Social Icons

Friday, April 17, 2009

TriP Ke USM

Salam PERMAJ, pada 6 April yang lalu seramai 15 orang exco2 dan senior serta ahli PERMAJ telah memenuhi undangan Majlis Makan Malam daripada IKMAR yang merupakan organisasi anak Johor di USM. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Vistana, Penang dan dirasmikan oleh Penasihat IKMAR sendiri. Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Johor yang unik. Antara persembahan tersebut ialah zapin, kuda kepang dan beberapa tarian Johor yang baru bagi kami. Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran PERKASA UPM yang merupakan pertubuhan anak Johor di UPM. Kami telah sempat bertukar2 pendapat dan buah fikiran dalam memartabatkan lagi negeri Johor dan meningkatkan lagi kualiti mahasiswa/i daripada Johor. Kami juga telah sempat merancang beberapa program bersama dan insyallah jika tiada aral melintang program itu akan berjalan dengan lancarnya. Jutaan terima kasih kami panjatkan atas layanan mesra daripada pihak IKMAR USM sepanjang kami berada di sana. Budi Baik pihak IKMAR hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Jutaan terima kasih juga kepada semua keluarga PERMAJ kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada disana. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan.

"Cemerlang Bersama Johor"

Suasana Majlis Makan Malam IKMAR

Wakil PERMAJ UKM

Di Hotel Vistana

Sedapnya makan nyum3x

Bersama Penasihat2 IKMAR USM

PERMAJ - IKMAR - PERKASA

PERKASA UPM

PERMAJ UKM & IKMAR USM


PERMAJ UKM FAMILY

5 comments:

  1. untuk makluman, bukan PERKASA UPM tetapi PERKASA JOHOR UPM.

    ReplyDelete
  2. hmm.. terima kasih untuk komen, kami just mengikut apa yang dikatakan oleh Presiden PERKASA itu sendiri dan menulis seperti yang diucapkan oleh beliau, Segala kelemahan akan diperbaiki

    ReplyDelete
  3. cuti sem buat program apa?

    ReplyDelete
  4. Cuti sem ni pd 8-10 mei iaitu awal cuti akan diadakan LASBELA oleh Madrasah Al-Attas & SMK Ulu Tiram, kedua2 sekolah itu akan bergabung dalam 1 program. Masa lain akan digunakan sebagai persediaan untuk program sem hadapan tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...