Social Icons

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Salam Lebaran & Kemerdekaan Negara Ke-54


Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga PERMAJ; ahli, senior dan alumni serta seluruh warga UKM. Juga kepada rakan-rakan mahasiswa/i Anak Johor di seluruh IPTA/IPTS serta muslimin muslimat sekalian. Salam Lebaran, Maaf Zahir Batin.

Dan juga diucapkan Salam Kemerdekaan Ke-54 kepada semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor.

~CEMERLANG BERSAMA JOHOR~

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Buka Puasa Di UUM

Pada 21hb Ogos 2010 (sabtu) yang lalu, PERMAJ telah menghadiri Majlis Buka Puasa Siri 2 dan Tahlil Patriotik Negara. Majlis dianjurkan oleh Adhoc Anak Johor Universiti Utara Malaysia. Majlis bertempat di Dewan Tradewind, Universiti Utara Malaysia. Majlis Bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 10 malam. Majlis dihadiri oleh TNC UUM dan turut hadir Tuan Haji Jamal bin Ali, Penasihat PERMAJ, UKM. Turut menyerikan majlis dengan kehadiran IKMAR Universiti Sains Malaysia(USM).






Friday, April 9, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH EXCO PERMAJ SESI 2009/2010


Pada 23 march 2010, majlis penyampaian watikah exco PERMAJ bagi sesi 2009/2010 telah diadakan bagi menyempurnakan pelantikan exco-exco baru bagi sesi ini. Majlis telah diadakan di Bilik Senat Canselori UKM yang telah bermula pada jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh penasihat PERMAJ UKM iaitu Tuan Hj Hanafiah bin Omar dan turut dihadiri oleh alumni-alumni PERMAJ dan juga barisan kepimpinan PERMAJ pada sesi 2008/2009.

Pemyampaian watikah oleh penasihat PERMAJ telah dimulakan dengan ucapan presiden PERMAJ yang baru .Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan penasihat PERMAJ, Tuan Hj. Hanafiah bin Omar. Penyampaian watikah exco-exco PERMAJ sesi 2009/2010 telah diketuai oleh Presiden PERMAJ 2009/2010 iaitu saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Rais dan diikuti dengan barisan kepimpinan yang baru. Seramai 37 exco telah dilantik bagi sesi baru ini.

Selesai sahaja majlis penyampaian watikah terbabit, satu sesi dialog bersama alumni PERMAJ telah diadakan. Sesi dialog ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan exco PERMAJ selari dgn konsep kekeluargaan didalam PERMAJ. Sesi ini juga bertujuan membincangkan mengenai permasalahan dalam PERMAJ dan memberi peluang exco -exco bertanya kepada alumni. Dialog ini juga menjadi wadah bagi alumni-alumni yang hadir untuk mengenali exco-exco PERMAJ. Diskusi ini adalah penting bagi mewujudkan satu organisasi persatuan yang mantap dan mampu menjadi contoh kepada persatuan mahasiswa anak negeri yang lain seperti sebelumnya.

Semoga kegemilangan Persatuan anak negeri johor (PERMAJ) dapat diteruskan dengan cemerlang. "Kita adalah PERMAJ, PERMAJ adalah kita."




Saturday, January 16, 2010

KeNaNGaN TeRInDaH RuMaH BaRKaT

Salam PERMAJ, Pada 8 hingga 10 Januari 2009 PERMAJ UKM telah menganjurkan Program Jalinan Insan bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor (Rumah Barkat). Seramai 39 orang urusetia dari PERMAJ UKM telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Rumah Barkat untuk menabur bakti kepada 88 orang anak yatim dari Rumah itu. Kami telah berkesempatan menyelami jiwa mereka, merasai kehidupan mereka di sana, dan cuba memberi kasih sayang yang jarang mereka dapatkan. Perjalanan program dari mula hingga akhir telah mengamit sejuta kenangan kami di sana. gelak tawa, tangisan hiba menyelubungi perjalanan ProJALIN yang berjalan dengan lancar. Secara keseruluhan Program ini akan terus kekal dalam ingatan sanubari semua urusetia yang terlibat dan terdapat penambahbaikan dari beberapa aspek berbanding program sesi lalu. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ProJALIN termasuk exco-exco, fasilitator-fasilitator, alumni-alumni yang membantu mendapatkan cenderamata bagi menjayakan program yang penuh dengan kenangan ini.





Monday, October 5, 2009

Konvoi Raya PERMAJ 2009

Salam PERMAJ, Pada Hari Raya yang ke-7 yang lalu, kami barisan Exco PERMAJ telah menjalankan satu Konvoi Raya beramai-ramai di bahagian utara Johor iaitu di Kluang dan Batu Pahat. Pada Hari Raya ke-4 & Raya ke-6 sebelum itu telah dijalankan konvoi di kawasan Johor Bahru dan Mersing. Konvoi Raya merupakan acara tradisi yang dilaksanakan pada setiap musim hari raya dan tradisi ini diteruskan oleh kami dalam sambutan Hari Raya tahun ini. Konvoi ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah setiap exco PERMAJ selain menyambut Hari Kemenangan umat Islam setelah Sebulan menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Konvoi ini turut disertai oleh 3 orang senior PERMAJ. Berikut merupakan gambar di sekitar konvoi raya tersebut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...