Social Icons

Wednesday, August 27, 2008

Merdeka!!!!!!


Selamat ulang Tahun kemerdekaan ke-51 buat semua warganegara Malaysia terutama kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)..

Seperti yang kita lihat, suasana semasa sekarang terutama suasana politik harapnya tidak mampu mengugat semangat kita sebagai warganegara Malaysia untuk meraikan kemerdekaan negara kita dengan penuh semangat patriotik. Kita adalah pewaris dan kesinambungan pemimpin Malaysia pada masa mendatang.. "jika kita mahu melihat masa hadapan sebuah bangsa, lihatlah anak muda di masa kini".

Jadi apakah harapan saudara-saudari dalam memacu kegemilangan Malaysia pada masa akan datang dan apakah erti kemerdekaan pada saudara-saudari sekalian.

Tema Kemerdekaan Ke-51

Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Sunday, August 24, 2008

TIME MANAGEMENT

Menyentuh mengenai hadis daripada Daripada Abdulallah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

Ini jelas menunjukkan masa juga dititikberatkan dari sudut dan perspektif agama islam itu sendiri. Daripada hadis itu tadi sebenarnya terdapat pelbagai pengertian dan maksud tersirat yang wajar didalami bukan sahaj umat islam di seluruh dunia bahkan wajar dipelajari oleh seluruh keturunan manusia di muka buki ini. Antara isi kandungan yang tersirat yang boleh diambil dari petikan hadis tersebut ialah kita seharusnya menginsafi masa sihat ita dengan aktiviti-ativiti yang berfaedah. Kita juga perlu menghargai masa dan tidak melengahkan masa untuk urusan yang baik. Ini kerana Rasulullah S.A.W memberi pendidikan dan pengajaran supaya kita menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk menuju kealam akhirat. Dari gambaran, kita seumpama perantau yang mencari bekalan untuk perjalanan yang masih jauh. Maka dengan itu jelas sekali isinya mehukan kita menggunakan masa dengan efisyen dan bukan berlengah-lengah.

Kehidupan di dunia hanyalah sementara kerana yang kekal hanyalah akhirat semata-mata. Maka tempoh kehidupan di dunia ini terlalu singkat dan dunia merupakan satu tempat untuk kita mencari bekalan hari akhirat seperti ilmu , ibadat sedekah jariah dan seumpamanya . Kita sebagai khalifah sepatutnya bijak menguruskan masa kita untuk hal duniawi dan akhirat. Untuk itu manusia tidak seharusnya leka sehingga lupa pada matlamat hidup kerana kita ibarat perantau di tempat persinggahan sebelum ke destinasi yang terakhir .

Dari hadis di atas, dapat disimpulkan juga masa yang berlalu tidak akan kembali. Ia akan terbuang jika tidak diuruskan secara efektif. Pengurusan masa secara efektif boleh dilakukan sebagaimana berikut:-

Merancang penggunaan masa

Penyediaan jadual waktu adalah cara terbaik untuk menjadikan penggunaan masa lebih efektif dan sistematik . Seterusnya , memperuntukkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah .

Pengurusan masa dengan bijak

Waktu lapang di gunakan untuk tujuan tujuan berfaedah . Contohnya : Semasa berada di dalam kenderaan atau perhentian bas kita boleh membaca buku , nota surat khabar atau bacaan yang berfaedah .

Menentukan urusan hidup

Dengan adanya pengurusan kehidupan baik kita dapat mendisiplinkan diri dan mengkaji semula kualiti penggunaan masa yang telah kita lalui . Penggunaan jadual atau diari adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang kita gariskan . Penggunaan masa adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman . Napoleon pernah berkata :
“Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit .

Insan yang menyegerakan segala urusan kehidupan mempunyai beberapa kelebihan berbanding mereka yang melengah-lengahkan masa. Yang pertamanya mereka akan dimuliakan oleh Allah dan rasulNya. Umum juga mengetahui orang yang menyegerakan urusan kehidupan akan dapat menyempurnakan urusan dengan berkualiti mengikut jadual dan tanpa ada perasaan tergesa-gesa pada saat akhir. Selain itu, jika semua rakyat dan umat bijak menguruskan masa, secara langsung prokduktiviti Negara akan turut meningkat. Keaadan ini sedikit sebanyak akan menyumbang kea rah kemajuan Negara.

Daripada hadis, terselit beberapa pengajaran yang perlu diambil sebagai iktibar kepada manusia sejagat. Tempoh kehidupan manusia di akhirat adalah terlalu singkat berbanding kehidupan di akhiratyang kekal abadi. Maka untuk itu, manusia seharusnya dan hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin . Dari sudut dan pandangan Islam, kita dilarang menangguh-nangguhkan urusan kehidupan dan serang muslim itu hendaklah menguruskan masanya dengan baik sesuai dengan apa yang dipelajari melalui hadis di atas.



Thursday, August 21, 2008

Semarak Impian Selembar Harapan (SISH)











Semarak Impian Selembar Harapan (SISH) pada 15 - 17 Ogos 2008 di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 75 orang peserta terdiri daripada pelajar 6 bawah dan 6 atas Sek. Men Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan juga bantuan. Terima kasih juga kepada para alumni. Terima kasih untuk semua.

Tuesday, August 12, 2008

LAPORAN MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2008/2009

LAPORAN MINGGU PENGENALAN PERSATUAN 2008/2009
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR
SEKERETARIAT MEDIA & INFORMASI



AHLI YANG BERDAFTAR : 276 ORANG

LELAKI : 42 0RANG
PEREMPUAN : 234 ORANG

JUMLAH AHLI MENGIKUT DAERAH DI JOHOR

BATU PAHAT

78 ORANG

SEGAMAT

17 ORANG

MERSING

10 ORANG

JOHOR BAHRU

49 ORANG

KULAI

9 ORANG

KOTA TINGGI

18 ORANG

PONTIAN

10 ORANG

KLUANG

24 0RANG

JUMLAH : 215 ORANG

JUMLAH AHLI DARI NEGERI LAIN

MELAKA

7 ORANG

KUALA LUMPUR

6 ORANG

NEGERI SEMBILAN

8 ORANG

PERAK

9 ORANG

PAHANG

3 ORANG

SELANGOR

15 ORANG

TERENGGANU

2 ORANG

PULAU PINANG

1 ORANG

KEDAH

1 ORANG

KELANTAN

6 ORANG

SABAH

1 ORANG

SINGAPURA

1 ORANG

SARAWAK

1 ORANG

JUMLAH : 61 0RANG

JUMLAH AHLI MENGIKUT FAKULTI

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

90 ORANG

FAKULTI SAINS TEKNOLOGI

71 ORANG

FAKULTI KEJURUTERAAN

14 ORANG

FAKULTI PENDIDIKAN

13 ORANG

FAKULTI UNDANG-UNDANG

10 ORANG

FAKULTI TEKNOLOGI SAINS MAKLUMAT

5 ORANG

FAKULTI EKONOMI PERNIAGAAN

29 ORANG

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

29 ORANG

FAKULTI PERUBATAN

4 ORANG

FAKULTI SAINS BERSEKUTU

11 ORANG

JUMLAH AHLI






JUMLAH AHLI MENGIKUT KOLEJ

KOLEJ PENDETA ZA’BA

77 ORANG

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

14 ORANG

KOLEJ TUN SYED NASIR

15 ORANG

KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

8 ORANG

KOLEJ KERIS MAS

46 ORANG

KOLEJ RAHIM KAJAI

25 ORANG

KOLEJ UNGKU OMAR

19 ORANG

KOLEJ IBU ZAIN

20 ORANG

KOLEJ AMINUDDIN BAKI

21 ORANG

KOLEJ BURHANUDDIN HELMI

16 ORANG

KOLEJ DATO’ONN

15 ORANG

Monday, August 11, 2008

PROSPEK Group Cheer

Tahniah Kepada Graduan!!!

Pihak PERMAJ mengucapkan ribuan tahniah di atas kejayaan para graduan UKM yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Ucapan ini juga ditujukan khas kepada para ahli PERMAJ UKM, tahniah!

PERMAJ amat berbangga di atas kejayaan Saudara Mohamad Zulfazdlee Abul Hasan Ashari di atas penerimaan Anugerah Naib Canselor dalam Majlis Istiadat Konvokessyen UKM ke-36. Beliau merupakan mantan Exco Sekretariat Kebajikan dan Kerohanian PERMAJ sesi 2005/2006.

Diharap kejayaan Saudara Zulfadlee menjadi pemangkin kepada semua ahli termasuk Exco PERMAJ di dalam mengejar kejayaan akademik tanpa melupakan PERMAJ.

Tahniah sekali lagi dari pihak PERMAJ di atas kejayaan anda semua.

Semarak Impian Selembar Harapan

PERMAJ akan mengadakan satu program motivasi dengan kerajasama pihak SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai (STARP) dan PIBG STARP untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008.

Butiran program Adalah seperti berikut:-
i) Program: Semarak Harapan Selembar Impian.
ii) Tarikh: 15-17 Ogos 2008.
iii) Tempat: Hutan Rekereasi Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
iv) Sasaran: 60 orang (Peserta UKM)
100 orang (Pelajar STARP)

Kami memerlukan tenaga anda bagi menjayakan program ini. Jika inginkan maklumat tambahan, sila datang ke bilik PERMAJ atau hubungi 0177767302 (Saudari Suraya).

Sunday, August 10, 2008

BBQ PERMAJ






BBQ PERMAJ. Diadakan pada 09082008 di sebelah bilik PERMAJ bagi merapatkan hubungan yang tersedia ada. InsyaALLAH. (",)

Friday, August 8, 2008

Petikan Akhbar Utusan Malaysia - PROSPEK


Mahasiswa sedia hadapi cabaran

KUALA PILAH 5 Ogos - Mahasiswa di negara ini diseru agar sentiasa bersedia menghadapi segala bentuk cabaran pada alaf baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Hasan Malek, berkata, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan mereka berbakti dan memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh kerajaan dan masyarakat.

Katanya, sumbangan dan penglibatan golongan tersebut amat diperlukan bagi membangunankan masyarakat dan negara terutama dalam mengharungi cabaran alaf baru dan era globalisasi.

Pembangunan

"Penglibatan mahasiswa dalam perlaksanaan program pembangunan negara telah dizahirkan melalui pertandingan rekacipta yang mampu menggembeling tenaga dan minda mereka secara kreatif dan inovatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Sahsiah Pembangunan Kendiri anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini semalam.

Turut hadir Ketua Unit Kegiatan Berpersatuan Pelajar UKM, Mohd Hanafiah Omar.

Seramai 72 ahli PERMAJ UKM menyertai program tiga hari tersebut yang bermula pada 1 hingga 3 Ogos lalu.

Sementara itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah memberitahu, ilmu yang diperoleh secara forrmal tidak menjamin kepada kehidupan yang lebih selesa kerana ia tidak meliputi kemahiran interpersonal.

Tambahnya, mahasiswa boleh mempelajari kemahiran tersebut secara praktikal dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan.

"Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan juga mampu mewujudkan nilai tambah kepada keperibadian mahasiswa," kata Hasan.

Katanya lagi, penglibatan dalam aktiviti berpersatuan juga boleh melengkapkan pakej yang dimiliki oleh mahasiswa seterusnya melayakkan mereka ditawarkan pekerjaan oleh majikan setelah tamat pengajian kelak.

Gambar : HASAN Malek, (dua dari kanan), beramah mesra bersama peserta di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan, kelmarin.

Wednesday, August 6, 2008

Program Sahsiah Pembangunan Kendiri (PROSPEK)



Alhamdulillah Program Sahsiah Pembangunan Kendiri (PROSPEK) telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 01-03 Ogos 2008 di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan PROSPEK.

Terima kasih kepada para alumni PERMAJ dan juga para senior yang banyak membantu kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...