan. Selain itu terima kasih juga kepada alumni-alumni yang sudi hadir memeriahkan majlis & kepada senior-senior yang membantu kami tanpa berbelah bagi Akhir kata semoga majlis berbuka puasa tahun hadapan akan mencatakan kejayaan yang sama disamping tidak lari daripada matlamat asal iaitu merapatkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam

(p/s : gambar akan dimasukkan kemudian)

3 comments:

  1. Tahniah untuk program ni.... Terutama kepada Sdr Pres Dan Ketua Pengarah dan berani menerima program seumpama ini yang saya kira terdesak dalam waktu yang singkat... Utamakan Kualiti dari Kuantiti...

    "Untuk rekod, Majlis tersebut merupakan majlis berbuka puasa yang terbesar dan terhebat dalam sejarah PERMAJ yang pernah dianjurkan oleh PERMAJ UKM"

    Untuk statement ni, saya kira barisan PERMAJ sesi ni usah terlalu selesa dengan keselesaan yang dikecapi.. Banyak lagi program yang perlu dikerah tenaga dan usaha... bekerjasama dan jauhkan emosi dengan kerja...

    Untuk program ni banyak juga kesilapan dan kesalahan.. Tetapi PERMAJ tetap gah sebab kita adalah PERMAJ... belajar dari kesilapan untuk memajukan diri... terutama untuk adik-adik yang sedang meningkat naik untuk belajar..

    Good luck untuk program akan datang.. Dan ingat, usah terlalu selesa..

    Salam sayang dari Abang Epong (hehe)

    ReplyDelete
  2. baikkkk mantan press..
    tq2 untuk komen & nasihatnya
    kami dibarisan exco akan terus berusaha sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. Good Luck

    All the best...

    Selamat Hari Raya:maap zahir batin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...