Social Icons

Thursday, June 18, 2009

Program Darmawisata SMK Taman Daya ke UKM

Salam PERMAJ. Pada Sabtu ini 20 Jun 2009, Kami PERMAJ akan menerima lawatan daripada SMK Taman Daya Johor Bahru, Seramai 54 orang pelajar 6 Atas serta 6 orang guru pengiring akan turut serta dalam lawatan ini. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar ini kepada persekitaran dan fasiliti sekitar UKM untuk menaikkan semangat mereka supaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara tempat lawatan yang akan dibawa ialah Muzium Warisan Akademik, Galeri UKM, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, PTSL dan Kolej Ungku Omar.

Selain itu terdapat ceramah akademik yang akan disampaikan oleh Tuan Hj. Hanafiah Bin Omar Ketua Penolong Pendaftar Pusat Perancangan & Komunikasi Korporat UKM serta akan diadakan slot PERMAJ. Akhir sekali akan ada sesi interaksi antara keluarga PERMAJ dan pelajar-pelajar sekolah ini bagi merangsang semangat mereka untuk terus belajar hingga berjaya. Sesi interaksi ini akan diadakan dalam bentuk LDK. Semua aktiviti seperti ceramah dan LDK akan diadakan di Auditorium Siswa bermula jam 12.30 tengahari hingga 4.00 petang.

Kepada ahli-ahli PERMAJ yang ingin menyertai program ini sebagai fasilitator boleh mendaftar terus di bilik PERMAJ atau boleh menghubungi Saudara Hafiz Rais di talian: 017-7779664. Kepada mereka yang berkelapangan boleh terus hadir ke Auditorium Siswa untuk memberi sokongan. Sekian Terima Kasih.

2 comments:

  1. sama2 kita jayakan program nie wlpon sekejap.goodluck.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah teruskan memberi maklumat berguna kepada pelajar2 yg dtg ....abg bro pun nak mintak klu ada bahan yg boleh memberi peransang masa abg bro bagi ceramah atau program kat budak2 spm or stpm....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...