OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2012
Tarikh : 21 hingga 25 Januari 2012
Tempat : Kg Parit Marjunid, Mukim Sg Pinggan, Benut, Pontian, Johor
Dipersilakan semua ahli PERMAJ untuk menyertai.
Kepada Tahun 1 dan 2, PROGRAM INI DITAWARKAN LC !!
Boleh capai 4 kredit !! (BERGANTUNG KEPADA PENILAIAN PAP)
Daftar sekarang sebagai AJK urusetia program dan Peserta.
Untuk menyertai, sila hubungi: Nadzirah (017-7665546) dan Fatiha (013-6810390).
BERIKAN NAMA PENUH ANDA, NO TEL, NO MATRIK & NO I/C.
Join program, dapat LC / Keluarga Angkat / Sijil Penyertaan / Jimat kos tambang balik Johor.
Program ini TIDAK DIKENAKAN BAYARAN kecuali dinyatakan.
Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat. menonjolkan keperibadian dan jatidiri mahasiswa/i yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat disamping membantu meningkatkan kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengamalan ke arah kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah.
TENTATIF :
20 JANUARI 2012 (Jumaat Malam / Bertolak dari UKM)
11.00 pm : Berkumpul / Pendaftaran peserta di Pusanika
11.30 pm : Bertolak ke destinasi
21 JANUARI 2012 (Sabtu)
09.00 am : Peserta Program tiba di Dewan Serbaguna Kampung Parit Marjunid, Pontian
09.30 am : Taklimat Program oleh Penyelaras Program
10.00 am : Majlis Perasmian Pembukaan Dan Penyerahan Anak Angkat
12.00 pm : Makan Tengahari
02.00 pm : Peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Solat Zohor dan Rehat / Bersama keluarga angkat.
07.00 pm : Berada di Masjid Jamek Kampung Parit Marjunid, Pontian.
Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yaasin/Tahlil serta Solat Isyak dan Tazkirah.
Kenduri Ambeng.
10.00 pm : Bersama keluarga angkat.
22 JANUARI 2012 (Ahad)
07.30 am : J-Robik / Riadah pagi di Dewan Serbaguna Kampung Parit Selangor
08.30 am : Program Gotong Royong.
Merangkumi 3 buah kampung: Kg. Pt. Marjunid, Kg. Pt. Selangor dan Kg. Pt. Seraya.
Menceriakan kawasan sekitar kampung dengan penanaman pokok.
12.30 pm : Berkumpul di Dewan Serbaguna Kampung Parit Selangor.
Rewang / Makan Tengah Hari.
Rehat / Solat Zohor di masjid.
02.30 pm : Acara keluarga.
- Peserta bersama keluarga angkat : Pertandingan gubahan lipatan tuala, hiasan hantaran perkahwinan dan jahitan.
- Kanak-kanak : Pertandingan melukis dan mewarna.
04.30 pm : Rehat / Solat Asar di masjid
05.00 pm : Perlawanan persahabatan futsal, badminton dan sepak takraw.
07.00 pm : Solat / Makan Malam / Bersama keluarga angkat.
09.00 pm : Berkumpul di Dewan Serbaguna Kampung Parit Marjunid
Ceramah Kenegaraan Oleh Biro Tatanegara.
11.30 pm : Jamuan dan Rehat / Bersama keluarga angkat.
23 JANUARI 2012 (Isnin)
08.00 am : Pameran Dan Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Kampung Parit Seraya.
12.00 pm : Pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
05.00 pm : Sukaneka
07.00 pm : Rehat / Bersama keluarga angkat.
09.00 pm : Pertandingan Karaoke Suka-suka. Di Dataran Parit Marjunid.
24 JANUARI 2012 (Selasa)
08.00 am : Berkumpul di Dewan Serbaguna Kampung Parit Marjunid
08.30 am : Program Motivasi / Bengkel Pemantapan Pendidikan.
Pelajar Sek. Menengah di Dewan Serbaguna Kampung Parit Marjunid. Bersama Tuan Feriz Omar.
Pelajar Sek. Rendah di SK Seri Ulum.
12.00 pm : Pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
05.00 pm : Rewang / Raptai Malam Kebudayaan.
09.00 pm : Malam Kebudayaan.
Persembahan Zapin, Kompang, Silat, Nasyid oleh peserta dan belia kampung.
11.00 pm : Rehat / Bersama keluarga angkat.
25 JANUARI 2012 (Rabu)
07.00 am : Bersama keluarga angkat
10.00 am : Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyerahan Kembali Anak Angkat
11.00 am : Jamuan makan.
12.00 pm : Peserta pulang ke destinasi masing-masing.
p/s: Tentatif tertakhluk kepada perubahan.
" 1TRANSFORMASI MAHASISWA & KOMUNITI ”
~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~
25 JANUARI 2012 (Rabu)
07.00 am : Bersama keluarga angkat
10.00 am : Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyerahan Kembali Anak Angkat
11.00 am : Jamuan makan.
12.00 pm : Peserta pulang ke destinasi masing-masing.
p/s: Tentatif tertakhluk kepada perubahan.
~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~
semoga yg terbaik utk opkim kali ni..
ReplyDelete