Social Icons

Friday, November 23, 2012

Interaksi Generasi Ta'zim (InterGeT) 2012

InterGeT PERMAJ '12

Matlamat :
Membentuk jati diri cemerlang mahasiswa dalam berorganisasi dan memperkukuhkan integrasi serta memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM.

Tuesday, October 2, 2012

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar 2012-2013

Salam Mahasiswa UKM 1Malaysia,

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera.

Untuk makluman rakan-rakan semua yang menuntut di UKM, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) akan mengadakan program Minggu Pengenalan Persatuan / Kelab / Urusetia / Sekretariat pada 08 hingga 12 Oktober 2012, bertempat di Pusanika (Kampus Bangi) dan fakulti. Program yang diadakan pada setiap tahun ini (awal semester 1) akan disertai oleh seluruh persatuan / kelab / urusetia / sekretariat yang terdapat di kampus ini. Maka secara tradisi dan legasi, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) juga akan turut serta dan mengambil bahagian dalam program tahunan ini. 

Thursday, September 27, 2012

Tahniah! Calon PERMAJ Menang Pilihan Raya Kampus UKM 2012

Tahniah kepada Calon PRK UKM 2012 daripada PERMAJ yang telah memenangi Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM. Kemenangan Anda Kebanggaan Kami. 

SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI (Setiausaha Agung PERMAJ)
Kerusi Umum Tahun 1/2

Saturday, September 8, 2012

15,318 KDS1M diserahkan kepada UKM


BANGI, 7 Sept - Sejumlah 15,318 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membolehkan pemilik kad menikmati diskaun satu hingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Majlis penyerahan kad itu disempurnakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

KADS1M diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Julai lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...