Social Icons

Monday, April 26, 2010

PENGUMUMAN INDUKSI EXCO PERMAJ SESI 2009/2010


30 APRIL-2 MEI 2010
TAMAN PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM
~~PEMIMPIN BERKARISMA LEGASI GEMILANG~~

Monday, April 19, 2010

...muka-muka cikgu...










KEMBARA MOTIVASI PERMAJ DI S.K. GRISEK

Tanggal 28 Mac 2010 bersamaan hari Ahad, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah diundang untuk mengadakan sesi motivasi di Sekolah Kebangsaan Grisek Ledang. Program yang disertai oleh 15 orang exco telah bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba pada jam 9.15 pagi. Ketibaan kami telah disambut oleh murid-murid dan guru yang sekolah tersebut.

Motivasi yang dijalankan ini khas untuk murid-murid darjah 5 dan 6 sekolah tersebut yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Setibanya disana, program dimulakan dengan ceramah oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Omar, penasihat PERMAJ UKM. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut subjek pelajaran UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Program tamat sekitar jam 12.30 tengah hari. Walaupun agak kepenatan setelah berprogram sejak Jumaat lepas bermula dengan kunjungan Maahad Johor, Kursus Pengurusan ISO dan kini ke Grisek, namun pengalaman yang diperolehi amat berharga dan terpampang wajah kepuasan diwajah setiap dari mereka yang menyertai aktiviti-aktiviti ini. Program diteruskan dengan persinggahan kami di air terjun Gunung Ledang untuk menjamah nasi ambang yang dibekalkan oleh kantin sekolah berkenaan. Kami tiba di UKM pada 7.45 malam.

~~~Semoga bertemu di program akan datang~~~

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA WARGA PERMAJ UKM

Sunday, April 18, 2010

..wajah-wajah yang berkursus...










KURSUS PENGURUSAN ISO

Sekali lagi, PERMAJ telah diberi kepercayaan oleh Pihak Pusat Pembangunan Akademik untuk menganjurkan Kursus Pengurusan ISO untuk tahun 2010. Kursus ini telah diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat di Bilik Senat, Canselori. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan Penasihat PERMAJ UKM.

Kursus selama setengah hari ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari telah disertai oleh 44 orang peserta yang rata-rata terdiri daripada exco-exco PERMAJ UKM dan pelajar-pelajar UKM yang mahukan pengalaman dan pengetahuan tentang ISO, sesuatu yang hanya diperolehi setelah masuk ke alam pekerjaan.

Dalam pada itu, penceramah mengingatkan kepada mahasiswa bahawa kesempatan yang ada di universiti mestilah digunakan dengan sebaik mungkin supaya nilai tambah dapat diperoleh oleh mahasiswa agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat mencabar sejak kebelakangan ini. Beliau juga mengaitkan dengan kegagalan mahasiswa untuk mendapatkan pekerjaan adalah berpunca dari kurangnya nilai "soft-skill" dan stail komunikasi yang baik dalam diri mahasiswa itu sendiri.

Akhir kalam, sekalung tahniah diucapkan kepada peserta dan terima kasih kepada Tuan Haji Hanafiah bin Omar atas ilmu dan nasihat yang diberi dalam kursus ini. Diharap kursus sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Berjumpa lagi pada kursus ini pada masa akan datang.

~CEMERLANG BERSAMA JOHOR~

Gambar akan dimasukkan kemudian...

gambar sekitar LASBELA Maahad Johor




LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAAHAD JOHOR

Pada 26 Mac 2010 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) telah menerima kunjungan 34 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Menengah Tinggi Negeri Johor Maahad Johor. Lawatan yang bermula sekitar jam 2.45 petang telah di isi dengan pelbagai aktiviti seperti lawatan ke Muzium Warisan Akademik, bangunan Canseleri dan sekitar Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan(FSSK).

Di kesempatan ini juga, sempat diadakan sesi beramah mesra diantara pelajar dan Pihak PERMAJ yang mana terdapat beberapa orang mantan pelajar Maahad Johor yang kini meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia antaranya saudara Mohd Hafiz Mohd Rais SENDIRI yang kini juga merupakan Presiden PERMAJ sesi 2009/2010. Pelajar-pelajar ternyata begitu teruja ingin menyambung pelajaran di menara gading, dan kami amat mengalu-alukan sekiranya ramai pelajar dapat ke UKM dalam menggapai cita-cita yang diidamkan.

Lawatan ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dan kami berterima kasih kerana pihak Maahad Johor sudi datang dan harapan dari pihak guru agar pertalian ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.

~Daun selasih dalam perigi,
panjang umur ketemu lagi~













Friday, April 9, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH EXCO PERMAJ SESI 2009/2010


Pada 23 march 2010, majlis penyampaian watikah exco PERMAJ bagi sesi 2009/2010 telah diadakan bagi menyempurnakan pelantikan exco-exco baru bagi sesi ini. Majlis telah diadakan di Bilik Senat Canselori UKM yang telah bermula pada jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh penasihat PERMAJ UKM iaitu Tuan Hj Hanafiah bin Omar dan turut dihadiri oleh alumni-alumni PERMAJ dan juga barisan kepimpinan PERMAJ pada sesi 2008/2009.

Pemyampaian watikah oleh penasihat PERMAJ telah dimulakan dengan ucapan presiden PERMAJ yang baru .Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan penasihat PERMAJ, Tuan Hj. Hanafiah bin Omar. Penyampaian watikah exco-exco PERMAJ sesi 2009/2010 telah diketuai oleh Presiden PERMAJ 2009/2010 iaitu saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Rais dan diikuti dengan barisan kepimpinan yang baru. Seramai 37 exco telah dilantik bagi sesi baru ini.

Selesai sahaja majlis penyampaian watikah terbabit, satu sesi dialog bersama alumni PERMAJ telah diadakan. Sesi dialog ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan exco PERMAJ selari dgn konsep kekeluargaan didalam PERMAJ. Sesi ini juga bertujuan membincangkan mengenai permasalahan dalam PERMAJ dan memberi peluang exco -exco bertanya kepada alumni. Dialog ini juga menjadi wadah bagi alumni-alumni yang hadir untuk mengenali exco-exco PERMAJ. Diskusi ini adalah penting bagi mewujudkan satu organisasi persatuan yang mantap dan mampu menjadi contoh kepada persatuan mahasiswa anak negeri yang lain seperti sebelumnya.

Semoga kegemilangan Persatuan anak negeri johor (PERMAJ) dapat diteruskan dengan cemerlang. "Kita adalah PERMAJ, PERMAJ adalah kita."




selamat maju jaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...