Social Icons

Saturday, January 16, 2010

KeNaNGaN TeRInDaH RuMaH BaRKaT

Salam PERMAJ, Pada 8 hingga 10 Januari 2009 PERMAJ UKM telah menganjurkan Program Jalinan Insan bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor (Rumah Barkat). Seramai 39 orang urusetia dari PERMAJ UKM telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Rumah Barkat untuk menabur bakti kepada 88 orang anak yatim dari Rumah itu. Kami telah berkesempatan menyelami jiwa mereka, merasai kehidupan mereka di sana, dan cuba memberi kasih sayang yang jarang mereka dapatkan. Perjalanan program dari mula hingga akhir telah mengamit sejuta kenangan kami di sana. gelak tawa, tangisan hiba menyelubungi perjalanan ProJALIN yang berjalan dengan lancar. Secara keseruluhan Program ini akan terus kekal dalam ingatan sanubari semua urusetia yang terlibat dan terdapat penambahbaikan dari beberapa aspek berbanding program sesi lalu. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ProJALIN termasuk exco-exco, fasilitator-fasilitator, alumni-alumni yang membantu mendapatkan cenderamata bagi menjayakan program yang penuh dengan kenangan ini.





1 comments:

  1. Salam. Tahniah kerana berjaya menganjurkan suatu program yg sangat bermanfaat untuk masyarakat.
    Terus menganjurkan program2 seperti ini pada masa hadapan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...