Social Icons

Friday, August 8, 2008

Petikan Akhbar Utusan Malaysia - PROSPEK


Mahasiswa sedia hadapi cabaran

KUALA PILAH 5 Ogos - Mahasiswa di negara ini diseru agar sentiasa bersedia menghadapi segala bentuk cabaran pada alaf baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Hasan Malek, berkata, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan mereka berbakti dan memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh kerajaan dan masyarakat.

Katanya, sumbangan dan penglibatan golongan tersebut amat diperlukan bagi membangunankan masyarakat dan negara terutama dalam mengharungi cabaran alaf baru dan era globalisasi.

Pembangunan

"Penglibatan mahasiswa dalam perlaksanaan program pembangunan negara telah dizahirkan melalui pertandingan rekacipta yang mampu menggembeling tenaga dan minda mereka secara kreatif dan inovatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Sahsiah Pembangunan Kendiri anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini semalam.

Turut hadir Ketua Unit Kegiatan Berpersatuan Pelajar UKM, Mohd Hanafiah Omar.

Seramai 72 ahli PERMAJ UKM menyertai program tiga hari tersebut yang bermula pada 1 hingga 3 Ogos lalu.

Sementara itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah memberitahu, ilmu yang diperoleh secara forrmal tidak menjamin kepada kehidupan yang lebih selesa kerana ia tidak meliputi kemahiran interpersonal.

Tambahnya, mahasiswa boleh mempelajari kemahiran tersebut secara praktikal dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan.

"Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan juga mampu mewujudkan nilai tambah kepada keperibadian mahasiswa," kata Hasan.

Katanya lagi, penglibatan dalam aktiviti berpersatuan juga boleh melengkapkan pakej yang dimiliki oleh mahasiswa seterusnya melayakkan mereka ditawarkan pekerjaan oleh majikan setelah tamat pengajian kelak.

Gambar : HASAN Malek, (dua dari kanan), beramah mesra bersama peserta di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan, kelmarin.

1 comments:

  1. kepada urusetia yang mengendalikan press suratkhabar ini, nasihat saya cuma kena hati-hati dengan statement yg mungkin akan ditanya kepada kita...

    jangan biarkan maklumat yg diberikan salah sampailah disiarkan dalam paper...

    untuk makluman, en. hanafiah bukan pegang jawatan itu, malah jawatan itu dah xwujud lagi. selidik dulu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada press. saya rasa itu bukan kesalahan press kerana saya pasti press pun xtahu ada jawatan itu ke x. tp rasanya en hanafiah pun xkisah kot sebab saya kenal perangai dan kelakuan en hanafiah tu. tp orang still ada perasaan.

    itu aje pesanan dan nasihat saya. jangan silap lagi pada masa akan datang.

    *jangan x approve plak comment ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...