Social Icons

Sunday, April 18, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAAHAD JOHOR

Pada 26 Mac 2010 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah menerima kunjungan 34 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Menengah Tinggi Negeri Johor Maahad Johor. Lawatan yang bermula sekitar jam 2.45 petang telah di isi dengan pelbagai aktiviti seperti lawatan ke Muzium Warisan Akademik, bangunan Canseleri dan sekitar Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan(FSSK).

Di kesempatan ini juga, sempat diadakan sesi beramah mesra diantara pelajar dan Pihak PERMAJ yang mana terdapat beberapa orang mantan pelajar Maahad Johor yang kini meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia antaranya saudara Mohd Hafiz Mohd Rais SENDIRI yang kini juga merupakan Presiden PERMAJ sesi 2009/2010. Pelajar-pelajar ternyata begitu teruja ingin menyambung pelajaran di menara gading, dan kami amat mengalu-alukan sekiranya ramai pelajar dapat ke UKM dalam menggapai cita-cita yang diidamkan.

Lawatan ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dan kami berterima kasih kerana pihak Maahad Johor sudi datang dan harapan dari pihak guru agar pertalian ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.

~Daun selasih dalam perigi,
panjang umur ketemu lagi~













0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...