Social Icons

Thursday, September 6, 2012

Tahniah! Selamat Bergelar Mahasiswa UKM

Lebih 70% Mahasiswa Baru UKM Terdiri Dari Wanita


BANGI, 2 Sep 2012 – Lebih 3,100 orang pelajar yang berjaya menyambung pengajian di peringkat prasiswazah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdaftar untuk semester pertama sesi 2012-2013 di kampus UKM di sini hari ini.

UKM menawarkan sejumlah 73 program (50 Aliran Sains, 23 Aliran Sastera) untuk sesi ini. 

Pelajar wanita terus menguasai kemasukan bagi sesi ini berjumlah seramai 2215 (71%) berbanding dengan hanya 917 pelajar lelaki.

Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengurusan Utama UKM mengadakan sesi lawatan ke kolej kediaman pelajar semasa pendaftaran sedang dijalankan bermula dari kolej Keris Mas dan berakhir di kolej Aminuddin Baki.

Ketika lawatan ke kolej, Prof Sharifah Hapsah mengalu-alukan kedatangan pelajar baru serta memerhatikan kemudahan untuk mendaftarkan mereka.

Beliau memberitahu pelajar baru mereka bertuah kerana diterima melanjutkan pendidikan di UKM kerana universiti ini diakui sebagai antara universiti yang terkemuka dalam negara.

Bagi mereka yang tidak memilih UKM sebagai pilihan pertama, beliau melahirkan kepercayaan bahawa mereka akan yakin akan keunggulan UKM apabila memulakan kursus masing-masing nanti.

Pendaftaran dimulakan jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Bilangan pelajar mengikut fakulti adalah seperti berikut:
TAHUN 1 SESI 2012-2013
Bil.
  Fakulti
Lelaki
Perempuan
Jumlah





1
  Ekonomi & Pentadbiran
87
336
423
2
  Farmasi
17
78
95
3
  Kejuruteraan & Alam Bina
146
160
306
4
  Pendidikan
33
73
106
5
  Pengajian Islam
105
177
282
6
  Pergigian
10
45
55
7
  Perubatan
60
193
253
8
  Sains & Teknologi
176
409
585
9
  Sains Kesihatan
46
193
239
10
  Sains Sosial & Kemanusiaan
118
363
481
11
  Teknologi & Sains Maklumat
76
128
204
12
  Undang-Undang
43
60
103






Jumlah
917
2215
3132
Terdapat 21 calon menangguhkan pendaftaran mereka yang terdiri daripada 9 calon lelaki dan 12 perempuan.

Sumber: UKM News Portal

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...