Saturday, December 22, 2012
PERMAJ Tempat Kedua Anugerah Kaunter Pameran Terbaik M3P 2012
Thursday, September 27, 2012
Tahniah! Calon PERMAJ Menang Pilihan Raya Kampus UKM 2012
Thursday, September 6, 2012
Tahniah! Selamat Bergelar Mahasiswa UKM
Monday, August 24, 2009
SaLaM RaMaDHaN DaRiPaDa PERMAJ

Kami warga Majlis Tertiggi & Exco-Exco PERMAJ UKM ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Alumni-alumni, Senior-senor dan ahli-ahli PERMAJ yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu hikmah kepada kita semua. Selamat berpuasa kepada semua dan selamat menunaikan ibadat dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua memperoleh manfaat dan pahala yang berlipat ganda dalam bulan yang mulia ini.
Saturday, August 15, 2009
Selamat Bergraduasi Senior-Senior PERMAJ
Berikut merupakan senior-senior yang akan bergraduasi kali ini:
1) Fairul Bin Surian Mantan Presiden Sesi 2006/2007
2) Mohd Hafiz B. Daud Mantan Naib Presiden I Sesi 2006/2007
2) Lilisuryanengsih Bt. Mazri Mantan Bendahari Sesi 2006/2007
3) Muhamad Azmi B. Zulkipli Mantan Exco Sukan & Rekreasi Sesi 2006/2007
4) Nurul Zainab Bt. Ramli Mantan Timbalan Presiden I Sesi 2007/2008
5) Muhammad Faizal B. Nin Mantan Naib Presiden II Sesi 2007/2008
6) Hemi Norfariza Bt. A.Aziz Mantan Bendahari Sesi 2007/2008
7) Nur Nadia Bt. Dzulkifli Mantan Exco Pembangunan Sumber Manusia sesi 2007/2008
8) Fahemi Bin Arpah Mantan Exco Sukan & Rekreasi sesi 2007/2008
9) Nur Elyza Bt Bidi Mantan Exco Media & Informasi Sesi 2007/2008
10) Nur Hanisah Bt. Haniffah Mantan Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2007/2008
11) Siti Maliati Bt. Kassim Mantan Exco Kebajikan & Kerohanian Sesi 2007/2008
12) Nurhidayah Akhmar Mantan Exco Kesenian & Kebudayaan Sesi 2007/2008
13) Nur Jannah Bt. Rasiman Mantan Timb. Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2007/2008
14) Mohd Nur Idham B. Nasir Mantan Timb. Exco Media & Informasi Sesi 2007/2008
15) Siti Bt. Ali Mantan Timb. Exco Kesenian & Kebudayaan Sesi 2007/2008
16) Nuhzah Bt. Ahmad Mantan Timb. Exco Pendidikan & Kerjaya Sesi 2007/2008
17) Noraini Ahmad Mantan Timb. Exco Perhubungan & Alumni Sesi 2007/2008
18) Mohd Harsanny B. Zainuddin Mantan Timb. Exco Ekonomi & Pemasaran Sesi 2006/2007
19) Mohd Nor Hafidz Mantan Timb. Exco Pendidikan & Kerjaya Sesi 2006/2007
Wednesday, June 10, 2009
TAHNIAH & SYABAS

Friday, April 17, 2009
TriP Ke USM
Thursday, August 21, 2008
Semarak Impian Selembar Harapan (SISH)
Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan juga bantuan. Terima kasih juga kepada para alumni. Terima kasih untuk semua.
Tuesday, August 12, 2008
LAPORAN MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2008/2009
LAPORAN MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2008/2009
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR
SEKERETARIAT MEDIA & INFORMASI
AHLI YANG BERDAFTAR : 276 ORANG
LELAKI : 42 0RANG
PEREMPUAN : 234 ORANG
JUMLAH AHLI MENGIKUT DAERAH DI JOHOR
| BATU PAHAT | 78 ORANG |
| SEGAMAT | 17 ORANG |
| MERSING | 10 ORANG |
| JOHOR BAHRU | 49 ORANG |
| KULAI | 9 ORANG |
| KOTA TINGGI | 18 ORANG |
| PONTIAN | 10 ORANG |
| KLUANG | 24 0RANG |
JUMLAH : 215 ORANG
JUMLAH AHLI DARI NEGERI LAIN
| MELAKA | 7 ORANG |
| KUALA LUMPUR | 6 ORANG |
| NEGERI SEMBILAN | 8 ORANG |
| PERAK | 9 ORANG |
| PAHANG | 3 ORANG |
| SELANGOR | 15 ORANG |
| TERENGGANU | 2 ORANG |
| PULAU PINANG | 1 ORANG |
| KEDAH | 1 ORANG |
| KELANTAN | 6 ORANG |
| SABAH | 1 ORANG |
| SINGAPURA | 1 ORANG |
| SARAWAK | 1 ORANG |
JUMLAH : 61 0RANG
JUMLAH AHLI MENGIKUT FAKULTI
| FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN | 90 ORANG |
| FAKULTI SAINS TEKNOLOGI | 71 ORANG |
| FAKULTI KEJURUTERAAN | 14 ORANG |
| FAKULTI PENDIDIKAN | 13 ORANG |
| FAKULTI UNDANG-UNDANG | 10 ORANG |
| FAKULTI TEKNOLOGI SAINS MAKLUMAT | 5 ORANG |
| FAKULTI EKONOMI PERNIAGAAN | 29 ORANG |
| FAKULTI PENGAJIAN ISLAM | 29 ORANG |
| FAKULTI PERUBATAN | 4 ORANG |
| FAKULTI SAINS BERSEKUTU | 11 ORANG |
JUMLAH AHLI
| KOLEJ PENDETA ZA’BA | 77 ORANG |
| KOLEJ IBRAHIM YAAKUB | 14 ORANG |
| KOLEJ TUN SYED NASIR | 15 ORANG |
| KOLEJ TUN HUSSEIN ONN | 8 ORANG |
| KOLEJ KERIS MAS | 46 ORANG |
| KOLEJ RAHIM KAJAI | 25 ORANG |
| KOLEJ UNGKU OMAR | 19 ORANG |
| KOLEJ IBU ZAIN | 20 ORANG |
| KOLEJ AMINUDDIN BAKI | 21 ORANG |
| KOLEJ BURHANUDDIN HELMI | 16 ORANG |
| KOLEJ DATO’ONN | 15 ORANG |
Monday, August 11, 2008
Tahniah Kepada Graduan!!!
PERMAJ amat berbangga di atas kejayaan Saudara Mohamad Zulfazdlee Abul Hasan Ashari di atas penerimaan Anugerah Naib Canselor dalam Majlis Istiadat Konvokessyen UKM ke-36. Beliau merupakan mantan Exco Sekretariat Kebajikan dan Kerohanian PERMAJ sesi 2005/2006.
Diharap kejayaan Saudara Zulfadlee menjadi pemangkin kepada semua ahli termasuk Exco PERMAJ di dalam mengejar kejayaan akademik tanpa melupakan PERMAJ.
Tahniah sekali lagi dari pihak PERMAJ di atas kejayaan anda semua.
Semarak Impian Selembar Harapan
Butiran program Adalah seperti berikut:-
i) Program: Semarak Harapan Selembar Impian.
ii) Tarikh: 15-17 Ogos 2008.
iii) Tempat: Hutan Rekereasi Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
iv) Sasaran: 60 orang (Peserta UKM)
100 orang (Pelajar STARP)
Kami memerlukan tenaga anda bagi menjayakan program ini. Jika inginkan maklumat tambahan, sila datang ke bilik PERMAJ atau hubungi 0177767302 (Saudari Suraya).
Friday, August 8, 2008
Petikan Akhbar Utusan Malaysia - PROSPEK

KUALA PILAH 5 Ogos - Mahasiswa di negara ini diseru agar sentiasa bersedia menghadapi segala bentuk cabaran pada alaf baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Hasan Malek, berkata, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan mereka berbakti dan memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh kerajaan dan masyarakat.
Katanya, sumbangan dan penglibatan golongan tersebut amat diperlukan bagi membangunankan masyarakat dan negara terutama dalam mengharungi cabaran alaf baru dan era globalisasi.
Pembangunan
"Penglibatan mahasiswa dalam perlaksanaan program pembangunan negara telah dizahirkan melalui pertandingan rekacipta yang mampu menggembeling tenaga dan minda mereka secara kreatif dan inovatif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Sahsiah Pembangunan Kendiri anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini semalam.
Turut hadir Ketua Unit Kegiatan Berpersatuan Pelajar UKM, Mohd Hanafiah Omar.
Seramai 72 ahli PERMAJ UKM menyertai program tiga hari tersebut yang bermula pada 1 hingga 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah memberitahu, ilmu yang diperoleh secara forrmal tidak menjamin kepada kehidupan yang lebih selesa kerana ia tidak meliputi kemahiran interpersonal.
Tambahnya, mahasiswa boleh mempelajari kemahiran tersebut secara praktikal dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan.
"Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan juga mampu mewujudkan nilai tambah kepada keperibadian mahasiswa," kata Hasan.
Katanya lagi, penglibatan dalam aktiviti berpersatuan juga boleh melengkapkan pakej yang dimiliki oleh mahasiswa seterusnya melayakkan mereka ditawarkan pekerjaan oleh majikan setelah tamat pengajian kelak.
Gambar : HASAN Malek, (dua dari kanan), beramah mesra bersama peserta di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan, kelmarin.
Thursday, July 17, 2008
Saturday, July 12, 2008
Perancangan Aktiviti PERMAJ Sepanjang Sesi
1-3 OGOS 2008
TAMAN RIMBA KOMANWEL, RAWANG, SELANGOR
SEKRETRIAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEMARAK IMPIAN SELEMBAR KASIH (SISH)
15-17 OGOS 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR
DENGAN KERJASAMA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAI
SEKRETARIAT PENDIDIKAN DAN KERJAYA
MAJLIS BERBUKA PUASA
14 SEPTEMBER 2008
SEKRETARIAT KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
KEMBARA BERAKIT
18-20 OKTOBER 2008
SEKRETARIAT SUKAN DAN REAKREASI
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT
1-13 DISEMBER 2008
ENDAU, MERSING, JOHOR
NAIB PRESIDEN III, ZHARIF
KARNIVAL SENI BUDAYA JOHOR
5-10 JANUARI 2009
PUSANIKA, UKM
TIMBALAN PRESIDEN II, ZULHILMI MONEL
MAJLIS GEMILANG ANAK JOHOR, (DINNER)
11 JANUARI 2009
DECTAR
SEKRETARIAT PERHUBUNGAN DAN ALUMNI
Seulas Bicara Presiden
Dalam pepatah arab menyebut “menuntut ilmu sehingga ke negeri Cina”. Ilmu yang dituntut membawa kita menyelami pelbagai pengetahuan yang tidak terhad dan tidak akan pernah terhenti. Dari kita menangis, disusukan sehingga ke liang lahad, kita tidak akan berhenti belajar sesuatu. Ilmu itu bukan hanya pada ilmu akademik semata-mata. Di peringkat Universiti, ilmu sampingan yang boleh kita pelajari adalah ilmu berorganisasi. Ianya merupakan satu nilai tambah untuk kita, untuk menjana modal insan yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Kita seharusnya menyahut seruan dan cabaran kerajaan dalam menjana dan mengeluarkan modal insan ini. Jadi inilah kesempatan yang harus diambil dalam meningkatkan skil-skil ke arah modal insan yang cemerlang. Skil-skil berkomunikasi, berhadapan dengan pelanggan, ’work under pressure’, dan kebolehan memimpin diperlukan dalam menjadikan kita sebagai mahasiswa yang terunggul dikalangan yang unggul. Tetapi jangan kita melupakan akademik sebagai aset yang utama dalam membentuk kejayaan di Universiti ini. Marilah kita bersama-sama membentuk Malaysia dalam acuan kita sendiri, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selaras dengan Wawasan 2020.
Dalam kesibukan kita mempersiapkan diri menghadapi semester baru ini, jangan kita lupa untuk pasangkan niat dan tujuan asal kita dalam dunia Universiti ini. Kembalikan ingatan kita pada harapan keluarga untuk melihat kejayaan dan segulung ijazah berada dalam genggaman tangan. Untuk rakan-rakan seperjuangan di kampus yang damai ini, bersama-sama kita berusaha memperbaiki diri dan keputusan di semester-semester lepas. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, merupakan kata-kata yang terbaik dalam mendorong ataupun sebagai ’booster’ dalam memacu kita kepada kejayaan yang lebih cemerlang.
Kalau kita memandang ke atas, jangan lupa kaki yang memijak. Kalau kita memandang hadapan, jangan lupa permulaan asal kita. Mengejar kejayaan yang yang tiada penghujung tanpa keberkatan dari Pencipta yang Esa merupakan satu kerugian Umat Islam di zaman yang penuh ranjau dan duri ini. Sebagai mahasiswa, kitalah pejuang, kitalah pewaris zaman kegemilangan Ketamadunan Islam. Kita jugalah yang bakal mencorak halatuju Malaysia terkehadapan dari yang lain. Akhir kata, tanamkanlah diri anda dengan pelbagai ilmu duniawi, sematkanlah di dada bekalan di akhirat kelak, yang mampu menjadikan kita insan terulung yang mencipta nama di persada antarabangsa.
”Cemerlang Bersama Johor”
Mohd Saiful Nizam Bin Mohd Zahri
Presiden
Persatuan Mahasiswa Anak Johor 2007/2008
Universiti Kebangsaan Malaysia
Thursday, July 3, 2008
Tahniah & Selamat Datang
Tuesday, July 1, 2008
Monday, June 30, 2008
OPKIM Air Gemuruh (OAG)
03 - 09 Disember 2007
Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor Bahru.
Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)








