Social Icons

Showing posts with label Alumni. Show all posts
Showing posts with label Alumni. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa Alumni PERMAJ

Salam PERMAJ, Pada 18 September 2009 yang lalu Persatuan Alumni PERMAJ telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel M-Suites Johor Bahru. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang alumni PERMAJ berlangsung dengan jayanya, santai & meriah dengan celoteh & gelagat anak-anak Alumni PERMAJ ini. Majlis Berbuka Puasa ini telah menghimpunkan ramai Alumni PERMAJ daripada pelbagai Batch PERMAJ yang berlainan dan majlis ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah persaudaraan antara setiap Alumni yang berpayung dibawah nama PERMAJ. Dalam Majlis ini 3 orang Exco PERMAJ sesi ini berkesempatan untuk menyertai majlis ini. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis.




Friday, April 10, 2009

MaLaM RaMaH MeSrA AnAk JoHoR

Pada Khamis 9 April 2009 bertempat di Puri Pujangga telah diadakan Malam Ramah Mesra Anak Johor yang telah menghimpunkan semua penasihat PERMAJ, Alumni2 PERMAJ, Mantan2 Presiden, Barisan Kepimpinan Exco sesi ini serta semua ahli2 aktif PERMAJ. Majlis itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato' Dr Mohamad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor (HEPA) merangkap Penasihat Kehormat PERMAJ. Turut hadir sama dalam majlis itu ialah penasihat-penasihat PERMAJ yang lain seperti Tuan Hj. Jamal Ali, Tuan Haji Hanafiah Omar dan Dr. Salleh Amat. Selain itu kehadiran Ustaz Syahrin Md Jamaluddin yang baru sahaja memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia amat kami hargai. Beliau merupakan Pengerusi Alumni PERMAJ dan merupakan mantan Presiden PERMAJ sesi 97/98. Jutaan terima kasih kepada semua alumni2 dan senior yang sudi hadir memeriahkan majlis pada malam itu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua exco yang terlibat dalam majlis tersebut dan terima kasih kerana tidak kenal erti penat dan lelah. Untuk pengetahuan semua pihak PERMAJ baru sahaja melalui program pertama dengan jayanya iaitu program Lasbela (entri akan menyusul kemudian) dan baru sahaja memenuhi undangan daripada IKMAR USM iaitu sebuah Pertubuhan Anak Johor di Utara Tanahair. Semoga Ukhwah yang terjalin melalui program ramah mesra ini akan terus berkekalan dan akan terus mengeratkan hubungan silahturahim dalam keluarga PERMAJ ini.











Sunday, March 29, 2009

KuRSuS PeNGuRuSaN OrGaNiSaSi PeRMaJ 2009

Pada 28 Mac Hingga 29 Mac 2009 telah diadakan kursus pengurusan organisasi permaj yang berlangsung di pusanika dan bilik seminar fssk. Pengisian yang diadakan ialah seperti kelas fasilitator, kelas perucapan umum dan task marketing. Pada petang 28 mac 2009 telah diadakan task marketing dimana setiap exco dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki menjual suatu barangan. Task ini bertujuan untuk mendedahkan para exco dengan street marketing disamping membina keberanian untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak kita kenali. Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya.

Pada malam harinya pula telah berlangsungnya BBQ PERMAJ yang diuruskan oleh Sekretariat Sukan & Rekreasi dibawah seliaan timbalan exconya iaitu saudara Hafiz Rais. Majlis malam itu dihadiri oleh ramai alumni-alumni permaj seperti abang maman, abang hafiz, abg ajis, abg rahmat, kak nabil, kak shima, kak ecah, kak fiza dan ramai lagi yang datang memberi sokongan kepada aktiviti BBQ tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua exco yang telah turun padang membantu bersama-sama memasak hidangan makan malam. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana ia mampu merapatkan ukhwah antara exco dan alumni serta hubungan exco dan exco itu sendiri. Majlis pada malam itu berakhir jam 12.00 tengah malam.

Ahad pagi pula telah diadakan kelas perucapan umum yang dipengerusikan oleh mantan presiden abg yazid. Kelas seperti ini perlu banyak lagi dilaksanakan kerana mampu membentuk skill komunikasi yang baru disamping membina keberanian untuk berucap dikhalayak ramai. Banyak input yang telah diberikan oleh abang yazid dalam membentuk komunikasi yang berkesan, diharap semua exco selepas ini marilah bersama-sama kita meningkatkan kemahiran komunikasi kita agar permaj dapat melahirkan lebih ramai yang mampu berucap dihadapan audience yang besar.

Kelas fasilitator mengambil temapt sebagai program terakhir untuk hari ini. Kelas fasi ini diuruskan oleh kak fiza & abang hafiz. Pelbagai modul telah dilakukan pada hari ini termasuklah kak fiza telah memperkenalkan beberapa modul baru untuk kami barisan exco praktikkan dalam program yang akan datang. Abang hafiz pula telah memberi tugas kepada kami untuk melakonkan dua watak pahlawan melayu iaiti hang tuah dan hang jebat. Modul itu merupakan suatu yang baru dan amat menarik untuk dilaksanakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua alumni yang sudi hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada kami barisan exco permaj sesi 2008/2009 dalam mengharungi cabaran mendatang. Juga jutaan terima kasih kepada semua exco yang hadir dan diharap pelbagai input dan intipati yang kita perolehi digunakan untuk memajukan diri kita sendiri dan menaikkan permaj disatu level yang lebih mashyur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...