Social Icons

Tuesday, December 16, 2008

Marhaban Ya Marhaban di Rumah Datuk Sukiman

16 hb Oktober, sehari selepas Marhaban di rumah En Hanafiah, Kami berkunjung pula ke rumah
Penasihat Kehormat, Datuk Sukiman Sarmani,
Bekasa Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM
Seperti sebelumnya, bas tiba dalam Jam 8.00 mlm, dan terus bergerak menuju rumah beliau
di Jalan Reko, Kajang.
Perjalanan ke rumah Beliau lancar disebabkan PERMAJ pernah mengunjungi rumah Beliau beberapa kali.


Majlis dimulakan dengan majlis Marhaban, diikuti Ucapan wakil PERMAJ, saudara Mohd Saiful Nizam dan diikuti dengan ucapan Tuan Rumah, Datuk Sukiman Sarmani.
sebelum ucapan, dibcakan sedikit doa selamat dan kesyukuran oleh
ketua rombongan Marhaban, Saudara Faizal Nin..
selepas Majlis Marhaban, Kami dijamu selera oleh Tuan Rumah dan Keluarga.
Menu seperti biasa, Nasi beriyani Special.
Semuanya kelihatan bersemangat dan berselera




Sementara menunggu acara yang seterusnya, ramai yang terus menerus menambah nasi dan ada menjamah kuih. Tidak kurang juga yang berbual dengan Datuk Sukiman dan ada juga yang bergurau senda.




seterusnya setelah selesai menjamu selera,
kami memberi cenderahati kepada Datuk Sukiman atas keprihatinan Beliau terhadap PERMAJ selama ini, dan juga sebagai kenang-kenangan kepada beliau yang telah Tamat kontrak sebagai TNCHEA UKM

Tidak pernah dilupakan, sesi bergambar menjengah selepas pemberian cenderahati. Kalu sesi bergambar memang tidak sah kalau tak ada.



InsyaAllah, semoga kita bertemu lagi di Syawal Akan datang untuk menyahut dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.. InsyaAllah

Wednesday, November 5, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Marhaban Ya Marhaban di Rumah En Hanafiah


Pada tanggal 15hb Oktober yang lepas,
satu bas telah mengunjungi rumah penasihat PERMAJ,
En Hanafiah Omar..
Datang Bukan saja-saja..
tapi datang ziarah menziarahi dan menghidupkan budaya Johor
yang diwarisi turun temurun.
Marhaban..
check it out gambar-gambar di bawah.


Kunjugan Marhaban ini dimulai dengan perjalanan bas dari UKM seawal jam 8.00 malam
Hujan Lebat disertai petir pada petang tidak mudah mematahkan semangat
anak-anak buah En Hanafiah untuk mengunjungi rumah Beliau.
perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari UKM ke Bandar Bukit Mahkota
berhampiran Nilai.


Majlis dimulakan dengan majlis Marhaban, diikuti Ucapan wakil PERMAJ, saudara Mohd Saiful Nizam dan diikuti dengan ucapan Tuan Rumah, En Hanafiah Omar.
sebelum ucapan, dibcakan sedikit doa selamat dan kesyukuran oleh
ketua rombongan Marhaban, Saudara Faizal Nin..
selepas semua acara formal selesai, hehe apa lagi..
nyum nyum..
3 variasi lauk:
laksa Johor
Nasi Beriayani
Soto


antara ucapanEn Hanafiah selaku wakil Tuan Rumah menyentuh sedikit impian beliau yang
merindui dengan perkhidmatan HEP, beliau mengharapkan tawaran untuk berkhidmat kembali ke HEP akan tertunai.
kami PERMAJ akan mendoakan En Hanafiah berjaya mencapai impian beliau
aminnn..



kami semua bertolak pulang ke UKM tepat jam 11 mlm setelah semuanya kekenyangan
bas sampai agak lewat kerana terdapat sedkit masalah teknikal
setelah menjamu selera, seperti biasa, acara yang paling diminati bebudak PERMAJ
bergambar.
bergambar bersama En Hanafiah secara ramai dan juga MT PERMAJ
dan juga bergambar di halaman rumah En Hanafiah bersama beliau.
dan credit juga harus diberikan pada budak bawah yang rajin membasuh pinggan..
(yang baju ungu jerk) :)


p/s: penulis memohon maaf atas ketiadaan gambar Marhaban dan Ucapan..

Tuesday, October 21, 2008

Konvoi Raya Di Sagil

pada 12 oktober yang lepas, PERMAJ mengadakan konvoi raya di Kg Sagil Pt 3, Tangkak, Ledang.
Kg Sagil Pt 3 ni pernah terlibat dalam Bakti siswa Daya Wawasan pada bulan 5 tahun 2007 yang lepas.
program BSDW ni anjuran bersama PERMAJ dan KEMAS.
setelah program BSDW berjaya dilaksanakan, satu program demi program berjaya disusulkan. antara program susulan BSDW ni salah satunya Konvoi Raya di Kg Sagil itu sendiri..
sangat meriah.. Jom kita review Konvoi Raya ni..

Konvoi raya ni telah memulakan perjalanan seawal 8.00 pagi..
perjalanan dari UKM Bangi ke Tangkak dalam 2 jam.
setelah sampai di Sagil Pt 3, setiap rumah angkat di serbu oleh anak-anak angkat mereka..
macam-macam makanan ada
antaranya soto, nasi himpit, sup tulang, dan nasi bermacam-macam lauk



lebih kurang 7-8 rumah telah diserbu oleh bekas peserta-peserta BSDW
(maaf kalau salah bilangan rumah disebabkan penulis sampai lewat )
semua mereka ni kelihatan enjoy dan gembira
ditambah lagi dengan mama dan papa angkat yang sangat meriah dan mesra
jangan lupa papa dan mama kandung sudahlah ye.


setelah penat dan keletihan, kami balek pada jam 7.00 malam.
opss ya konvoi ni disertai oleh 19 orang bekas peserta BSDW.
Konvoi ni melibatkan satu van dan dua buah kereta.
malangnya pada perjalanan balek, akibat salah makan.......
kuang kuang kuang.....
maaf ya :)


THE END

p/s: susun atur gambar tidak mengikut urutan waktu yang sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...