Social Icons

Friday, February 24, 2012

[PROGRAM GAJ] INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012


Salam Ta'zim. Program Mega Mahasiswa Johor Tahun Ini.

[ INTERAKSI BELIA SISWA JOHOR IPT 2012 ]

Tarikh : 2 - 4 Mac 2012. 
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Anjuran : Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM 
dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Sukan.
Jumlah Peserta : 65-70 orang setiap IPT

Sub-program:
[1] Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) IPT 2012. 

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Peserta : 55 orang setiap IPT
Acara yang dipertandingkan :
1. Futsal (L) - 7 peserta.
2. Bola Jaring (W) - 10 peserta
3. Sepak Takraw (L) - 4 peserta
4. Badminton (5L 5W) - 10 peserta
5. Bowling (3L 3W) - 6 peserta
6. Bola Tampar (8L 8W) - 16 peserta.

[2] Motivasi Belia Siswa Bersama Pelajar Sekolah & Wacana Siswa.

Tarikh : 3 & 4 Mac 2012
Tempat : Sekolah sekitar Johor Bahru & Dewan Senat UTM
Peserta : 10 orang setiap IPT

[3] Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Johor. 

Tarikh : 3 Mac 2012, 8.00 malam
Tempat : Sofitell Hotel, Johor Bahru

Sehubungan itu, PERMAJ UKM telah dijemput untuk menghantar penyertaan bagi program ini & juga bersama anak-anak Johor dari IPTA lain. 

Pihak penganjur, SEJATI UTM telah meletakkan syarat kelayakan menyertai program ini :

i) Seorang warganegara Malaysia, iaitu anak Johor; lahir di negeri Johor, atau mempunyai ayah atau ibu atau kedua-duanya lahir di negeri Johor, atau telah bermastautin di Negeri Johor lebih dari 5 tahun.

ii) Masih atau sedang mengikuti pengajian dalam universiti yang diwakili.

Program Karnival Sukan Anak Johor (KSAJ) 2012 ini adalah siri penganjuran kali ke-2 selepas siri pertamanya berjaya dianjurkan oleh PERMAJ UKM pada Januari tahun lepas. 

PERMAJ UKM mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan SEJATI UTM untuk penganjuran kali ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar & sempurna. Inilah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakan-rakan mahasiswa Anak Johor dari seluruh IPTA untuk bertemu dan berhimpun bagi mengeratkan ukhwah sesama anak Johor. 

"Transformasi Gerakan Anak Muda, Aspirasi Perpaduan Bangsa"

Tuesday, February 14, 2012

LAPORAN#2-OPKIM PONTIAN 2012: BERSIH 3 kampung serentak !!!

[Ahad, 22 Jan 2012 - Hari Kedua]

Hari kedua boleh dianggap paling penting bagi OPKIM kali ini kerana padat dengan pengisian pelbagai aktiviti utama.
Bermula dengan aktiviti gotong-royong di sebelah pagi di 3 buah kampung tersebut, acara gubahan dan mewarna selepas Zohor, kemudian acara sukan di sebelah petang dan berakhir dengan ceramah kenegaraan di sebelah malam.

Para peserta mula berkumpul pada jam 7.30pagi di Kg Pt Selangor. Acara dimulakan dengan senaman pagi renggangan otot, chicken dance dan juga poco-poco. Kemudian, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk laksanakan aktiviti gotong-royong di 3 buah kampung. Selepas itu peserta diberikan t-shirt program setiap seorang sebelum kami semua menikmati sarapan pagi. T-shirt berwarna kuning ini adalah sumbangan dari pihak pemuda kampung. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan ya. (Awas!!! Jangan fitnah kami sebagai penyokong BERSIH 3.0 !!!).




Menu istimewa sarapan pagi, ubi rebus dengan sambal tumis. Anak Johor tak heran la dengan menu ni. Tapi yang bukan Johor tu, nak tak nak kenalah makan juga ya. Hehe.. Ada juga makanan lain dan kuih-muih..


Ok semua dah kenyang (Jawa: wes mangan). Bersedia untuk kerah tenaga bergotong-royong. Jommm....

Tak tahu la apa sebab yg perempuan berebut nak naik land rover RELA ni...

Haha..yg lelaki asyik bergambar jek..

Kumpulan 1 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Marjunid. 
Peserta bersama penduduk kampung bergotong-royong menceriakan kawasan sekitar kampung. Antaranya menanam pokok di sepanjang jalan masuk dan lanskap dewan, menanam pokok bunga di pasu, mengecat tanda nama jalan, membersihkan sekitar kolam ikan dan kawasan sekitar kampung.

Menanam pokok dan menceriakan lanskap dewan.

Inilah hasilnya. Menanam pokok di pasu dan pasu ini dicat dengan tulisan khas "PERMAJ UKM OPKIM 2012". Motifnya untuk dijadikan tanda kenang-kenangan kepada orang kampung. Juga sebagai tanda bahawa kami pernah berbakti di sini.

Kumpulan 2 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Selangor. 
Mereka melaksanakan tugas mengemas, mengecat surau dan membersihkan kawasan sekitar.

Mengecat Gaya UKM !!!!
Ketua Pengarah OPKIM, Syafiq Akmal (baju merah) menerima cenderamata dari Imam Surau Pt Selangor..
Bergambar kenang-kenangan....

Kumpulan 3 ditugaskan beroperasi di Kg Pt Seraya. 
Antara tugasnya ialah mengemas tadika dan balairaya serta membersihkan kawasan sekitar dan membuat simen lantai. Satu pengalaman baru bagi mereka yang tak pernah menyimen. Hehe...






(ok..lagi sikit siap la ni..)
Penat..tapi bila buat kerja sama2 x rasa pun penat..
Selepas semua kumpulan peserta selesai melaksanakan tugas, semua peserta kembali ke tempat berkumpul untuk menjamu hidangan makan tengah hari. Menu nasi ayam. Amat menyelerakan buat penat kami hilang.
Nak amik sup pun sempat lagi nak posing..hehe..
Bapa-bapa angkat kami menjamu makan tengah hari selepas bergotong-royong. 

Lagi gambar-gambar menarik, boleh lihat di sini : Album OPKIM Hari Kedua

Monday, February 13, 2012

LAPORAN#1-OPKIM PONTIAN 2012: 106 peserta vs 47 keluarga !!!

Salam Ta'zim 1Jati Anak Johor. 
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan sihat sejahtera. 

Sepertimana yang telah kami hebahkan sebelum ini (OPKIM 2012), maka dengan rasa syukurnya kami menyatakan bahawa program utama PERMAJ kali ini iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2012 telah BERJAYA DILAKSANAKAN.


Berlangsung selama 5 hari iaitu pada 21 hingga 25 Januari 2012, bertempat di Kg Parit Marjunid, Kawasan 3, Mukim Sg Pinggan, Benut, Pontian, Johor. Seramai 106 orang peserta (3 buah bas) termasuk exco PERMAJ, AJK urusetia, peserta ahli tahun 1 dan 2 dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur telah terlibat menjayakan OPKIM ini. Turut terlibat, beberapa orang Alumni dan senior PERMAJ. Amat membanggakan kerana pada awalnya program ini membuka pendaftaran untuk 80 orang peserta sahaja. Tahniah kepada semua peserta.

Di pihak JKKK Kg Pt Marjunid pula, pendaftaran keluarga angkat pada awalnya dibuka kepada 40 buah keluarga dan mendapat maklumbalas 47 buah keluarga yg bersedia menjadi keluarga angkat bagi OPKIM ini yang melibatkan 3 buah kampung di Mukim Sg Pinggan ini iaitu Kg Pt Marjunit, Kg Pt Selangor dan Kg Pt Seraya. Sungguh tidak dijangka, 106 orang peserta bersama 47 buah keluarga angkat. Kejayaan pertama bagi OPKIM kali ni. Tahniah kepada mak bapa angkat semua :)

Alhamdulillah, OPKIM 2012 berjalan dengan baik & jayanya. Kami anggap matlamat & objektif program ini tercapai. Setinggi-tinggi PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kami ucapkan kepada semua peserta, para senior/alumni dan seluruh penduduk kampung. Tanpa kalian program ini tidak berjaya. Kami mohon maaf atas segala kekurangan & kesulitan yang dihadapi sepanjang program ini. Semoga anda semua terus menyokong dan bersama kami Barisan Kepimpinan PERMAJ sesi ini. Legasi PERMAJ, CEMERLANG BERSAMA JOHOR.

~ 1TRANSFORMASI MAHASISWA & KOMUNITI ~

Jom kita lihat imbasan sepanjang OPKIM ni sambil layan gambar-gambar yang menarik. Fuhhhh..

[Jumaat, 20 Jan 2012 - Waktu bertolak]
Kami mula berkumpul lebih kurang jam 9.30mlm di Pusanika. Melakukan solat hajat di surau PTSL. Kemudian, sesi pendaftaran & taklimat peserta dan mengangkat barang2 yang perlu dibawa. Bas tiba jam 11mlm dan kami mula bertolak jam 11.45mlm. Kami berhenti makan di R&R Ayer Keroh dan berhenti rehat serta bersiap-siap di R&R Machap. 
Pendaftaran & taklimat peserta sebelum bertolak.
Di R&R Machap. Barisan exco bergaya dgn baju korporat baru :) 

[Sabtu, 21 Jan 2012 - Hari Pertama]
Kami tiba di Kg Pt Marjunit, Benut pada jam 8.30pagi. Turun dari bas, penyelaras memberi taklimat ringkas sebelum bersedia untuk majlis perasmian pembukaan dan penyerahan anak angkat pada jam 9.30pagi. Tepat jam 9.45pagi, ketibaan perasmi YB Datuk Ir Hasni bin Mohammad, ADUN Benut dan majlis dimulakan. 
Taklimat ringkas oleh penyelaras.
Wajah-wajah peserta menanti ibu bapa angkat.

Ketibaan perasmi, YB ADUN Benut. 

Dari kiri: En Aizam A. Bakar (Penasihat PERMAJ), YB Datuk Hasni (ADUN Benut), Hj Zulkifli (Penghulu Mukim)
dan Hj Kasmadi (Ketua Kampung).
Penduduk kampung yang hadir.
Ucapan perasmian.

Gimik perasmian.
Selepas gimik perasmian, seterusnya majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat. 











Wajah-wajah ceria peserta bersama keluarga angkat masing-masing. 
Selesai saja majlis perasmian dan penyerahan anak angkat, semua yang hadir menjamu hidangan makan tengah hari sebelum pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat dan berkenal-kenalan.

Pengisian di hari pertama diteruskan dengan majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Jamek Pt Marjunit. Kemudian, turut diadakan ceramah keagamaan yang disampaikan oleh ustaz dari pejabat kadi Pontian. Seterusnya, peserta bersama keluarga angkat menjamu hidangan Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat kampung terutama Jawa.

Bacaan Yaasin/tahlil dan doa selamat.
Ceramah keagamaan. 
Nasi Ambeng lauk Ungkep Ayam. Pehh meleleh la...
Apa macam? sedap x? tudung merah dan biru ni bukan budak Johor. hehehe...
Selesai yaasinan tahlil dan ceramah, perut masing-masing pun dah kenyang. Jadi semuanya pun balik ke rumah masing-masing. Oppss..rumah keluarga angkat masing-masing. hehehe.. kat rumah mesti ada yang mentong lagi. Sambil-sambil nak beramah mesra kan. Ok rehat cukup-cukup sebab hari kedua perlukan tenaga yang maksimum untuk bergotong-royong.

Lagi gambar-gambar menarik, boleh lihat disini : Album OPKIM Hari Pertama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...