Social Icons

Thursday, March 19, 2009

PeRKeMBaNGaN TeRKiNi PeRMaJ

Salam PERMAJ, setelah mengharungi program kepimpinan darul takzim (PKDT), kini barisan kepimpinan PERMAJ sedang sibuk merangka program-program untuk tahun ini dan awal tahun hadapan. Untuk pengetahuan program terdekat yang akan diadakan ialah Lawatan Sambil Belajar SMK Sultan Abdul Jalil ke UKM pada 7 April 2009. Sedikit maklumat tentang program ini SMK Sultan Abdul Jalil akan melakukan lawatan di beberapa IPTA di semenanjung Malaysia, UKM telah dipilih sebagai salah satu venue lawatan. Sekolah berkenaan akan datang di UKM jam 3.00 petang dan terus akan memulakan rangka lawatan mereka di UKM. Pada sebelah malam pihak kami telah merancang untuk mengadakan sedikit ceramah tentang kehidupan di universiti sebagai persediaan untuk mereka.

Program kedua yang akan berlangsung ialah Program Kembara Ilmu (PKI) pada 10 hingga 12 April 2009 insyallah di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Program ini berbentuk motivasi dan sasaran pelajar adalah pelajar SPM dan STPM sekolah berkenaan. Program ini akan dilaksanakan di bawah sekretariat pendidikan & kerjaya dibawah seliaan Muhammad Tahir Roslan sebagai ketua pengarah. Program ini sebagai penerus tradisi program motivasi PERMAJ. Tahun lalu nama program ialah program semarak impian selembar harapan, tahun sebelumnya dikenali sebagai program sirih pulang ke ganggang.
tema untuk program ini ialah "usaha merealisasikan sejuta impian". Diharap program kali ini dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan dan dapat memberi semangat kepada pelajar2 sekolah tersebut untuk terus memastikan impian mereka tercapai

3 comments:

  1. semoga berjaya dan selamat datang kepada adik2... hohO~..~

    datang tgk2 UKM ye..ehe~

    ReplyDelete
  2. good luck utk program2...

    harap budak2 permaj lebih aktif lepas ni..

    ok ni sedikit motivasi...

    kita dah ada sistem spkg
    so ni kesimabungan dari spkg iaitu

    sistem pengurusan aktiviti pelajar
    (SPAP)

    utk sesuatu aktiviti yg dah diluluskan;

    sapa yg jadi

    ketua/pengarah projek - 16 markah
    timbalan ketua/pengarah - 14 markah
    s/u - 12 markah
    bendahari - 12 markah
    timbalan s/u - 10 markah
    timbalan bendahari - 10 markah
    ajk - 8 markah
    peserta - 6 markah

    tu markah2 yg akan dberikan..

    jadinya.. jgnlah asek exco je yg jadi urusestia.. anda dah ada markah anda sendiri utk jawatan tu.
    berilah peluang kepada ahli lain.


    renung² kan dan selamat beramal....

    ReplyDelete
  3. ooooo.. abis macam mane nk dapat markah tu & siapa yang akan bagi markah tu? huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...