Social Icons

Tuesday, July 10, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada Isnin lepas (2 Julai) bertujuan untuk membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup. 


KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku dan alat tulis, peralatan sukan, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan, kesihatan dan lain-lain. 


Menurut KPDNKK, kad diskaun ini akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti melalui IPT masing-masing (seperti edaran Baucer Buku yg lepas), yang mana akan diedarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain.


Layari Portal 1pengguna untuk info lanjut. 
_____________________________________

Tahniah kepada pihak Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) atas idea cadangan ini serta Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana bersetuju melaksanakan dan melancarkannya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...