Social Icons

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, February 24, 2012

[PROGRAM GAJ] INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012


Salam Ta'zim. Program Mega Mahasiswa Johor Tahun Ini.

[ INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012 ]

Tarikh : 2 - 4 Mac 2012. 
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Anjuran : Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM 
dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan.
Jumlah Peserta : 65-70 orang setiap IPT

Sub-program:
[1] Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) IPT 2012. 

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Peserta : 55 orang setiap IPT
Acara yang dipertandingkan :
1. Futsal (L) - 7 peserta.
2. Bola Jaring (W) - 10 peserta
3. Sepak Takraw (L) - 4 peserta
4. Badminton (5L 5W) - 10 peserta
5. Bowling (3L 3W) - 6 peserta
6. Bola Tampar (8L 8W) - 16 peserta.

[2] Motivasi Belia Siswa Bersama Pelajar Sekolah & Wacana Siswa.

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Tempat : Sekolah sekitar Johor Bahru & Dewan Senat UTM
Peserta : 10 orang setiap IPT

[3] Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Johor. 

Tarikh : 3 Mac 2012, 8.00 malam
Tempat : Sofitell Hotel, Johor Bahru

Sehubungan itu, PERMAJ UKM telah dijemput untuk menghantar penyertaan bagi program ini & juga bersama anak-anak Johor dari IPTA lain. 

Pihak penganjur, SEJATI UTM telah meletakkan syarat kelayakan menyertai program ini :

i) Seorang warganegara Malaysia, iaitu anak Johor; lahir di negeri Johor, atau mempunyai ayah atau ibu atau kedua-duanya lahir di negeri Johor, atau telah bermastautin di Negeri Johor lebih dari 5 tahun.

ii) Masih atau sedang mengikuti pengajian dalam universiti yang diwakili.

Program Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012 ini adalah siri penganjuran kali ke-2 selepas siri pertamanya berjaya dianjurkan oleh PERMAJ UKM pada Januari tahun lepas. 

PERMAJ UKM mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan SEJATI UTM untuk penganjuran kali ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar & sempurna. Inilah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakan-rakan mahasiswa Anak Johor dari seluruh IPTA untuk bertemu dan berhimpun bagi mengeratkan ukhwah sesama anak Johor. 

"Transformasi Gerakan Anak Muda, Aspirasi Perpaduan Bangsa"

Wednesday, October 28, 2009

Review Of The Month : REXTREME'09





Salam PERMAJ, Alhamdullilah pada 16 hingga 18 Oktober 2009 yang lalu PERMAJ telah berjaya menjalankan satu lagi program iaitu Program Rekreasi Ekstrem (Rextreme) yang dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Program yang bercorak santai ini telah disertai oleh 55 orang peserta dan dijalankan seperti Family Day PERMAJ. Kami semua bertolak dari UKM pada jam 6.00 petang dan tiba di Tanjung Sedili pada jam 12.00 Tengah Malam. Apabila sampai disana semua peserta bersama-sama mendirikan khemah dan seterusnya mendengar taklimat daripada penyelaras. Aktiviti pada malam itu diakhiri dengan minum malam.

Pada keesokkan harinya, semua peserta telah bangun seawal jam 6.00 pagi untuk solat Subuh berjemaah. Pada jam 8.00 pagi semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti senaman pagi dan poco-poco yang merupakan aktiviti wajib PERMAJ disetiap program. Seterusnya pertandingan Bola Sepak Pantai dan Bola Tampar Pantai mengambil tempat pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi. Seterusnya aktiviti Kayak pula dijalankan dimana kebanyakkan peserta mengambil peluang berkayak yang merupakan aktiviti yang jarang sekali mereka rasai. Pada petang hari program adalah berbentuk santai dimana peserta-peserta diminta untuk membina Istana Pasir berdasarkan kreativiti masing-masing. Selepas itu aktiviti tanam bumi dijalankan bagi dimana kumpulan yang paling ramai ahlinya ditanam diisytihar pemenang.

Pada petang itu juga semua peserta bersama-sama membakar ayam bagi Majlis BBQ pada malam itu. Ada juga peserta yang mengambil peluang untuk bermain kayak dan mandi manda.
Majlis BBQ bermula pada jam 8.30 malam dan disambung terus dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Rata-rata kumpulan memberikan persembahan yang memukau hingga membuatkan semua penonton ketawa pecah perut melihat gelagat persembahan daripada semua kumpulan.

Kessokkan harinya semua peserta bangun untuk solat Subuh berjemaah pada jam 6.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi diadakan senaman pagi dan aktiviti larian pantai. Seterusnya pada jam 9.00 pagi aktiviti sukaneka dan tarik tali mengambil tempat dan merupakan aktiviti terakhir untuk program ini. Terpancar wajah ceria dan kepuasan di wajah setiap peserta apabila menyertai program ini. Kami semua bertolak pulang ke UKM pada jam 2.30 petang. Secara keseruluhannya program berjalan dengan lancar dan berjaya.

Thursday, October 8, 2009

Rextreme 16-18 Oktober 2009 ???

Salam PERMAJ, kami telah mendapat feedback daripada ramai ahli yang ingin menyertai Rextreme, namun mereka tidak dapat menyertai program ini kerana masa program dijalankan merupakan waktu study week. Mereka bertanyakan mengapa memilih tarikh ini alasan mereka waktu ini merupakan waktu hampir dengan exam dan ramai mahasiswa/i ingin mengulang kaji pelajaran, rata-rata yang bertanya merupakan ahli PERMAJ tahun 1.

Rasionalnya kami memilih tarikh tersebut ialah kerana waktu itu minggu study week baru sahaja bermula, kebiasaannya mahasiswa/i masa itu masih mencari rentak dan mood untuk memulakan study (mengikut pengalaman majoriti mahasiswa/i tahun 2 & 3). Maka telah menjadi tradisi PERMAJ untuk menganjurkan satu program yang berunsur sukan dan santai bagi memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menenangkan fikiran sambil mencari mood untuk memulakan study, Selain itu memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan fikiran dan badan mereka selepas berjuang bersungguh-sungguh sepanjang 14 minggu pembelajaran.

Untuk pengetahuan ahli PERMAJ program ini akan dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili yang merupakan satu kawasan pantai yang sangat menarik. Aktiviti yang dijalankan adalah santai dan menarik. Tambahan pula program ini akan dijadikan hari keluarga PERMAJ yang akan menghimpunkan exco, ahli aktif, senior, alumni, penasihat dan ahli baru PERMAJ UKM. Maka kepada mereka yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri dengan sekretariat pendaftaran @ terus datang ke bilik PERMAJ. Penyertaan anda amat kami alu-alukan dan diharap entri ini dapat menjawab soalan anda mengapa kami memilih tarikh berkenaan.

Sunday, February 15, 2009

PeRLaWaNaN BoLiNg PeRMaJ

Pada hari jumaat 13 Februari 2009 telah berlangsungnya perlawanan boling antara mantan exco, exco2 baru & ahli-ahli aktif. Perlawanan tersebut diadakan di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang. Perlawanan ini disertai oleh seramai 36 orang dan dibahagikan kepada 7 kumpulan. Sepatutnya pertandingan bermula pada pukul 4.00 namun atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan perlawanan hanya bermula pada jam 4.45 petang. Setelah hampir 2 jam setengah bertarung akhirnya kumpulan 1 (zharif, fire, rusdi, fikri yasmin & ebot) dinobatkan sebagai juara keseruluhan. Manakala juara individu wanita diungguli oleh ayu & juara individu lelaki terpaksa rela dikongsi oleh zharif & jemi.

Hadiah telah disampaikan oleh mantan presiden iaitu saudara epong. Perlawanan seperti ini harus diperbanyakkan lagi bertujuan untuk mengeratkan hubungan semua orang dalam PERMAJ disamping berkongsi pendapat tentang halatuju & program PERMAJ. Namun semasa ingin pulang ke UKM terdapat satu malapetaka telah berlaku dimana helmet mubin telah dilarikan penjenayah manakala tayar motor zharif mengalami kebocoran dan terpaksa berganti tiub. Akhirnya semua keluarga PERMAJ telah sampai di UKM dalam pukul 9.00 malam. Berikut merupakan gambar semasa perlawanan berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...