Social Icons

Saturday, February 21, 2009

MakLumaT AkTiViTi MiNgGu INi

PERMAJ minggu ini telah melantik dan membentuk barisan kepimpinan exco yang baru bagi sesi 2008/2009. Seramai 34 orang exco2 baru telah dilantik pada meeting pertama exco sesi baru pada isnin 16 Februari yang lalu. Sesi kali ini exco2 PERMAJ yang diperkuatkan oleh ramai muka2 baru akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan legasi kepimpinan yang terdahulu dengan akan melakukan beberapa perubahan serta penambahbaikan dalam program2 PERMAJ, Berikut merupakan senarai Majlis Tertinggi PERMAJ sesi 2008/2009

Presiden : Zharif Zulkifli FSSK/2
Timb. Presiden 1 : Muslimah Mispan FPEND/2
Timb. Presiden 2 : Muhammad Akmal Hakim FSSK/2
Naib Presiden 1 : Norazlina Arbaain FSSK/2
Naib Presiden 2 : Suriya Mobin FPEND/2
Naib Presiden 3 : Muhammad Fadzil Hakim FSSK/1
Setiausaha Agong : Ahmad Fahmi Uzaili FPEND/1
Setiausaha Kerja : Zarina Zakaria FSSK/1
Bendahari : Zanariah Masa' FEP/2
Pen. Bendahari : Nur Azimah FEP/1

Senarai penuh exco2 PERMAJ sesi 2008/2009 akan diumumkan dalam masa terdekat beserta dengan wajah2 mereka sekali.

Pada hari jumaat yang lalu, PERMAJ telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan PEMASRA di Padang D UKM. Keputusannya ialah seri 1-1, Gol PERMAJ telah dijaringkan oleh mantan exco iaitu Mohd Razin manakala gol PEMASRA telah dijaringkan oleh Alex. Perlawanan seperti ini akan diperbanyakkan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan dengan persatuan2 lain dalam UKM. Disamping membentuk fizikal dan kesihatan, perlawanan seperti boleh dijadikan medan untuk bertukar2 idea dan pendapat dalam memantapkan lagi organisasi masing2. Sekadar rekod, untuk sesi kali ini PERMAJ telah mencatakan 2 keputusan seri dari 2 perlawanan persahabatan dan belum mencatatkan sebarang kemenangan mahupun kekalahan.

Sunday, February 15, 2009

PeRLaWaNaN BoLiNg PeRMaJ

Pada hari jumaat 13 Februari 2009 telah berlangsungnya perlawanan boling antara mantan exco, exco2 baru & ahli-ahli aktif. Perlawanan tersebut diadakan di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang. Perlawanan ini disertai oleh seramai 36 orang dan dibahagikan kepada 7 kumpulan. Sepatutnya pertandingan bermula pada pukul 4.00 namun atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan perlawanan hanya bermula pada jam 4.45 petang. Setelah hampir 2 jam setengah bertarung akhirnya kumpulan 1 (zharif, fire, rusdi, fikri yasmin & ebot) dinobatkan sebagai juara keseruluhan. Manakala juara individu wanita diungguli oleh ayu & juara individu lelaki terpaksa rela dikongsi oleh zharif & jemi.

Hadiah telah disampaikan oleh mantan presiden iaitu saudara epong. Perlawanan seperti ini harus diperbanyakkan lagi bertujuan untuk mengeratkan hubungan semua orang dalam PERMAJ disamping berkongsi pendapat tentang halatuju & program PERMAJ. Namun semasa ingin pulang ke UKM terdapat satu malapetaka telah berlaku dimana helmet mubin telah dilarikan penjenayah manakala tayar motor zharif mengalami kebocoran dan terpaksa berganti tiub. Akhirnya semua keluarga PERMAJ telah sampai di UKM dalam pukul 9.00 malam. Berikut merupakan gambar semasa perlawanan berkenaan.

Saturday, February 14, 2009

PeRMaJ AnNuaL GeNeRaL MeeTiNG (AGM 33)

Pada hari ahad 8 Februari 2009, telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan PERMAJ kali ke 33. Mesyuarat ini telah diadakan di Auditorium Siswa, Pusanika dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Jamal Ali iaitu penasihat PERMAJ, Selain itu seorang lagi penasihat PERMAJ Dr. Salleh Amat juga turut hadir memeriahkan majlis. Alumni2 juga turut hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua exco2 PERMAJ yang akan meletakkan jawatan pada hari itu, antara alumni yang hadir seperti abg aizam, abg firli, kak ecah, abg robin, kak mal, abg ajis, abg rahmat.

AGM PERMAJ adalah bertujuan untuk membentangkan laporan keseruluhan program 2 PERMAJ sesi 2007/2008 serta laporan kewangan PERMAJ dan juga program. Selain itu untuk memberitahu ahli2 bahawa PERMAJ masih aktif dan masih wujud didalam kampus UKM ini. Dalam majlis ini juga diberi ruang kepada semua yang hadir untuk memberi pandangan @ kritikan membina yang mampu membantu PERMAJ menjadi persatuan terunggul di UKM. Peletakkan jawatan dan pelantikkan majlis tertinggi yang baru juga diadakan pada mesyuarat ini
Berikut merupakan gambar2 semasa AGM dilangsungkan:



Tahniah diucapkan kepada semua exco2 yang telah mencurahkan bakti dalam memastikan PERMAJ terus gah & cemerlang, Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua exco2 senior kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami exco2 junior sepanjang sesi 2007/2008. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan selamanya. Kepada mereka yang terpilih untuk meneruskan legasi PERMAJ, selamat menjalankan tugas sebagai exco sesi 2008/2009.

Wednesday, February 11, 2009

XpDc GuNuNG DaToK (XGD)

Pada 30 hingga 1 Februari 2009, PERMAJ di bawah Majlis Tertinggi telah mengadakan xpdc gunung datok di Rembau N9, Program ini telah diketuai oleh saudara Mohamad Zulhilmi dan ini merupakan program terakhir PERMAJ sesi 2007/2008. Program ini telah disertai oleh 51 orang peserta yang meliputi alumni, exco, ahli dan peserta jemputan khas. Kami amat berbesar hati kerana 7 pelajar USM dan seorang pelajar UPM telah sudi menyertai program ini. Dengan adanya penyertaan daripada peserta yang berlainan universiti, keadaan ini secara tidak langsung telah berjaya merapatkan ukhwah antara kami dan mengurangkan jurang hubungan yang dipisahkan oleh jarak antara setiap universiti. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, berikut merupakan kenangan2 yang berjaya dirakam sepanjang 3 hari program tersebut berlangsung:
















Sekali lagi jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini, semoga program rekreasi seperti ini dapat diteruskan agar keindahan flora & fauna yang terdapat di muka bumi ini dapat dinikmati oleh semua manusia.

p/s: laporan tentang AGM PERMAJ akan menyusul tidak lama lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...