Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor.
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera.
Sepertimana yang telah kami hebahkan sebelum ini (OPKIM 2012), maka dengan rasa syukurnya kami menyatakan bahawa program utama PERMAJ kali ini iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2012 telah BERJAYA DILAKSANAKAN.
Berlangsung selama 5 hari iaitu pada 21 hingga 25 Januari 2012, bertempat di Kg Parit Marjunid, Kawasan 3, Mukim Sg Pinggan, Benut, Pontian, Johor. Seramai 106 orang peserta (3 buah bas) termasuk exco PERMAJ, AJK urusetia, peserta ahli tahun 1 dan 2 dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur telah terlibat menjayakan OPKIM ini. Turut terlibat, beberapa orang Alumni dan senior PERMAJ. Amat membanggakan kerana pada awalnya program ini membuka pendaftaran untuk 80 orang peserta sahaja. Tahniah kepada semua peserta.
Di pihak JKKK Kg Pt Marjunid pula, pendaftaran keluarga angkat pada awalnya dibuka kepada 40 buah keluarga dan mendapat maklumbalas 47 buah keluarga yg bersedia menjadi keluarga angkat bagi OPKIM ini yang melibatkan 3 buah kampung di Mukim Sg Pinggan ini iaitu Kg Pt Marjunit, Kg Pt Selangor dan Kg Pt Seraya. Sungguh tidak dijangka, 106 orang peserta bersama 47 buah keluarga angkat. Kejayaan pertama bagi OPKIM kali ni. Tahniah kepada mak bapa angkat semua :)
Di pihak JKKK Kg Pt Marjunid pula, pendaftaran keluarga angkat pada awalnya dibuka kepada 40 buah keluarga dan mendapat maklumbalas 47 buah keluarga yg bersedia menjadi keluarga angkat bagi OPKIM ini yang melibatkan 3 buah kampung di Mukim Sg Pinggan ini iaitu Kg Pt Marjunit, Kg Pt Selangor dan Kg Pt Seraya. Sungguh tidak dijangka, 106 orang peserta bersama 47 buah keluarga angkat. Kejayaan pertama bagi OPKIM kali ni. Tahniah kepada mak bapa angkat semua :)
Alhamdulillah, OPKIM 2012 berjalan dengan baik & jayanya. Kami anggap matlamat & objektif program ini tercapai. Setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kami ucapkan kepada semua peserta, para senior/alumni dan seluruh penduduk kampung. Tanpa kalian program ini tidak berjaya. Kami mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan yang dihadapi sepanjang program ini. Semoga anda semua terus menyokong dan bersama kami Barisan Kepimpinan PERMAJ sesi ini. Legasi PERMAJ, CEMERLANG BERSAMA JOHOR.
~ 1TRANSFORMASI MAHASISWA & KOMUNITI ~
Jom kita lihat imbasan sepanjang OPKIM ni sambil layan gambar-gambar yang menarik. Fuhhhh..
[Jumaat, 20 Jan 2012 - Waktu bertolak]
Kami mula berkumpul lebih kurang jam 9.30mlm di Pusanika. Melakukan solat hajat di surau PTSL. Kemudian, sesi pendaftaran & taklimat peserta dan mengangkat barang2 yang perlu dibawa. Bas tiba jam 11mlm dan kami mula bertolak jam 11.45mlm. Kami berhenti makan di R&R Ayer Keroh dan berhenti rehat serta bersiap-siap di R&R Machap.
Pendaftaran & taklimat peserta sebelum bertolak. |
Di R&R Machap. Barisan exco bergaya dgn baju korporat baru :) |
[Sabtu, 21 Jan 2012 - Hari Pertama]
Kami tiba di Kg Pt Marjunit, Benut pada jam 8.30pagi. Turun dari bas, penyelaras memberi taklimat ringkas sebelum bersedia untuk majlis perasmian pembukaan dan penyerahan anak angkat pada jam 9.30pagi. Tepat jam 9.45pagi, ketibaan perasmi YB Datuk Ir Hasni bin Mohammad, ADUN Benut dan majlis dimulakan.
Taklimat ringkas oleh penyelaras. |
Ketibaan perasmi, YB ADUN Benut. |
Dari kiri: En Aizam A. Bakar (Penasihat PERMAJ), YB Datuk Hasni (ADUN Benut), Hj Zulkifli (Penghulu Mukim) dan Hj Kasmadi (Ketua Kampung). |
Penduduk kampung yang hadir. |
Ucapan perasmian. |
Gimik perasmian. |
Selepas gimik perasmian, seterusnya majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat.
Wajah-wajah ceria peserta bersama keluarga angkat masing-masing. |
Pengisian di hari pertama diteruskan dengan majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Jamek Pt Marjunit. Kemudian, turut diadakan ceramah keagamaan yang disampaikan oleh ustaz dari pejabat kadi Pontian. Seterusnya, peserta bersama keluarga angkat menjamu hidangan Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat kampung terutama Jawa.
Bacaan Yaasin/tahlil dan doa selamat. |
Ceramah keagamaan. |
Nasi Ambeng lauk Ungkep Ayam. Pehh meleleh la... |
Apa macam? sedap x? tudung merah dan biru ni bukan budak Johor. hehehe... |
Lagi gambar-gambar menarik, boleh lihat disini : Album OPKIM Hari Pertama.
0 comments:
Post a Comment