Johor Bahru diasaskan pada 1855 apabila Temenggung Daeng Ibrahim Seri Maharaja membentuk pusat pentadbiran baru bagi negeri Johor. Ketika itu Johor Bahru dikenali sebagaiTanjung Puteri atauIskandar Puteri. Baginda telah membangunkan sebuah gedung di atas sebuah bukit yang dikenali sekarang sebagai Bukit Timbalan.
Di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, beberapa buah bangunan kerajaan, rumah pasung dan mahkamah telah didirikan. Beberapa orang pegawai juga telah dilantik bagi melicinkan pemerintahan ketika itu.