Social Icons

Wednesday, September 14, 2011

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2011-2012


Salam Mahasiswa UKM 1Malaysia,

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera.

Untuk makluman rakan-rakan semua yang menuntut di UKM, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) akan mengadakan program Minggu Pengenalan Persatuan / Kelab / Urusetia pada 19 hingga 23 September 2011, bertempat di Pusanika (Kampus Bangi). Program yang diadakan pada setiap tahun ini (awal semester 1) akan disertai oleh seluruh persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang wujud di kampus ini. Maka dengan itu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) juga akan turut serta dan mengambil bahagian dalam program tahunan ini. 

Program yang berlangsung selama satu minggu ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar baru yang mendaftar bagi sesi akademik 2011/2012 ini untuk lebih mengenali setiap persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang terdapat di universiti tercinta ini. 

Bagi pelajar-pelajar senior pula, inilah peluang untuk mereka mengetahui segala perkembangan terkini mana-mana persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang mereka sertai. Dan sesungguhnya, peluang ini juga adalah medium untuk rakan-rakan semua terlibat secara aktif dalam organisasi pelajar yang ditubuhkan, disamping mengeratkan hubungan kemahasiswaan sesama kita. 

Sepanjang berlangsungnya program ini, akan diadakan Sesi Pendaftaran Ahli Baru, Pameran Persatuan dan Persembahan Multimedia / Kebudayaan. Maka sudah pasti, setiap persatuan yang terlibat akan sedaya upaya menggunakan segala kreativiti mereka bagi memeriahkan program. Ini juga kerana pihak JPPel turut menganjurkan Pertandingan Pameran Terbaik bagi setiap persatuan menonjolkan segala kelebihan mereka. 

Pesanan kepada rakan-rakan mahasiswa anak-anak Johor sekalian, datanglah berkunjung ke Gerai / Kaunter PERMAJ di Aras 2 Pusanika untuk mendapatkan perkembangan terkini organisasi yang menerajui mahasiswa Johor ini, disamping dapat beramah mesra dan mengeratkan hubungan sesama kita, HIDUP JOHOREAN

Sekian, Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor. Kita bersua nanti !! Ojo Lali Mampir !!!

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...