Social Icons

Showing posts with label LASBELA. Show all posts
Showing posts with label LASBELA. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

LASBELA 1st Edition : Sekolah Sultan Abdul Jalil (SSAJ)




Salam PERMAJ, Pertama kami ingin memohon maaf atas kelewatan entri untuk program pertama PERMAJ ini atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pada 8 April 2009 telah diadakan program pertama PERMAJ sesi ini iaitu LASBELA Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang Johor. Program 2 hari ini berbentuk motivasi dan bertujuan menaikkan semangat para pelajar menjelang peperiksaan STPM. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar tingkatan 6 SSAJ dan 5 orang guru pengiring SSAJ.

Aktiviti pertama yang diadakan ialah lawatan di sekitar UKM. Para pelajar ini telah dibawa melawat Perpustakaan Tun Sri Lanang, Muzium Warisan UKM serta fakulti-fakulti sekitar UKM. Aktiviti diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) yang diuruskan oleh para fasilitator PERMAJ yang diketuai oleh saudara Hafiz. Pada sebelah malamnya diadakan ceramah akademik yang disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah Omar yang merupakan Ketua Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi & Perancangan Korporat UKM merangkap Penasihat PERMAJ. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti.

Selepas tamat ceramah, para pelajar tersebut meneruskan program mereka dengan aktiviti LDK yang diuruskan oleh para fasilitator. Pada tengah malamnya telah diadakan aktiviti burung hantu di kawasan sekitar Kolej Za'ba. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji keberanian para pelajar disamping menaikkan semangat mereka dalam menghadapi halangan mendatang. Aktiviti ini berakhir dengan sambutan hari lahir salah seorang peserta dan seorang urusetia PERMAJ. Pada keesokkan harinya diadakan pula Majlis Perasmian Penutupan Program Lasbela yang dirasmikan oleh Tuan Haji Hanafiah Omar yang merupakan Penasihat PERMAJ.

Secara keseruluhan program ini berjalan dengan lancarnya dan berjaya dalam menyampaikan mesej kepada para pelajar SSAJ tentang kehidupan di alam universiti. Di samping itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para senior yang masih sudi datang ke bilik PERMAJ dan membantu program pertama kami ini. terima kasih diucapkan buat kak. lili, azmie, zulhilmi, fahemi, elyza, nisa, ayue dan semua urusetia program yang terdiri daripada exco-exco dan ahli-ahli PERMAJ serta sesiapa sahaja yang membantu program ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian dikenang selamanya.

Wednesday, May 21, 2008

Lawatan Sambil Belajar SMK Sultan Alauddin


Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) SMK Sultan Alauddin, Kulai, Johor Bahru. LASBELA diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar sekolah dengan alam Universiti terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Para pelajar sekolah ini terdiri daripada Kelab Kadet Polis SMK Sultan Alauddin. Seramai 40 orang akan datang pada program kali ini.

Mereka akan ditempatkan di Taman Tenaga, UKM. Mereka akan diberikan pelbagai acara semasa lawatan mereka (boleh rujuk tentatif).

Kepada Alumni / Senior / Ahli dijemput hadir, dan juga kepada semua. (",)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
1) Mohd Nasaruddin - 012-9685576
2) Nor Azlina - 017-7525485

Tentatif Program LASBELA

Sabtu ( 24 Mei 2008 )
7.30 pagi : Bertolak dari SMK Sultan Alauddin, Kulai ke UKM Bangi
2.00 petang : Dijangka sampai di UKM, Bangi
3.00 petang : Taklimat
3.30 petang : Sesi Suai Kenal
4.45 petang : Minum Petang / Solat Asar
5.30 petang : Pendaftaran Masuk Penginapan / Persiapan Diri
6.45 petang : Makan Malam
7.15 malam : Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak
9.00 malam : Latihan Dalam Kumpulan I (LDK I)
10.45 malam : Minum Malam
11.00 malam : Permainan Malam
12.00 malam : Tidur

Ahad ( 25 Mei 2008 )
5.30 pagi : Bangun Pagi / Persiapan diri / Solat Subuh / Kuliah Subuh
7.00 pagi : Senamrobik
8.00 pagi : Sarapan pagi
9.00 pagi : Latihan Dalam Kumpulan II (LDK II)
10.45 pagi : Rehat / Minum Pagi
11.00 pagi : Forum
12.45 t/hari : Makan tengah hari / Solat Zohor
2.00 petang : Lawatan sekitar UKM
4.30 petang : Minum Petang / Solat Asar
5.00 petang : Sukaneka
6.30 petang : Makan Malam
7.00 malam : Persiapan diri
7.20 malam : Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak
9.00 malam : Malam Penutupan / Kebudayaan
11.00 malam : Minum Malam / Bersurai

Isnin ( 26 Mei 2008 )
5.30 pagi : Bangun / Persiapan diri / Solat Subuh / Kuliah Subuh
7.00 pagi : Senamrobik
8.00 pagi : Persiapan diri
8.30 pagi : Sarapan Pagi
9.00 pagi : Pendaftaran Keluar Penginapan
9.30 pagi : Aktiviti Lawatan Sekolah ke tempat sekitar
1.00 t/hari : Bertolak ke Kulai, Johor
7.00 malam : Dijangka sampai di SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar

AzmIe_(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...