Social Icons

Friday, October 10, 2008

Program Kembara Anak Johor (ProKAJ 08)


Sekretariat Sukan Dan Rekreasi, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) akan mengadakan Program Kembara Anak Johor (ProKAJ '08) pada 22-24 November 2008 bertempat di Pulau Pangkor. Antara aktiviti menarik yang akan dinikmati oleh para peserta ialah snorkeling, kayak, pusing pulau, futsal, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda. Bayaran yang dikenakan hanya RM 50.00 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 November 2008. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan urusetia program iaitu Haslila (017-2404166) dan Nur Elyza (012-9288205) atau terus mengunjungi bilik PERMAJ. Penyertaan adalah terhad dan tebuka kepada semua ahli-ahli PERMAJ. Sekian Terima Kasih

2 comments:

  1. salam adik-adik PERMAJ...

    kenapa buat program kembara ke negeri orang? dah xcantik ke negeri kita, xberbangga ke korang ngan negeri yang bernama Johor tu. dah xde tempat sangat kekat Johor tu..

    aku just nak penjelasan??klu kita x bawa generasi kita pusing johor lihat keindahannya sape lagi nak bawa??tanya senior, tanya FIRE & sape2 yang masih di UKM tu, pe alumni ajo masa zaman dlu (2004-2006). Ingat balik, bukak balik sejarah PERMAJ. tengok balik sejarah Program2 PERMAJ, setiap pe yang dilakukan penuh dengan sebab yang tersirat.

    Kepada adik-adik PERMAJ, PERMAJ ditubuhkan untuk melahirkan pemimpin yang benar-benar memimpin, PERMAJ ditubuhkan untuk kita gemilangkan nama JOHOR walau kat mana saje kita pergi, PERMAJ ditubuhkan untuk bantu sesama kita (terutamanya MELAYU Johor) dan PERMAJ ditubuhkan untuk anda, sebab tu lah PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ (penah dengar kan ayat-ayat ini).

    "...sekadar bercerita..."
    PINKERTON
    PERMAJ SESI 2004/05

    ReplyDelete
  2. rasanya permaj ble wat progrm besar xpnh miss wat kat johor, so pe slhnya wat julung2 kalinya kte mrantau "jauh prjalanan luas pmandangan", nama program pn kembara anak johor, mksd kembara tu mrantau ke tmpt lain selain tmpt kita, bkn niat nk lupa kn johor tp nk buka minda & jiwa mahasiswa supaya xsmpit pmikiran n xkurang pngalaman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...