Social Icons

Monday, May 11, 2009

LASBELA SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor




Salam PERMAJ, Alhamdulilah semalam telah selamatnya berakhir program kedua PERMAJ iaitu LASBELA SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor. Program ini bermula pada 8 Mei 2009 dan berakhir pada 10 Mei 2009. Program ini diadakan di Kolej Pendeta Zaba dan Auditorium Siswa serta mendapat kerjasama daripada 30 orang urusetia meliputi barisan exco dan ahli2 PERMAJ. Program ini mendapat penyertaan daripada 36 orang pelajar sekolah tersebut dan turut serta ialah 4 orang guru pengiring.

Mereka tiba pada 8 Mei 09 pada jam 4.30 petang, aktiviti pertama ialah taklimat program daripada penyelaras dan pembahagian bilik oleh urusetia, program pertama bermula pada jam 8.30 malam iaitu ceramah akademik oleh Tuan Hj. Jamal B Ali iaitu Penasihat PERMAJ. Ceramah yang diberikan amat menarik dan berjaya menarik perhatian pelajar & pelajar tersebut mendapat pelbagai input berguna daripada ceramah itu. Aktiviti diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan yang diuruskan oleh barisan fasilitator. Aktiviti ini telah berjaya merapatkan ukhwah antara pelajar dan urusetia disamping menaikkan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu.

Pada keesokkan harinya program dimulakan dengan senaman pagi, J-Robik dan pocho2. Selepas itu aktiviti sukaneka mengambil tempat. Disini kita dapat melihat bagaimana adik2 ini bekerjasama dalam memastikan matlamat permainan dicapai dan terpancar jelas kegembiraan pada wajah mereka. Aktiviti LDK diteruskan lagi sebagai sambungan daripada hari sebelumnya Disini kita dapat dilihat para fasi memainkan peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar2 ini untuk menanam azam & impian untuk memasuki universiti. Pada jam 2.00 petang para guru sekolah telah membawa pelajar2 ini lawatan ke Putrajaya.

Pada sebelah malam telah dijalankan pembentangan tugasan oleh pelajar2 ini dan disusuli oleh slot PERMAJ yang diuruskan oleh Presiden PERMAJ. Semasa pembentangan kita dapat lihat pelajar2 ini bersungguh2 membentangkan hasil tugasan mereka dan setiap kumpulan cuba menonjolkan Universiti Impian mereka. Aktiviti terakhir ialah aktiviti night walk yang dilaksanakan untuk menguji keberanian serta kekuatan fizikal dan mental mereka disamping menikmati malam ciptaan Allah. Aktiviti ini berjalan dengan lancarnya.

Pada pagi 10 Mei 2009 telah berlangsung majlis perasmian penutupan program Lasbela ini yang telah dirasmikan oleh Dr. Salleh Amat iaitu penasihat PERMAJ. Majlis berakhir pada jam 11 pagi dan pelajar2 tersebut bergerak pulang pada jam 12 tengahari. Secara keseruluhan program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan program ini telah berjaya menaikkan semangat barisan exco untuk terus berprogram. Telah terdapat sedikit peningkatan dalam pengurusan program dan peningkatan kemahiran & komitmen yang ditunjukkan oleh barisan exco. Semoga program seterusnya akan terus berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...