Social Icons

Sunday, February 15, 2009

PeRLaWaNaN BoLiNg PeRMaJ

Pada hari jumaat 13 Februari 2009 telah berlangsungnya perlawanan boling antara mantan exco, exco2 baru & ahli-ahli aktif. Perlawanan tersebut diadakan di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang. Perlawanan ini disertai oleh seramai 36 orang dan dibahagikan kepada 7 kumpulan. Sepatutnya pertandingan bermula pada pukul 4.00 namun atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan perlawanan hanya bermula pada jam 4.45 petang. Setelah hampir 2 jam setengah bertarung akhirnya kumpulan 1 (zharif, fire, rusdi, fikri yasmin & ebot) dinobatkan sebagai juara keseruluhan. Manakala juara individu wanita diungguli oleh ayu & juara individu lelaki terpaksa rela dikongsi oleh zharif & jemi.

Hadiah telah disampaikan oleh mantan presiden iaitu saudara epong. Perlawanan seperti ini harus diperbanyakkan lagi bertujuan untuk mengeratkan hubungan semua orang dalam PERMAJ disamping berkongsi pendapat tentang halatuju & program PERMAJ. Namun semasa ingin pulang ke UKM terdapat satu malapetaka telah berlaku dimana helmet mubin telah dilarikan penjenayah manakala tayar motor zharif mengalami kebocoran dan terpaksa berganti tiub. Akhirnya semua keluarga PERMAJ telah sampai di UKM dalam pukul 9.00 malam. Berikut merupakan gambar semasa perlawanan berkenaan.

Saturday, February 14, 2009

PeRMaJ AnNuaL GeNeRaL MeeTiNG (AGM 33)

Pada hari ahad 8 Februari 2009, telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan PERMAJ kali ke 33. Mesyuarat ini telah diadakan di Auditorium Siswa, Pusanika dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Jamal Ali iaitu penasihat PERMAJ, Selain itu seorang lagi penasihat PERMAJ Dr. Salleh Amat juga turut hadir memeriahkan majlis. Alumni2 juga turut hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua exco2 PERMAJ yang akan meletakkan jawatan pada hari itu, antara alumni yang hadir seperti abg aizam, abg firli, kak ecah, abg robin, kak mal, abg ajis, abg rahmat.

AGM PERMAJ adalah bertujuan untuk membentangkan laporan keseruluhan program 2 PERMAJ sesi 2007/2008 serta laporan kewangan PERMAJ dan juga program. Selain itu untuk memberitahu ahli2 bahawa PERMAJ masih aktif dan masih wujud didalam kampus UKM ini. Dalam majlis ini juga diberi ruang kepada semua yang hadir untuk memberi pandangan @ kritikan membina yang mampu membantu PERMAJ menjadi persatuan terunggul di UKM. Peletakkan jawatan dan pelantikkan majlis tertinggi yang baru juga diadakan pada mesyuarat ini
Berikut merupakan gambar2 semasa AGM dilangsungkan:



Tahniah diucapkan kepada semua exco2 yang telah mencurahkan bakti dalam memastikan PERMAJ terus gah & cemerlang, Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua exco2 senior kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami exco2 junior sepanjang sesi 2007/2008. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan selamanya. Kepada mereka yang terpilih untuk meneruskan legasi PERMAJ, selamat menjalankan tugas sebagai exco sesi 2008/2009.

Wednesday, February 11, 2009

XpDc GuNuNG DaToK (XGD)

Pada 30 hingga 1 Februari 2009, PERMAJ di bawah Majlis Tertinggi telah mengadakan xpdc gunung datok di Rembau N9, Program ini telah diketuai oleh saudara Mohamad Zulhilmi dan ini merupakan program terakhir PERMAJ sesi 2007/2008. Program ini telah disertai oleh 51 orang peserta yang meliputi alumni, exco, ahli dan peserta jemputan khas. Kami amat berbesar hati kerana 7 pelajar USM dan seorang pelajar UPM telah sudi menyertai program ini. Dengan adanya penyertaan daripada peserta yang berlainan universiti, keadaan ini secara tidak langsung telah berjaya merapatkan ukhwah antara kami dan mengurangkan jurang hubungan yang dipisahkan oleh jarak antara setiap universiti. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, berikut merupakan kenangan2 yang berjaya dirakam sepanjang 3 hari program tersebut berlangsung:
















Sekali lagi jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini, semoga program rekreasi seperti ini dapat diteruskan agar keindahan flora & fauna yang terdapat di muka bumi ini dapat dinikmati oleh semua manusia.

p/s: laporan tentang AGM PERMAJ akan menyusul tidak lama lagi

Friday, January 2, 2009

Selamat Segalanya..

Tidak terlalu lewat rasanya untuk PERMAJ mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua muslimin muslimat, Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut-penganut Kristian dan Selamat Menyambut Tahun baru kepada semua warga dunia. Apa yang diharapkan disini, Tahun Baru 2009 ini akan diwarnai dengan perubahan-perubahan di dalam dan luar negara. Perubahan yang membawa arus kebaikan dan kenikmatan kebahagiaan yang harus dinikmati oleh seluruh penduduk dunia. Peperangan dan penindasan dapat dielakkan. Bagi PERMAJ pula, arus perubahan kepimpinan mungkin akan berlaku lagi tapi yang penting semangat kerjasama dan program-program PERMAJ akan terus rancak dan berkembang. Juga program PERMAJ pada tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan kepada masyarakat dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada seluruh warga UKM terutama pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di UKM, selamat menyahut cabaran 2009 dan memulakan semester baru ini dengan rentak yang cemerlang. Teruskan kejayaan sebelumnya atau tingkatkan usaha atasi kegagalan yang lepas.

Bagi yang tidak mengetahui siapakah yang memenangi Anugerah Persatuan/Urusetia/Projek/Mahasiswa Cemerlang, Berikut adalah senarai pemenang-pemenang dalam kategori-kategori yang ditandingkan

1. Anugerah Persatuan/Kelab Mahasiswa Cemerlang: Kelab Pengajian Dakwah & Kepimpinan FPI

2. Anugerah Urusetia HEP Cemerlang: Urusetia ARTISUKMA

3. Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang: Minggu Derma Darah 1 anjuran PBSMM UKM


4. Anugerah Bakti Terbilang (Prasiswazah):
Saudara Alias bin Ibrahim (FUU)

5. Anugerah Bakti Terbilang (Siswazah): Saudari Nur A'thiroh Masyaa'il Tan binti Abdullah (FPI)

PERMAJ mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang bagi ketegori-kategori yang dipertandingkan. Bagi yang tidak bernasib baik terutama Kepada PERMAJ sendiri, tingkatkan usaha untuk kita merampas takhta kita balik. InsyaAllah berkat kerjasama yang dipupuk, besar lautan sekali pun program kita, kita mampu berlayar megah meredah samudera. Harus diingatkan kepada semua warga PERMAJ terutama exco-exco dan bakal-bakal exco, walaupun tanpa anugerah dan pingat, PERMAJ akan terus tanpa henti menyumbang bakti kepada masyarakat tanpa mengenal apa itu balasan.

Jadi akhir Kata, selamat kepada segalanya dan Selamat Maju Jaya.
p/s: nantikan review OPKIM ENDAU di post seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...