Social Icons

Monday, October 13, 2008

Penjelasan Prokaj 08

salam syawal pada semua.. kehadiran saya menulis ini untuk menjelaskan semua dan alasan atas apa sebabnya Program Kembara Anak Johor ini dilakukan.

mengikut rancangan awal, Program Kembara ini akan dilakukan oleh Mantan Presiden sesi lepas, Saudara Fairul, tetapi diserahkan kepada sesi saya disebabkan saudara Fairul terlibat dalam pelbagai program kebajikan. atas perancangan Mantan Presiden, kembara ini dilakukan di langkawi, Kedah.. bila sahaja program ini diserahkan kepada saya, maka saya, MT dan sekretariat sukan dan reakreasi bersetuju untuk mengadakan Kembara Anak Johor 08 di pulau pangkor, Perak.

Pertama sekali, anjuran program ini adalah untuk meraikan mereka yang berjasa kepada PERMAJ. Terutama sekali batch-batch terdahulu, alumni2, senior2, exco2, ahli2 dan yang terpenting sekali adalah pegawai2 HEP dan penasihat2 yang berjasa besar dalam menyumbangkan tenaga, idea dalam kemajuan PERMAJ. Abang Norsyah, K. Nap, K. Radziah, A. Wahid, A. Sitam semuanya diajak untuk program ini. Maka kami bersetuju untuk melakukan di Pulau Pangkor setelah segala perancangan bajet dan potensi Pulau Pangkor untuk meraikan mereka yang dirai.

ada perancangan untuk buat di Taman Negara Endau, tetapi harga seorang mencecah rm300 sekepala.. begitu juga dengan Pulau Tioman.. Pulang Pangkor hanya 2 jam dari Bangi, rm 150 seorang yan meliputi pelbagai aktiviti menarik.. snorkeling, futsal dan bola tampar pantai, karaoke, bbq, makan 6 kali sehari, lawatan sekeliling pulau dengan bot, tambang feri pergi balik, tambang van dari jeti ke chalet pergi balek, hamper 2, chalet 3 orang, sukaneka, berkayak dan pelbagai lagi aktivti menarik.

Justeru itu, bayaran yang dikenakan RM 50 amat memadai dengan pakej yang diberi. Program2 permaj yang melibatkan belanja besar memang dikenakan bayaran tetapi harganya jauh lebih murah sebagai contoh MBP 08, bayaran sekepala Rm 27 tetapi bayaran yang dikenakan hanya RM 10 dengan pelbagai lauk mencecah 100 aneka hidangan.. tetapi program berbentuk amal, seperti OPKIM, SPKG dan sebagainya tiada bayaran dikenakan.

pada pandangan peribadi saya, setiap exco dari generasi ke generasi sehingga ke titisan terakhir WAJIB mengikuti setiap tradisi yang diwarisi.. tetapi bagi saya secara peribadi, biarlah tradisi itu relevan dengan peredaran zaman.. apa yang penting PERMAJ senantiasa hidup malah lebih baik2 dari sebelumnya.. bukan sahaja program yang bertaraf tetapi pimpinan yang menunjukkan tauladan dan berkesan.. bagi saya juga PERMAJ akan tidak mati sehingga ke hari kebangkitan semula manusia di padang mashyar.. saya dan semua exco juga menyokong penuh PERMAJ ADALAH KITA DAN KITA ADALAH PERMAJ...

kepada semua terutama, a.pinkerton, terima kasih atas cadangan dan nasihat.. segala kritikan yang membina akan diterima dan diulas. InsyaAllah.. kejayaan bergantung pada semua penambahbaikan yang datang dari kalian semua..

Mohd Saiful Nizam B. Mohd Zahri
Presiden
Persatuan Mahasiswa ANak Johor 07/08 (PERMAJ)

5 comments:

  1. Alhamdulillah, beginilah Pemimpin PERMAJ yang diperlukan sentiasa berani dan x mudah melatah. Kepada Mr Presiden, semoga zaman anda lebih gemilang dari zaman-zaman sebelumnya.

    Aku kat sini mendoakan semoga PERMAJ sentiasa hidup sampai bila-bila. PERMAJ dah ajo aku macam-macam. PERMAJ yang bawa aku dari seorang student yang ntah pe2 sampai ke tahap yang paling tinggi dikalangan student UKM (suatu ketika dahulu la)

    Ingat dik, keringat yang jatuh harus dikutip biarpun dengan 1000 kepayahan, pengalaman yang diperolehi xkan dapat dibeli walau dengan wang berkoyan-koyan.

    Jaga kelakuan, jaga sembahyang, jaga study.


    "...sekadar melihat..."
    PINKERTON
    SERI KEMBANGAN

    ReplyDelete
  2. yeah...nak pergi..ehe~

    ALL THE BEST...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas semua cadangan dan ucapan.. tenkiu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...