Social Icons

Sunday, March 29, 2009

KuRSuS PeNGuRuSaN OrGaNiSaSi PeRMaJ 2009

Pada 28 Mac Hingga 29 Mac 2009 telah diadakan kursus pengurusan organisasi permaj yang berlangsung di pusanika dan bilik seminar fssk. Pengisian yang diadakan ialah seperti kelas fasilitator, kelas perucapan umum dan task marketing. Pada petang 28 mac 2009 telah diadakan task marketing dimana setiap exco dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki menjual suatu barangan. Task ini bertujuan untuk mendedahkan para exco dengan street marketing disamping membina keberanian untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak kita kenali. Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya.

Pada malam harinya pula telah berlangsungnya BBQ PERMAJ yang diuruskan oleh Sekretariat Sukan & Rekreasi dibawah seliaan timbalan exconya iaitu saudara Hafiz Rais. Majlis malam itu dihadiri oleh ramai alumni-alumni permaj seperti abang maman, abang hafiz, abg ajis, abg rahmat, kak nabil, kak shima, kak ecah, kak fiza dan ramai lagi yang datang memberi sokongan kepada aktiviti BBQ tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua exco yang telah turun padang membantu bersama-sama memasak hidangan makan malam. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana ia mampu merapatkan ukhwah antara exco dan alumni serta hubungan exco dan exco itu sendiri. Majlis pada malam itu berakhir jam 12.00 tengah malam.

Ahad pagi pula telah diadakan kelas perucapan umum yang dipengerusikan oleh mantan presiden abg yazid. Kelas seperti ini perlu banyak lagi dilaksanakan kerana mampu membentuk skill komunikasi yang baru disamping membina keberanian untuk berucap dikhalayak ramai. Banyak input yang telah diberikan oleh abang yazid dalam membentuk komunikasi yang berkesan, diharap semua exco selepas ini marilah bersama-sama kita meningkatkan kemahiran komunikasi kita agar permaj dapat melahirkan lebih ramai yang mampu berucap dihadapan audience yang besar.

Kelas fasilitator mengambil temapt sebagai program terakhir untuk hari ini. Kelas fasi ini diuruskan oleh kak fiza & abang hafiz. Pelbagai modul telah dilakukan pada hari ini termasuklah kak fiza telah memperkenalkan beberapa modul baru untuk kami barisan exco praktikkan dalam program yang akan datang. Abang hafiz pula telah memberi tugas kepada kami untuk melakonkan dua watak pahlawan melayu iaiti hang tuah dan hang jebat. Modul itu merupakan suatu yang baru dan amat menarik untuk dilaksanakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua alumni yang sudi hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada kami barisan exco permaj sesi 2008/2009 dalam mengharungi cabaran mendatang. Juga jutaan terima kasih kepada semua exco yang hadir dan diharap pelbagai input dan intipati yang kita perolehi digunakan untuk memajukan diri kita sendiri dan menaikkan permaj disatu level yang lebih mashyur.

4 comments:

  1. tahniah buat semua yang menyertainya..

    semoga anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat hendaknya..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. sory yer nak komen ckit.
    sambutan amat x memberangsangkan..
    walaupun hanya program dalaman tp diharapkan nx time akan lbh ramai yg join dan x hanya melepaskan batok d tangga..sebenarnya program ni WAJIB pd sumer coz nak br pendedahan pd exco br.sekiranya d beri sesuatu tugasan pkir rasional..jgn amik mudah setiap perkara.masa sumer org x akn d bazirkan sekiranya semua bganding bahu..jgn hanya melihat shj tp mbantu.lastly think +ve,never give up,take responsibility..

    ReplyDelete
  3. baguslah permaj...semoga kelas2 sebegini diperbanyakkan....

    ReplyDelete
  4. untuk pengetahuan anonymous, masa program tu dilaksanakan kebanyakkan exco terlibat dengan simulasi ko-K dan mereka perlu menghadiri simulasi kerana berkaitan dengan markah harap faham ye,bagi kami kelas itu bukan 1 pembaziran @ membazirkan masa orang lain kerana ia masih memberi input kepada exco yang hadir. kelas itu hanya permulaan selepas ini akan ada kelas yang lain yang akan kami urus,tq untuk komen dan cadangan, segala kelemahan akan kami perbaiki.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...