Social Icons

Sunday, March 25, 2012

#Program Jemputan: Siapa Nak Jimat Balik Cuti Midsem??


Assalamualaikum wbt. Salam PERMAJ.

Ingin dimaklumkan, bahawa PERMAJ UKM telah menerima jemputan untuk menyertai beberapa program/aktiviti seperti butiran berikut :

JEMPUTAN 1.

Program: Gerak Mesra GAPa
Tarikh: 6 & 7 April 2012
Tempat: Taman Pagoh Jaya, Pagoh, Muar, Johor.
Anjuran: Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA.
Pengisian: Perasmian pejabat baru GAPa, majlis sarapan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, slot pengenalan GAPa dan aktiviti sampingan.
Peserta: 30 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Muar, Ledang, Batu Pahat dan Segamat untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Jumaat petang, menginap di Pagoh dan program tamat pada Sabtu tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


JEMPUTAN 2.
Program: Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Gabungan Anak Johor (GAJ) bersama Menteri Besar Johor.
Tarikh: 7 & 8 April 2012
Tempat: Johor Bahru.
Anjuran: Gabungan Anak Johor (GAJ)
Pengisian: Slot bersama pemimpin, Lawatan ke Kota Iskandar, Ramah Mesra Gabungan Anak Johor (GAJ).
Peserta: 40 orang (1 bas)

Catatan: 
Kami cadangkan kepada rakan-rakan yang berasal dari Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Kluang untuk menyertai program ini.
Makluman awal pergerakan:
Dengan menaiki bas UKM, bertolak pada Sabtu pagi, tiba di Johor Bahru pada tengahari, petang 'check-in' hotel dan bersedia untuk majlis makan malam. Program dijangka tamat pada Ahad tengahari. Kemudian, peserta akan bergerak ke destinasi masing-masing iaitu sama ada balik semula ke UKM atau ke kampung untuk bercuti.


Kepada sesiapa yg ingin menyertai kedua-dua program ini (Anak johor UKM dan Ahli PERMAJ sahaja), sila isikan butiran diri anda di sini -->> Senarai Pendaftaran
Selagi ada kekosongan, anda boleh jimat balik Johor.  

Hubungi : Muhd Zamir (Presiden) 013-7453832, Mohd Najib (Timb. Presiden) 017-7382852 untuk pendaftaran/pertanyaan. 


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012


Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? 

Untuk pengetahun semua, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). 

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? 

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Ketahuilah, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 



Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga para wanita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.



Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya. Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. 

PERMAJ UKM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Seluruh Dunia kepada semua wanita, terutama para ibu, adik-adik, akak-akak, saudara-mara dan juga rakan-rakan.  

Dedikasi khas untuk seluruh wanita...




Friday, February 24, 2012

[PROGRAM GAJ] INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012


Salam Ta'zim. Program Mega Mahasiswa Johor Tahun Ini.

[ INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012 ]

Tarikh : 2 - 4 Mac 2012. 
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Anjuran : Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM 
dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan.
Jumlah Peserta : 65-70 orang setiap IPT

Sub-program:
[1] Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) IPT 2012. 

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Peserta : 55 orang setiap IPT
Acara yang dipertandingkan :
1. Futsal (L) - 7 peserta.
2. Bola Jaring (W) - 10 peserta
3. Sepak Takraw (L) - 4 peserta
4. Badminton (5L 5W) - 10 peserta
5. Bowling (3L 3W) - 6 peserta
6. Bola Tampar (8L 8W) - 16 peserta.

[2] Motivasi Belia Siswa Bersama Pelajar Sekolah & Wacana Siswa.

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Tempat : Sekolah sekitar Johor Bahru & Dewan Senat UTM
Peserta : 10 orang setiap IPT

[3] Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Johor. 

Tarikh : 3 Mac 2012, 8.00 malam
Tempat : Sofitell Hotel, Johor Bahru

Sehubungan itu, PERMAJ UKM telah dijemput untuk menghantar penyertaan bagi program ini & juga bersama anak-anak Johor dari IPTA lain. 

Pihak penganjur, SEJATI UTM telah meletakkan syarat kelayakan menyertai program ini :

i) Seorang warganegara Malaysia, iaitu anak Johor; lahir di negeri Johor, atau mempunyai ayah atau ibu atau kedua-duanya lahir di negeri Johor, atau telah bermastautin di Negeri Johor lebih dari 5 tahun.

ii) Masih atau sedang mengikuti pengajian dalam universiti yang diwakili.

Program Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012 ini adalah siri penganjuran kali ke-2 selepas siri pertamanya berjaya dianjurkan oleh PERMAJ UKM pada Januari tahun lepas. 

PERMAJ UKM mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan SEJATI UTM untuk penganjuran kali ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar & sempurna. Inilah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakan-rakan mahasiswa Anak Johor dari seluruh IPTA untuk bertemu dan berhimpun bagi mengeratkan ukhwah sesama anak Johor. 

"Transformasi Gerakan Anak Muda, Aspirasi Perpaduan Bangsa"

Tuesday, February 14, 2012

LAPORAN#2-OPKIM PONTIAN 2012: BERSIH 3 kampung serentak !!!

[Ahad, 22 Jan 2012 - Hari Kedua]

Hari kedua boleh dianggap paling penting bagi OPKIM kali ini kerana padat dengan pengisian pelbagai aktiviti utama.
Bermula dengan aktiviti gotong-royong di sebelah pagi di 3 buah kampung tersebut, acara gubahan dan mewarna selepas Zohor, kemudian acara sukan di sebelah petang dan berakhir dengan ceramah kenegaraan di sebelah malam.

Para peserta mula berkumpul pada jam 7.30pagi di Kg Pt Selangor. Acara dimulakan dengan senaman pagi renggangan otot, chicken dance dan juga poco-poco. Kemudian, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk laksanakan aktiviti gotong-royong di 3 buah kampung. Selepas itu peserta diberikan t-shirt program setiap seorang sebelum kami semua menikmati sarapan pagi. T-shirt berwarna kuning ini adalah sumbangan dari pihak pemuda kampung. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan ya. (Awas!!! Jangan fitnah kami sebagai penyokong BERSIH 3.0 !!!).




Menu istimewa sarapan pagi, ubi rebus dengan sambal tumis. Anak Johor tak heran la dengan menu ni. Tapi yang bukan Johor tu, nak tak nak kenalah makan juga ya. Hehe.. Ada juga makanan lain dan kuih-muih..


Ok semua dah kenyang (Jawa: wes mangan). Bersedia untuk kerah tenaga bergotong-royong. Jommm....

Tak tahu la apa sebab yg perempuan berebut nak naik land rover RELA ni...

Haha..yg lelaki asyik bergambar jek..

Kumpulan 1 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Marjunid. 
Peserta bersama penduduk kampung bergotong-royong menceriakan kawasan sekitar kampung. Antaranya menanam pokok di sepanjang jalan masuk dan lanskap dewan, menanam pokok bunga di pasu, mengecat tanda nama jalan, membersihkan sekitar kolam ikan dan kawasan sekitar kampung.

Menanam pokok dan menceriakan lanskap dewan.

Inilah hasilnya. Menanam pokok di pasu dan pasu ini dicat dengan tulisan khas "PERMAJ UKM OPKIM 2012". Motifnya untuk dijadikan tanda kenang-kenangan kepada orang kampung. Juga sebagai tanda bahawa kami pernah berbakti di sini.

Kumpulan 2 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Selangor. 
Mereka melaksanakan tugas mengemas, mengecat surau dan membersihkan kawasan sekitar.

Mengecat Gaya UKM !!!!
Ketua Pengarah OPKIM, Syafiq Akmal (baju merah) menerima cenderamata dari Imam Surau Pt Selangor..
Bergambar kenang-kenangan....

Kumpulan 3 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Seraya. 
Antara tugasnya ialah mengemas tadika dan balairaya serta membersihkan kawasan sekitar dan membuat simen lantai. Satu pengalaman baru bagi mereka yang tak pernah menyimen. Hehe...






(ok..lagi sikit siap la ni..)
Penat..tapi bila buat kerja sama2 x rasa pun penat..
Selepas semua kumpulan peserta selesai melaksanakan tugas, semua peserta kembali ke tempat berkumpul untuk menjamu hidangan makan tengah hari. Menu nasi ayam. Amat menyelerakan buat penat kami hilang.
Nak amik sup pun sempat lagi nak posing..hehe..
Bapa-bapa angkat kami menjamu makan tengah hari selepas bergotong-royong. 

Lagi gambar-gambar menarik, boleh lihat di sini : Album OPKIM Hari Kedua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...