Social Icons

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Monday, October 24, 2011

PROGRAM/AKTIVITI PERMAJ 2011/2012


TARIKH
PROGRAM
20 MAC 2011
Mesyuarat Agong Tahunan Ke-35
26-27 MAC 2011
Kursus Induksi Exco (Hutan Bandar JB)
30 APRIL 2011
Majlis Pelancaran Gabungan Anak Pagoh (GAPa)
24-26 JUN 2011
Kem Kepimpinan dan Jati Diri, SMK Sri Rahmat,  Johor Bahru
17 OGOS 2011
Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Razali Ibrahim
19-23 SEPTEMBER 2011
Minggu Pengenalan Persatuan 2011/2012
30 SEPTEMBER 2011
Malam Ramah Mesra PERMAJ
28-30 OKTOBER 2011
Program Semarak Generasi Ta'zim (ProGeT)
- Interaksi Ahli Baru -
5-12 NOVEMBER 2011
Program Mobiliti Penyelidikan Ke Indonesia
21-25 JANUARI 2012
Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
FEBRUARI 2012
Program Kembara Pendidikan
2-4 MAC 2012
Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 
Siri 2 di UTM
8 APRIL 2012
Majlis Makan Malam Anak Johor Bersama Menteri Besar 
27-29 APRIL 2012
Fiesta Zapin di USM
9 MEI 2012
Mesyuarat Agong Tahunan Ke-36



MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
1. Saudara Zamir (Presiden) : 013-7453832
2. Saudara Najib (Timbalan Presiden) : 017-7382852
3. Saudara Syafiq Akmal (Setiausaha Agong) : 017-7469767


PROGRAM YANG AKAN DITAWARKAN LC :
1. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). 
Ketua Pengarah, Saudara Syafiq Akmal 017-7469767


2. Program Kembara Pendidikan. 
Ketua Pengarah, Saudari Nurul Huda 017-6744090


3. Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (Minggu 3K).
Ketua Pengarah, Saudari Asmiza 019-4545615


*Kepada pelajar tahun 1 & 2 yang ingin menyertai program yang ditawarkan LC, 
anda boleh hubungi exco terbabit.


*Setiap pelajar yang menyertai program PERMAJ akan diberikan SIJIL PENYERTAAN / PENGHARGAAN sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen / kerjasama yang diberikan.  

~ CEMERLANG BERSAMA JOHOR ~

Sunday, January 16, 2011

MAKAN BESAR KELUARGA PERMAJ 2011

Salam PERMAJ...

Pada 15 Jan 2011 yg lalu, PERMAJ telah menganjurkan "MAKAN BESAR KELUARGA PERMAJ UKM". Program ini dengan jayanya telah diadakan di pusanika, berhampiran bilik permaj. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara ahli permaj. Program bermula pada jam 10.00 pagi. Aktiviti seterusnya gotong-royong memasak bersama-sama. Telah diadakan sesi Grooming untuk ahli perempuan. Pada jam 2.50 ptg, kami makan bersama-sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir memeriahkan program. Turut hadir beberapa alumni permaj, Encik Azmi, Encik Akmal Hakim dan kak lily. Terima kasih diucapakn kerana hadir. Disini di muatkan beberapa gambar ,






http://www.facebook.com/group.php?gid=70757169233

Wednesday, December 29, 2010

Karnival Sukan Anak Johor IPTA


PERMAJ UKM akan menganjurkan sebuah kejohanan sukan untuk Mahasiswa-mahasiswa dari Johor, yang belajar di IPTA tempatan. Kejohanan terbuka kepada IPTA yang sudah disertakan surat jemputan untuk menyertai, dan melalui Persatuan Mahasiswa Anak Johor yang berdaftar dengan IPTA saudara dan saudari. Berikut adalah senarai acara yang akan dipertandingkan :

1) Futsal L : 7 orang termasuk simpanan.
Futsal P : 7 orang termasuk simpanan

2) Badminton (10 orang termasuk 2 orang simpanan)
Single L : seorang
Single P : seorang
Beregu L : 1 beregu
Beregu P : 1 beregu
Beregu Campuran : 1 Beregu
Simpanan : 2 orang (L/P)


3) Bola Tampar L : 7 orang termasuk simpanan
P : 7 orang termasuk simpanan

4) Sepak Takraw L : 4 orang termsuk simpanan

5) Bola Jaring P : 9 orang termsuk simpanan

Karnival akan disertai oleh anak-anak Johor dari IPTA : UKM,UM,UPM,USM,UPSI,USIM,UMT dan UTM.

Kami gembira sekiranya anda bersama dengan kami menjadi Urusetia Karnival.
Berminat utk menjadi urusetia?

Untuk pendaftaran dan pertanyaan (UKM) :

CIK ROS :0127484783
CIK FIZZ :0193472274

IPTA LUAR (UM, UPM, USM, UUM, UTM, UPSI, USIM, UMT)
-SILA BERHUBUNG DENGAN ANAK JOHOR DI IPTA ANDA,,

TENTATIF KESELURUHAN
KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR IPTA (KSAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2009 /2010

Jumaat (28.01.11)

5.00 Petang : Peserta Tiba Di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM

5.30 Petang : Pendaftaran Peserta

6.00 Petang : Pembahagian Penginapan

8.00 Malam : Makan Malam

8.30 Malam : Taklimat Sukan Oleh Pusat Sukan UKM\



Sabtu (29.01.11)

8.30 Pagi : Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)
Oleh : Y.B Dato’ Razali Bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

9.45 Pagi : Program Sukan di Kompleks Sukan Dan Dewan Gemilang
( Futsal, Sepak Takraw, Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

12.00 T/Hari : Makan Tengah Hari

2.00 petang : Program Sukan Bersambung
( Futsal , Sepak Takraw , Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

5.00 Petang : Bersurai Dan Pulang Ke Kolej

8.00 Malam : Program Sukan di Dewan Gemilang
(Badminton Berpasukan Akhir)

Ahad (30.01.11)

8.00 Pagi : Program Sukan Di Kompleks Sukan UKM
(Final : Futsal, Bola Tampar, Sepak Takrw dan Bola Jaring)

12.00 T/Hari : Makan Tengah Hari

4.00 petang : Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)

6.00 petang : Pulang ke universiti masing-masing

anda juga boleh layari kami di Facebook~ :
http://www.facebook.com/event.php?eid=110476082356411


:: Majulah sukan untuk MALAYSIA !! Cemerlang Bersama Johor ::

Sunday, September 26, 2010

Program Semarak Ukhwah 2010

Salam PERMAJ,

adakah anda minat aktiviti lasak? anda berani mencabar diri untuk menguji kecergasan diri anda? .. PERMAJ menjemput anda semua untuk bersama dalam Program Semarak Ukhwah 2010. Butiran mengenai program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 - 10 Oktober 2010 ( jumaat - ahad )
Tempat : Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Matlamat utama adalah untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli tahun 1 yang telah mendaftar pada sesi 2010/2011, tapi kepada ahli tahun 2 dan tahun 3 pun boleh sertai program ini. Program ini juga berhasrat untuk merapatkan hubungan silatur rahim sesama ahli persatuan. " Yang jauh di rapat-rapatkan. Yang rapat , di dekat-dekatkan, tak perlu malu, tak perlu segan" .. Semua sekali boleh join!!!!!!~ Jom la ramai-ramai bersama-sama sertai program yang menarik bercorak aktiviti outdoor ini. Program berbentuk riadah dan rekreasi,
Pengisian utama dalam program ini ialah :


1) Pendakian Gunung Angsi

2) Latihan dalam kumpulan (LDK)

3) J-robik dan poco-poco

4) Jamuan BBQ bersama Penasihat PERMAJ

5) Jungle tracking

PERCUMA!!!TIADA BAYARAN DIKENAKAN..

Jika anda bersama kami.. dan anda berminat untuk menyertai Program Semarak Ukhwah 2010(PSU '10) ..anda boleh mendaftar di Pejabat Persatuan PERMAJ di Bangunan pusanika, Aras 3, UKM dgn segera. TEMPAT ADALAH TERHAD~!!!




Sunday, August 22, 2010

Friday, April 9, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH EXCO PERMAJ SESI 2009/2010


Pada 23 march 2010, majlis penyampaian watikah exco PERMAJ bagi sesi 2009/2010 telah diadakan bagi menyempurnakan pelantikan exco-exco baru bagi sesi ini. Majlis telah diadakan di Bilik Senat Canselori UKM yang telah bermula pada jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh penasihat PERMAJ UKM iaitu Tuan Hj Hanafiah bin Omar dan turut dihadiri oleh alumni-alumni PERMAJ dan juga barisan kepimpinan PERMAJ pada sesi 2008/2009.

Pemyampaian watikah oleh penasihat PERMAJ telah dimulakan dengan ucapan presiden PERMAJ yang baru .Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan penasihat PERMAJ, Tuan Hj. Hanafiah bin Omar. Penyampaian watikah exco-exco PERMAJ sesi 2009/2010 telah diketuai oleh Presiden PERMAJ 2009/2010 iaitu saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Rais dan diikuti dengan barisan kepimpinan yang baru. Seramai 37 exco telah dilantik bagi sesi baru ini.

Selesai sahaja majlis penyampaian watikah terbabit, satu sesi dialog bersama alumni PERMAJ telah diadakan. Sesi dialog ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan exco PERMAJ selari dgn konsep kekeluargaan didalam PERMAJ. Sesi ini juga bertujuan membincangkan mengenai permasalahan dalam PERMAJ dan memberi peluang exco -exco bertanya kepada alumni. Dialog ini juga menjadi wadah bagi alumni-alumni yang hadir untuk mengenali exco-exco PERMAJ. Diskusi ini adalah penting bagi mewujudkan satu organisasi persatuan yang mantap dan mampu menjadi contoh kepada persatuan mahasiswa anak negeri yang lain seperti sebelumnya.

Semoga kegemilangan Persatuan anak negeri johor (PERMAJ) dapat diteruskan dengan cemerlang. "Kita adalah PERMAJ, PERMAJ adalah kita."




Tuesday, March 16, 2010

TAKWIM PROGRAM BAGI SESI 2010/2011


1) PROGRAM PELANCARAN GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa) IPTA
Tarikh : 30 April 2011
Tempat : Pagoh, Muar
Peserta : 2 buah bas
Pelancaran oleh : Y.A.B. TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

2) KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI
Tarikh : 24-26 Jun 2011
Tempat : SMK SRI RAHMAT JB
Urusetia/Fasilitator : 40 orang

3) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA Y.B. DATO' RAZALI IBRAHIM
Tarikh : 17 Ogos 2011
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar
Peserta : 400 orang

4) MINGGU PENGENALAN PERSATUAN
Tarikh : 19-23 September 2011
Tempat : Pusanika, UKM

5) SEHARI BERSAMA PERMAJ - MALAM MESRA
Tarikh : 30 September 2011
Tempat : Pusanika, UKM
Peserta : 200 orang

6) PROGRAM TAUTAN UKHWAH (PTU)
Tarikh : 21-23 Oktober 2011
Tempat : Sekakap, Mersing
Peserta : 100 orang

7) JELAJAH KASIH MAHASISWA JOHOR (JKMJ)
Tarikh : 4 - 6 November 2011
Tempat : Johor Bahru, Kluang dan Segamat.
Urusetia/Peserta : 80 orang

8) OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) PARLIMEN GELANG PATAH
Tarikh : 21-24 Januari 2012
Tempat : Kg Sri Melayu, Gelang Patah
Urusetia/Peserta : 80 orang

9) KARNIVAL KEUSAHAWANAN & KERJAYA 2012 (Minggu 3K)
Tarikh : 5-9 Mac 2012
Tempat : UKM

10) MALAM GEMILANG ANAK JOHOR 2012 (MAGAJ'12)
Tarikh : 7 Mei 2012
Tempat : DECTAR, UKM

Sunday, January 24, 2010

Penangguhan Malam Mesra Anak Johor Bersama MB Johor


Salam PERMAJ, Perhatian Kepada Semua Alumni, Exco & Ahli PERMAJ Yang Telah Berdaftar Untuk Malam Mesra Anak Johor Bersama MB Johor (29 Januari 2010 / Jumaat), Majlis Tersebut Terpaksa Ditangguhkan Pada Tarikh Yang Akan Diberitahu Kelak Bagi Menghormati Tempoh Berkabung Diatas Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Kerjasama Anda Amat Kami Hargai Segala Permasalahan Boleh Diajukan Kepada Pihak PERMAJ Terima Kasih

Wednesday, October 28, 2009

Review Of The Month : REXTREME'09





Salam PERMAJ, Alhamdullilah pada 16 hingga 18 Oktober 2009 yang lalu PERMAJ telah berjaya menjalankan satu lagi program iaitu Program Rekreasi Ekstrem (Rextreme) yang dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Program yang bercorak santai ini telah disertai oleh 55 orang peserta dan dijalankan seperti Family Day PERMAJ. Kami semua bertolak dari UKM pada jam 6.00 petang dan tiba di Tanjung Sedili pada jam 12.00 Tengah Malam. Apabila sampai disana semua peserta bersama-sama mendirikan khemah dan seterusnya mendengar taklimat daripada penyelaras. Aktiviti pada malam itu diakhiri dengan minum malam.

Pada keesokkan harinya, semua peserta telah bangun seawal jam 6.00 pagi untuk solat Subuh berjemaah. Pada jam 8.00 pagi semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti senaman pagi dan poco-poco yang merupakan aktiviti wajib PERMAJ disetiap program. Seterusnya pertandingan Bola Sepak Pantai dan Bola Tampar Pantai mengambil tempat pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi. Seterusnya aktiviti Kayak pula dijalankan dimana kebanyakkan peserta mengambil peluang berkayak yang merupakan aktiviti yang jarang sekali mereka rasai. Pada petang hari program adalah berbentuk santai dimana peserta-peserta diminta untuk membina Istana Pasir berdasarkan kreativiti masing-masing. Selepas itu aktiviti tanam bumi dijalankan bagi dimana kumpulan yang paling ramai ahlinya ditanam diisytihar pemenang.

Pada petang itu juga semua peserta bersama-sama membakar ayam bagi Majlis BBQ pada malam itu. Ada juga peserta yang mengambil peluang untuk bermain kayak dan mandi manda.
Majlis BBQ bermula pada jam 8.30 malam dan disambung terus dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Rata-rata kumpulan memberikan persembahan yang memukau hingga membuatkan semua penonton ketawa pecah perut melihat gelagat persembahan daripada semua kumpulan.

Kessokkan harinya semua peserta bangun untuk solat Subuh berjemaah pada jam 6.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi diadakan senaman pagi dan aktiviti larian pantai. Seterusnya pada jam 9.00 pagi aktiviti sukaneka dan tarik tali mengambil tempat dan merupakan aktiviti terakhir untuk program ini. Terpancar wajah ceria dan kepuasan di wajah setiap peserta apabila menyertai program ini. Kami semua bertolak pulang ke UKM pada jam 2.30 petang. Secara keseruluhannya program berjalan dengan lancar dan berjaya.

Thursday, October 8, 2009

Rextreme 16-18 Oktober 2009 ???

Salam PERMAJ, kami telah mendapat feedback daripada ramai ahli yang ingin menyertai Rextreme, namun mereka tidak dapat menyertai program ini kerana masa program dijalankan merupakan waktu study week. Mereka bertanyakan mengapa memilih tarikh ini alasan mereka waktu ini merupakan waktu hampir dengan exam dan ramai mahasiswa/i ingin mengulang kaji pelajaran, rata-rata yang bertanya merupakan ahli PERMAJ tahun 1.

Rasionalnya kami memilih tarikh tersebut ialah kerana waktu itu minggu study week baru sahaja bermula, kebiasaannya mahasiswa/i masa itu masih mencari rentak dan mood untuk memulakan study (mengikut pengalaman majoriti mahasiswa/i tahun 2 & 3). Maka telah menjadi tradisi PERMAJ untuk menganjurkan satu program yang berunsur sukan dan santai bagi memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menenangkan fikiran sambil mencari mood untuk memulakan study, Selain itu memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan fikiran dan badan mereka selepas berjuang bersungguh-sungguh sepanjang 14 minggu pembelajaran.

Untuk pengetahuan ahli PERMAJ program ini akan dijalankan di Mutiara Motors Resort di Tanjung Sedili yang merupakan satu kawasan pantai yang sangat menarik. Aktiviti yang dijalankan adalah santai dan menarik. Tambahan pula program ini akan dijadikan hari keluarga PERMAJ yang akan menghimpunkan exco, ahli aktif, senior, alumni, penasihat dan ahli baru PERMAJ UKM. Maka kepada mereka yang berminat untuk menyertai program bolehlah mendaftarkan diri dengan sekretariat pendaftaran @ terus datang ke bilik PERMAJ. Penyertaan anda amat kami alu-alukan dan diharap entri ini dapat menjawab soalan anda mengapa kami memilih tarikh berkenaan.

Tuesday, September 15, 2009

MaJLis BeRBuKa PuaSa AnAk JoHoR IPTA BeRSaMa MeNTeRi KPT

Salam PERMAJ, Alhamdullilah kami panjatkan ke hadrat ilahi kerana akhirnya Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya pada 12 September 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Kami di barisan urusetia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin kerana sudi hadir memeriahkan majis kami pada malam tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada penasihat kehormat kami Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak (TNC HEPA) kerana bertungkus lumus membantu kami dalam melaksanakan majlis tersebut daripada mula perancangan hingga ia menjadi realiti.

Untuk rekod, Majlis tersebut merupakan majlis berbuka puasa yang terbesar dan terhebat dalam sejarah PERMAJ yang pernah dianjurkan oleh PERMAJ UKM. Selain itu majlis ini mencatat sejarah kerana ia merupakan majlis berbuka puasa pertama yang diadakan di Dectar UKM dan ia merupakan sesuatu pengalaman berharga yang diraih kami warga PERMAJ. Dengan hadirin seramai 600 orang majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran IPTA-IPTA yang lain seperti UM, UPM, USM,UUM,USIM,UIAM dan UITM. Kami mewakilli pihak UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap IPTA tersebut kerana sudi hadir ke Majlis kami ini.

Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. terima kasih kepada Pejabat Perhubungan Awam & Korporat, Pusat Penerbitan & Percetakan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pusat Perkembangan Pelajar, Pusat Islam dan Pusat Kebudayaan atas kerjasama yang diberikan. Selain itu terima kasih juga kepada alumni-alumni yang sudi hadir memeriahkan majlis & kepada senior-senior yang membantu kami tanpa berbelah bagi Akhir kata semoga majlis berbuka puasa tahun hadapan akan mencatakan kejayaan yang sama disamping tidak lari daripada matlamat asal iaitu merapatkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam

(p/s : gambar akan dimasukkan kemudian)

Wednesday, September 9, 2009

JuMPa Di SaNa!!!!


Salam PERMAJ, kepada semua ahli PERMAJ yang telah mendaftarkan diri, sila hadir ke bilik PERMAJ untuk mengambil kupon ada selewat-lewatnya jumaat ini. Kepada ahli yang masih belum membayar yuran untuk ke majlis ini, bayaran juga boleh di buat di bilik PERMAJ selewat-lewatnya esok. Kerjasama anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!!!!

"Cemerlang Bersama Johor"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...